Telegram Web
Salam Sejahtera.

Dah penat berasa diri tak mampu itu dan ini?
Dah lemas dengan sangkaan buruk terhadap diri?
Dah cukup geram dengan kritikan orang di sekeliling terhadap diri mu?Sedangkan diri mu tahu kamu lebih mampu!

Mengapa rantai besi ini menjerat kaki mu??? Menghalang kamu daripada melangkah mencapai impian-impian mu?

Kamu pun layak berjaya, gembira dan bahagia!

Kamu juga mahu ‘merdeka diri’! Tapi… rantai besi ini masih menjerat.

Jom ikuti Live bersama Ibu,

3.00 petang Khamis 26hb Disember 2024 ini.

Kita bincang Topik “Merdeka Diri!” .
Jom Merdekakan Diri Mu. Kamu juga layak mencapai impian-impian mu.

Jumpa nanti di FB Live 💞💞💞💞
"Anak turun kelas? 😟 Ibu ayah, apa yang terlintas di fikiran? Risau dia hilang keyakinan? Atau rasa sedih takut dia rasa gagal?"

Jangan risau, kerana setiap cabaran dalam hidup anak kita boleh jadi peluang untuk bina masa depannya yang lebih kuat! Tapi... bagaimana caranya? 🤔

Dalam LIVE FB Jumaat ini, Ibu Rose dan ditemani Pn Yasmin Sari akan mengupas isu ini dengan lebih mendalam ❤️

Topik menarik yang akan dibincangkan:
🌟 "Anak Turun Kelas. Apa Nak Buat?"
Bagaimana membina keyakinan diri anak walaupun dia rasa dia sedang ‘jatuh’.
Cara positif untuk jadikan fasa ini satu titik perubahan untuk kebaikan hidupnya.
Perkongsian yang boleh membuka mata dan hati ibu ayah dalam menyokong anak-anak dengan lebih berkesan.

🗓️ Jumaat, 3 Januari 2025
🕒 Jam 3 petang
📍 LIVE di Facebook Page : Ibu Rose - Mesejnya Kasih

Set reminder sekarang! Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tips dan inspirasi dari Ibu Rose yang selalu menusuk kalbu! Tag pasangan atau kawan yang perlukan panduan ini.

Jumpa di sana, insyaAllah! 😊
GENTLE REMINDER

Jumpa di FB Live nanti jam 3.00 petang

Topik: Anak Turun Kelas, Apa Nak Buat?

https://www.facebook.com/iburoselove/
Ibu dah Live bersama Yasmin Sari, jom kita.

Topik: Anak Turun Kelas, Apa Nak Buat?

Tekan link di bawah untuk sertai
https://www.facebook.com/100044368691749/videos/946455500914599
Seringkali, suri rumah berpendidikan tinggi dipandang sebelah mata.
Seolah-olah tidak memberi apa-apa sumbangan atau sia-sia saja berpelajaran tinggi tetapi tidak bekerja.
Malah, ada pula yang menuduh suri rumah ini menjadi punca kemiskinan keluarga.
Tapi, adakah mereka tahu apakah perjuangan para suri rumah ini? .
.
Ayuh, mari ikuti perbincangan lanjut persoalan ini dalam LIVE pada :
Hari : Jumaat
Tarikh : 10 Jan 2025
Masa : 3 Petang
Lokasi : Fb Page Ibu Rose - Mesejnya Kasih dan IG @iburoselove
.
Insya-Allah bersama Ibu Rose dan Puan Yasmin Sari untuk menyelami perjuangan suri rumah yang tidak didendang tapi memberi impak besar pada keluarga, masyarakat, negara dan ummah!
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perspektif baru.
Set alarm sesiap dan join LIVE ini nanti!
Jom share hebahan ini.
Friendly Reminder. Live 3.00 petang ini ya. Jumpa nanti ❤️

https://www.facebook.com/iburoselove/
Ibu dah live bersama Puan Shaimaa', jom kita!

Topik: Pedihnya Hati Bila Dituduh Suri Rumah Berpelajaran Tinggi, Tidak Bekerja PUNCA Kemiskinan Keluarga

Tekan link di bawah untuk join live

https://www.facebook.com/100044368691749/videos/1163869778496143
Wahai wanita hebat!
Pernah rasa macam dunia ni buat kita rasa kecil? Atau ada masa kita rasa macam hilang arah, tak pasti siapa kita sebenarnya dalam hidup ni?
Jangan risau, Insya-Allah Ibu Rose ada jawapan untuk semua tu!

Bersedia untuk ubah persepsi tentang diri dan temui kehebatan sebenar diri anda dalam Siri Live FB Saya Yang Berharga!
Kita akan bersama Ibu Rose, pakar dalam pembangunan manusia dan Family & Love Guru dengan 30 tahun pengalaman, kita akan selami bagaimana cara untuk jadi lebih cekal, yakin, dan tak mudah goyah.

🎉 Kenapa anda wajib join?
👉 Anda akan dapat jawapan kepada soalan-soalan penting:

Siapa yang betul-betul tentukan nilai diri kita?
Kenapa penting sangat untuk tahu nilai diri kita?
Apa rahsia untuk jadi "uninsultable" (tak mudah nak jatuh semangat)?
👉 Langkah praktikal yang boleh terus amalkan dalam hidup seharian. Mudah, berkesan, dan buat anda rasa lebih yakin diri!
👉 Bukan sekadar teori, tapi pengalaman dan panduan real untuk bantu anda tampil dengan lebih yakin, mantap, dan dihargai!
📅 Tarikh: 23 Januari 2025 Khamis
🕰️ Masa: 3.00petang
📍 Lokasi: Live di Facebook Page Ibu Rose – Mesejnya Kasih (www.facebook.com/iburoselove) dan IG : @iburoselove

Tak nak ketinggalan, kan? Ini peluang terbaik untuk reset hidup anda, supaya anda lebih kenal siapa diri dan apa yang anda mampu! Let's level up together!

👉 Tag kawan-kawan, kakak-kakak, dan semua wanita dalam hidup anda yang perlu dengar ni. Masa untuk kita bangkit, kuatkan diri, dan buktikan kita lebih berharga dari yang kita sangka! 💖

“Wanita yang tahu nilainya, lebih mudah menghadapi cabaran hidup.”
Assalamualaikum dan salam kasih kepada semua wanita hebat!

Kami ingin memaklumkan bahawa Siri Live FB Saya Yang Berharga yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, 23 Januari 2025 (Khamis), jam 3.00 petang terpaksa dibatalkan kerana Ibu Rose kurang sihat.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan berharap agar kalian sudi mendoakan agar Allah kurniakan kesembuhan sempurna dan permudahkan segala urusan buat Ibu Rose.

Insya-Allah, kami akan maklumkan tarikh baharu untuk sesi ini apabila Ibu Rose kembali sihat.

Terima kasih atas doa dan kasih sayang anda semua. Jaga diri, dan semoga kita terus kuat dan berinspirasi dalam perjalanan hidup ini! 💖

Dengan kasih,
Pasukan Ibu Rose – Mesejnya Kasih
Segmen G-Alpha IKIMfm

Tarikh: 13hb Februari 2025 Khamis
Topik: Pendidikan Anak : Amanah, Cabaran & Harapan
Lokasi: FB Page IKIMfm https://www.facebook.com/ikimfm

Kita jumpa esok ya
JATUH SETELAH BANGKIT

Eh, Ibu silap taip ke ni? Patutnya Bangkit setelah Jatuh kan?

Ada yang pening-pening lalat bila Ibu cakap Ibu nak buat tajuk ni.

Sebenarnya, ramai yang menyentuh topik Bangkit Setelah Jatuh, betul tak?
Tapi, di dalam perjalanan nak bangkit ni, kekadang kita bukan sahaja jatuh, tetapi *TERSUNGKUR* yang teruk sampai tidak percaya lagi akan kebolehan untuk Bangkit.

Dan merasakan kepedihan Jatuh itu - Dengan kata lain; Idea daripada Protege Ibu, Puan Yasmin Sari - Bagaimana hadapi Saat pedihnya Jatuh setelah bangkit tu Ibu?

Ada Rahsia dan Keajaiban ‘Jatuh’ ini especially setelah bangkit; Dan itulah yang kita kena faham dan belajar untuk menjadi lebih ISTIQAMAH. Kenapa payah hendak Istiqamah? Kerana belum faham Rahsia Jatuh.

Ingat tak Ibu pernah bercerita bagaimana Ibu ‘lost myself for 10 years’? Masa tu berkali-kali Ibu berusaha Bangkit tapi tak istiqomah sehingga merasakan memang aku ni forever lah a failure!

Wow! bayangkan Ibu yang sekarang pernah begitu.

Allah itu Maha Baik, dia ‘hantar’ kepada Ibu sebuah buku bernama ‘Psycho-cybernetics’

MasyaAllah baru Ibu faham Rahsia dan Keajaiban JATUH itu.

Baru-baru ini, Ibu bersemangat kental, berapi-rapi buat PhD on ‘Building A Compassionate World’. Ibu jauh ke hadapan daripada dateline topik yang perlu disudahkan.

Tup-tup, kesihatan Ibu terganggu. Rasa macam Jatuh semula setelah bangkit. Berminggu, jugalah Ibu tak buat Thesis Ibu. Rasa macam sedih sangat. Apatah lagi, i’n the pipe-line’ Ibu nak menulis sebuah buku mengenai itu juga.

Namun, sebab Ibu sudah belajar skil ‘handling setback’, yakni skil mendepani kejatuhan, maka jatuh itu menjadikan Ibu lebih bersungguh-sungguh dan tahu apa nak fokus dahulu dan tidaklah berserabut kepala dengan kerisauan , rasa bersalah dan rasa gagal! Malah Ibu belajar daripada kejatuhan itu dan menjadi diri Ibu lebih bersemangat untuk berjaya!

Itulah skil yang Ibu nak share dengan sayang semua.

Sebab kita semua LAYAK BERJAYA! Tapi tak boleh lah sekadar ada kemahuan. Kita perlu lengkapkan dengan MINDSET, SKIL dan ILMU untuk mengatasi kejatuhan itu dan Bangkit semula. Inilah yang dinamakan ‘Resillient’ - Semangat Jitu.

Jom bersama Ibu esok pukul 3.00 pm. Ibu pun dah lama tak LIVE kan?
Rinduuu pada sayang semua.

Jom ajak kawan-kawan join jugak. Manalah tahu, mungkin dalam 10 orang yang sayang ajak, ada seorang yan benar-benar memerlukan ilmu dan skil ini, dan ia mendatangkan manafaat yang besar kepadanya.

Kita sebarkan kebaikan bersama-sama dan Membina Dunia penuh Kasih Sayang berama.

Dengan izin Allah, kita boleh.

Jumpa esok ya.
2025/02/17 02:28:41
Back to Top
HTML Embed Code: