Telegram Web
Muslimahku..

jagalah auratmu sayang
jagalah maruahmu sayang
jagalah imejmu sayang
jagalah agamamu sayang

kau amat berharga
kau amat istimewa
kau amat bermakna

Usah kau biarkan dirimu difitnah, dicemari dan menjadi bahan bualan yg lain..

Peliharalah โœŒ๐Ÿผ

_Kak Ad_
Kak Adh selalu pesan pada diri, pada anak2, pada orang sekeliling, jangan pernah ada rasa walau sedikitpun nak buat jahat.

Sekali kita buat, orang akan ingat tau!
Lepastu habis dikait semua dengan maruah2 yg lain.
Agama
Negara
Keluarga
Keturunan

Walau tempat gelap.
Walau tiada cctv.
Walau tiada saksi.
Walau tiada yg nampak.

Sentiasalah ingat!
Allah ada.
Malaikat kiri kanan ada.

Sematkan dalam hati kepala.
Rasakan kehadiran Allah setiap saat.
Rasakan kegerunan azab saat buat jahat.

Kita tahu.
Buat jahat apa balasan.
Berusaha elakkan untuk buat jahat.

Kalau dah terbuat tu, taubatlah.
Solat sunat.
Insaf.
Azam tak nak buat lagi.
Istighfar.
Doa.

Hugs
Kak Adh
30 08 2024
Selamat Menyambut Ulangtahun Hari KEMERDEKAAN๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿซถ๐Ÿซถ๐Ÿซถ

M - Muslim sejati mestilah
E - Elak maksiat,
R - Redha dengan ketentuan Ilahi,
D - Dakwah ke arah kebaikan
E - Eratkan silaturrahim, dan
K - Kekal Istiqamah
A - Atas ajaran Quran dan Sunnah

MERDEKA!!!!
Perkahwinan ini bukanlah indah sentiasa...
Ada pasang surutnya
Ada turun naiknya
Ada baik buruknya
Ada bahagia sengsaranya
Ada suka dukanya
Ada ketawa muramnya
Ada lebih kurangnya

Macam2 adalah!

Tapi...
Itu bukan bermakna boleh exposekan di khalayak.
Biarlah apa yang terjadi dalam hubungan perkahwinan itu, hanya kita dan pasangan yang tahu.

Yang penting, kita pasangan hendaklah sentiasa muhasabah diri. Sentiasa tingkatkan kualiti perkahwinan.. sentiasa tingkatkan amalan ibadah.. Sentiasa usaha kumpul bekalan ke akhirat..

Yang mana silap, perbaiki. Jangan tuding jari. Sampai bila2 pon x setel.
Yang mana betul, konsisten. Jangan stop.

Untuk capai perkahwinan yang bahagia pada hakikatnya tak perlukan pon pelbagai tips. Cukup dengan pasangan itu tahu apa tujuan mereka berkahwin dan masing2 menjaga maruah sebagai seorang suami serta isteri. Tips2 lain yang wujud pon sebagai sampingan sahaja. Semuanya atas individu.

Wujudkan satu misi di dunia dan visi di akhirat.
Misi kita mahukan satu perhubungan kekeluargaan yang bercirikan rahmah mawaddah sakinah.
Visi kita mahukan satu perhubungan kekeluargaan yang selamat dari api neraka dan masuk ke syurga.

Hugs
_Kak Ad_
310823
Kita kalau nak ajak orang tutup aurat, pleaselah ajak elok2.

Jangan terus cakap "x tutup aurat masuk neraka".

Sepatutnya cakap nikmat2 yang kita dapat bila tutup aurat. Cakap hikmah2nya.

Itu terbaik.

Sebab apa?

Kita sendiri pon jika tutup aurat x tahu lagi tempat kita ๐Ÿ˜ฅ. Pastu main sedap mulut je nak tempatkan orang lain.

Ajak step by step.
โฉshare kenapa kene tutup aurat
โฉkalau ada dalil lagi baik.
โฉcakap kebaikan yang akan diperolehi
โฉbagi hadiah buku berkaitan
โฉbagi hadiah pakaian beso2
โฉbagi hadiah tudung simple
โฉdoa

Sambil2 bagi hadiah sebut atau tulis kita sayang dia. Bla bla bla

Dakwahlah dengan berhemah, dengan beradab, dengan ilmu. Bukan main tibai je!

Hugs
Kak Ad
060923
Marahnya seorang ibu bapa, marahnya seorang guru, marahnya seorang dewasa itu bukanlah disebabkan oleh kebencian tetapi kerana mereka ini ingin memberi pendidikan, peringatan yang sewajarnya..

Usahlah berdendam dengan mereka..
Usahlah memusuhi mereka..

Doakan yg baik buat mereka..
Berterima kasihlah

Ingat, apa yg mereka buat untuk kebaikan kita juga โœŒ๐Ÿผ

_Kak Ad_
7/8/19
https://www.tgoop.com/ohmyarabic

InsyaAllah Kak Adh akan kembali dalam link di atas.
Kelas percuma sahaja.
Berminat? Klik terus ye.
Kak Ad ada sedikit pesanan kepada diri sendiri juga yg lain โœŒ๐Ÿผ..

Sebelum melakukan sesuatu perkara, sila pastikan checklist berikut :
โœbermanfaat atau tidak
โœbaik atau tidak
โœmembawa pahala atau tidak
โœmembawa redha atau tidak

sekiranya jawapan ya, teruskan dan tetaplah melaksanakan serta serulah yang lain agar melaksanakannya

sekiranya jawapan tidak,
elakkan dan tinggalkan
serta serulah yang lain untuk tidak melaksanakannya

kita punya pilihan...
pilihlah yang terbaik!

_Kak Ad_
7/9/18
T.me/kakadthesilentdaie
*Terjemahan*

Apa itu sakit?
Boleh kira as ujian lah kan.

Sesungguhnya Allah
1. Sayang kamu
2. Ampunkan dosa kamu
3. Naikkan darjat kamu
4. Nak bagi kebaikan pada kamu
5. Mengingatkan kamu kepada kelalaian kamu
6. Ingatkan kamu dengan nikmatNya kepada kamu

Semua pemberian ini adalah daripada Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani
----------------------------
Jadinya wahai kawan, usah mengira kesakitan kita, kesempitan kita, ujian bertubi2 itu tanda Allah tidak sayang.
Ingat, taraf kita dalah hamba. Yang memang selayaknya diuji. Berkali2 Allah pesan dalam ayat2Nya yang kita memang akan diuji. Cari dan gali, pasti jumpa.

Apa perlu buat jika diuji?
- Redha
- Jangan mengeluh
- Teruskan bersyukur
- Kenang kisah para nabi dan sahabat yang diuji
- Lihat orang awam yang diuji lagi teruk
- Teruskan berdoa
- Teruskan kehidupan

Semoga kita semua dapat menghadapi setiap ujian dengan tenang dan tabah.

Hugs
Kak Adh
10.09.24
_Ustazah, apa saya nak buat bila anak saya bagitahu dia ada crush di sekolah_

First time Kak Ad dapat soalan begini. Nak menjawab pon ambil masa tau. Risau tersalah bagi jawapan nanti ๐Ÿ˜…

Satu.
Jangan terus marah anak.

Dua.
Tanya dia crush tu sama jantina atau berlainan jantina.
Jika berlainan jantina (L P) syukur. Syukur bukan sebab anak ada crush! Tapi syukur kecenderungan anak normal, tidak melawan arus.
Jika sama jantina (L L / P P), ini yang patut kene risaukan. Sebab x normal dan tersangat melawan arus.

Tiga.
Beri nasihat teguran tentang ikhtilat. Selitkan dalil2 alquran bagi menguatkan hujah.

Empat.
Sentiasa pantau keadaan anak.
Jangan biarkan anak sendirian dengan gadjet

Lima
Minta anak lupakan crush. Cari cinta Allah dahulu.

Enam
Minta anak fokus pada pembelajaran terlebih dahulu.

Tujuh
Sentiasa mendoakan anak.

Lapan
Semak semula hubungan kekeluargaan dengan anak.
Sentiada adakan masa untuk anak agar dia tidak rasa terpinggir.

Sembilan.
Hadiahkan anak buku2 keagamaan yang berkaitan hingga anak tidak lagi memikirkan tentang crush.

Sepuluh.
Duduk bersama sama anak mendengar ceramah agama

Sebelas.
Wujudkan halaqah harian mahupun mingguan; bacaan alquran, hadith.

Dua belas.
Ceritakan pengajaran dari kisah2 remaja yang dah terjebak dengan zina.

Itu sahaja yang boleh Kak Adh berikan.
Jika sahabat lain punya cadangan, silakan share ye!

Moga2 anak2 kita semua dilindungi Allah dari sebarang perkara yang tidak elok

Hugs
Kak Adh
110924
Hari ni macam nak share beberapa tips yang ada Kak Adh amalkan untuk tarik minat anak2 dekat dengan iqrak

Iqrak boleh dibaca seawal usia 2 tahun jika anak dah pandai cakap sikit. Anak2 Kak Adh semua mula 3 tahun. Pelan2 je.

๐Ÿ€ibu bapa utama perlu tunjuk minat dahulu
๐Ÿ€boleh share kebaikan2 / manfaat yang akan diperoleh
๐Ÿ€sentiasa serikan rumah dengan bacaan ayat2 alquran
๐Ÿ€belikan iqrak yg mudah, berwarna warni (iqrak taisir pilihanku)
๐Ÿ€install apps iqrak beserta audio
๐Ÿ€berikan penunjuk iqrak yg comel2
๐Ÿ€sediakan sticker reward yg comel2 (tampal jika lancar)
๐Ÿ€pelbagaikan cara sebutan (ada melodi)
๐Ÿ€sentiasa mengulang
๐Ÿ€seorang anak 1 iqrak
๐Ÿ€beli dan tampal kad2 berkaitan iqrak

Cubelah โœŒ๐Ÿผ

Areeq sekarang kalau mengaji, dia yg excited. Sekali baca 10 muka โ˜บ๏ธ. Alhamdulillah.

Hugs
Kak Ad
090922
Banyak kan isu2 semasa sekarang ni?

Hmm.
Ada yang tanya nak kene buat apa?

Pesanan Kak Adh,
Tidak perlulah jadi pengulas setiap kejadian itu.
Yang mana hanya membuka peluang orang2 lain mengumpat, mengutuk, mengeji.

Cukup sekadar ambil ibrah.
Cukup sekadar bermuhasabah.

Yang baik, dijadikan ikutan.
Yang buruk, p buang jauh2 dalam longkang.

Jika ianya perlu untuk dikongsi, silakan.
Jika tidak, diamkan sahaja

Hugs
Kak Adh
140924
Sebenarnya kan, untuk berdakwah ni tak perlu pun pada title ustaz mahupun ustazah.

Sebar dakwah tu adalah tanggungjawab kita as MuslimโœŒ๐Ÿป

Tak pandai bagi ceramah?
Tak pandai berkata-kata?
Tak pandai berhadapan dengan khalayak?
Tak mengapa.

Bukanlah menjadi pendakwah tu kene berceramah, atau kene berkata-kata, atau kene berhadapan dengan khalayak.
Tidak semestinya tau!

Boleh je update status bertulis @ bergambar yang bermanfaat di mana mana laman sosial yang kita ada

Kalau x pandai buat ayat sendiri, kita boleh share mana mana kata para ulamak mahupun pendakwah yang lain ๐Ÿคฉ

Boleh juge sebarkan ayat ayat Alquran.
1 hari 1 ayat alquran.
1 hari 1 hadis sahih.

Mudah kan?

Jom berdakwah!
Selamat berdakwah!

Hugs
Kak Adh
Di saat kita memberi teguran juga nasihat, namun tiada respon, dan tidak disambut dgn baik, berdiamlah...

Tak usah cepat melenting.
Tak usah cepat mengeluh.
Tak usah cepat kecewa.

Ketahuilah.
Apabila kita berdiam, bukanlah memberi makna kita kalah.
bukanlah memberi makna kita setuju dgn tindakannya.

Namun, pada hakikatnya kita memberi peluang pada mereka untuk membetulkan kesilapan yg dilakukan.
Pada hakikatnya kita memberi peluang pada mereka untuk bermuhasabah.
Kita memberi peluang kepada diri untuk belajar bersabar.

Diam itu lebih baik.
Dikhuathiri apabila kita berkata kata, akan melafazkan kata kata yg negatif dan yang tidak baik.

Hugs
_Kak Adh_
Nama tak unik? Tak moden?
Nama macam makcik2 pakcik kampung?

Alhamdulillah!

Yang penting, ada makna tau.

Kalau unik, moden makna ke laut pon x gune juge ye ๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ

Berbanggalah dengan nama yang diberikan.
Bersyukurlah.

Bila bergelar anak, kita memang tak boleh nak pilih nama nama yang kita mahukan.
Tapi kita boleh pilih nama yg kita mahukan untuk letak kat anak2 kita pulak.

Carilah nama pada sumber yang sahih.
Bertanya pada ahlinya.

Hugs
Kak Ad
Bismillah.

InsyaAllah STAYCATION : USRAH TARBIYAH JIWA -REMAJA- kembali untuk kali ke 3.

Dan yang bestnya kali ni, Kak Ad carikan homestay yang ada pool.

Butiran seperti berikut
Tarikh : 7 - 8 Disember 2024
Masa : 5pm - 10am
Tempat : Homestay Seksyen 23, Shah Alam

InsyaAllah peserta akan diberikan pengisian yang mendidik jiwa.
Antaranya ialah
โœ…sharing tanda tanda baligh
โœ…tadabbur 2 surah; alhumazah dan azzalzalah
โœ…sharing cara2 mandi wajib

Hanya 12 peserta perempuan sahaja. Berusia 10 hingga 12 tahun.
Yuran cuma RM 150 seorang sahaja.
Dan boleh bayar ansuran 3x

Berminat?
Boleh wasap.my/+60193867583/curhatstaycation
Orang yang memang tidak ikut perintah Allah, tidak patut untuk kita nak benci depa, apalagi nak terus tempatkan mereka di mana..
Itu bukan hak kita..

Namun, kita boleh benci apa yang depa buat.
Kita boleh boikot depa..

Bukan sebab kita nak jatuhkan dia. Tapi nak bagi depa nampak.
Perintah Allah itu wajib untuk dituruti.

Kita benci apa yang depa buat, kita jangan buat sama. Kita kene remind orang lain perbuatan itu tidak boleh buat.

Kita boikot depa dengan unfollow depa, unlike semua pic depa, unsubscribe video depa, tidak beli barang yang depa jual, tidak perlu sebar sebar hal depa.

Biar ja depa!

Kita boleh bagi nasihat elok elok kat depa, doakan yang baik baik kat depa.

Ingat!
Guide depa.
Doakan depa.

By Kak Ad
ู„ูŠุณ ู…ู† ุงู„ุณู‡ู„ ุฃู† ู†ูƒูˆู† ุฅู†ุณุงู†ุง ุฌูŠุฏุงุŒ ุบูŠุฑ ุฃู†ู‡ ูŠุฃุฎุฐ ูˆู‚ุชุง ุทูˆูŠู„ุง.

ุงู„ุณุนูŠ ู…ู‡ู…...
ุงู„ุฏุนุงุก ู…ู‡ู…...
ุงู„ุนู„ู… ู…ู‡ู…...
ุงู„ุงุณุชู‚ุงู…ุฉ ู…ู‡ู…ุฉ...
ุงู„ู…ุฌู…ูˆุนุฉ ุงู„ุทูŠุจุฉ ู…ู‡ู…ุฉ...

ู„ุง ุชู†ุณู‰ ูƒู„ู‡ุง...

ู„ุง ุชุฎุฌู„ ููŠ ุงู„ุจุญุซ ุนู† ุงู„ู…ุนู„ูˆู…ุงุช ุงู„ู…ุชุนู„ู‚ุฉ...
ู„ุง ุชุฎุฌู„ ููŠ ุงู„ุณุคุงู„ ุฅู„ู‰ ุงู„ุฃุณุงุชุฐุฉ..

_Kak Ad_
25/9/19
Geng, kat mana sekalipun tahap hijrah korang, Kak Ad tetap support tau!

Pelan pelan xpe..

Mcm biasalah yg selalu Kak Ad bebelkan, hijrah ada step by step, ibarat seorang bayi ๐Ÿ˜Š

Mulakan secara perlahan, mana yg mampu dahulu.. Lama kelamaan upgrade sikit sikit.. InsyaAllah lama kelamaan dah cantik๐Ÿ˜˜..

Hilang kawan? Kene pulau? Kene ejek?
Itu biasa! Tenang je ok?

Usaha yg penting!

Tetap kuat!
Tetap istiqamah!
Tetap mujahadah!

Moga2 usaha korang ada ganjaran yg baik.

By Kak Ad
24.9.2021
2024/09/26 17:51:19
Back to Top
HTML Embed Code: