Telegram Web
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Masalah brek disyaki punca bas terbalik di Bukit Sentosa - Polis

HULU SELANGOR: Masalah brek disyaki punca sebuah bas terbabas dan terbalik di Jalan Tulip 3, Bukit Sentosa, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin, berkata terdahulu polis menerima maklumat berhubung nahas membabitkan bas dipandu lelaki berusia 57 tahun bersama tiga penumpang, masing-masing berumur 38, 17 dan 9 tahun, pada jam 11.30 pagi.

"Siasatan awal mendapati bas itu dari Stesen KTM Serendah ke Bukit Sentosa. Tiba di tempat menunggu bas Klinik Kesihatan Serendah, tiga penumpang naik dan kemudian apabila melalui selekoh Jalan Tulip 3, bas hilang kawalan dipercayai mempunyai masalah brek lalu terbabas dan terbalik ke kiri jalan," katanya ketika dihubungi.

Akibat nahas itu, katanya, semua penumpang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Selayang, manakala pemandu bas pula tidak cedera.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya meminta mereka yang mempunyai maklumat nahas itu supaya tampil membantu siasatan polis.

Amirul Aiman Hamsuddin
Julai 14, 2025 @ 6:12pm
Artikel ➡️ Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
1👍1🤬1
Pemandu lori maut tersepit, 2 penumpang Ativa patah kaki dan tangan

SEORANG pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan dekat Seremban, tengah hari tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Nizam Yom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 12.51 tengah hari.

Susulan itu katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang 2 dan Senawang digegaskan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 1.02 tengah hari.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori bonded 3 tan dan Perodua Ativa.

“Pemandu lori seorang lelaki lingkungan 40-an tersepit dan meninggal dunia di lokasi dan disahkan pihak paramedik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pemandu Perodua Ativa tidak mengalami kecederaan manakala penumpang wanita di tempat duduk hadapan patah kaki dan seorang lagi penumpang wanita di bahagian belakang patah tangan.

Katanya lagi, mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Auzaee Athallah -July 14, 2025
Artikel ➡️ UtusanTV
#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
SELANGOR 13/07/2025.

Kemalangan maut di Lebuhraya NKVE, Km 19.5 arah selatan dari Kota Damansara ke Damansara sekitar jam 8 pagi tadi.

Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
1
Rangka manusia belakang rumah penduduk disahkan lelaki hilang lebih setahun

Bera: Rangka manusia yang ditemui di Felda Bukit Mendi, di sini, 2 Mei lalu disahkan lelaki berusia 49 tahun yang dilapor hilang lebih setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, pengesahan itu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Katanya, identiti rangka itu dikenal pasti Hanafi Mohamad yang dilaporkan hilang pada 3 Mei 2024.

"Berdasarkan analisis diperoleh, rangka itu dikenal pasti sebagai milik Hanafi dan keputusan ujian DNA menunjukkan padanan 99.9 peratus dengan sampel darah waris mangsa," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Zulkiflee berkata, setakat ini siasatan mendapati kematian lelaki itu tiada unsur jenayah dan keluarga sudah menuntut rangka untuk pengebumian.

Pada 2 Mei lalu, seorang peneroka berusia 51 tahun menemui rangka manusia berselerak bersama sehelai baju, seluar, jaket dan telefon bimbit di kawasan paya, kira-kira 100 meter dari rumah penduduk Felda Bukit Mendi.

Disiarkan pada: Julai 14, 2025 @ 7:19pm
Fazli Ahmad
[email protected]
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
😢62
2025/07/14 14:13:36
Back to Top
HTML Embed Code: