Telegram Web
Wanita,
Fitrahmu sudah ditetapkan, terjaga, dijaga,
Maka,
Janganlah membukanya dengan rela.
Kerana kelak,
Hatimu yang sengsara.
Allah tahu kamu tidak sanggup meninggalkannya,
Lalu Allah menggerakkan dirinya meninggalkanmu.

Nikmatilah kecewamu yang seketika,
Kerana ada bahagia yang akan hadir dan nikmatnya tiada hujungnya.

Fahamilah bahasa cinta Yang Maha Cinta
Di setiap usahamu melawan hawa nafsu yang sering bergelora, pasti ada ganjaran yang terbaik sedang tersedia olehNya.
Yakinlah, setiap diammu yang kau usahakan demi menjaga hatimu dari lalai kepadaNya, pasti ada nikmat yang sedang menuju menghampirimu.
Jatuh cinta itu tidak salah,
Yang salah boleh jadi cara kita mengendalikan cinta itu.
Maka,
Usahalah mengendalikannya dengan ilmu.
Wanita itu fitrahnya, beremosi.
Maka, untuk mengendalikan emosi adalah dengan ilmu.
Andai diri malas menuntut ilmu,
Maka, apa lagi yang tersisa agar kau tidak hanyut dalam emosimu?
Katanya cinta keranaNya,
Lalu, mengapa kecewa bila Dia mengatakan, "ini bukan untukmu, ada yang lebih baik sedang bersedia untukmu".

Cuba tanya diri,
Apa benar cinta keranaNya atau kau hanya larut dalam nafsumu?
Ilmu agama itu semakin kau cuba amal, semakin terasa kepahitannya.
Semakin meninggalkan yang disukai nafsu, semakin terasa lelahNya.

Maka, caranya untuk mata memandang dengan pandangan akhirat, hayatilah kisah-kisah nikmat Syurga.
In Shaa Allaah, semangatmu bertambah, hatimu mengukuh mengejar ganjaran terbaik dariNya.
Apapun yang sedang disembunyikan dari pengetahuan makhluk-makhlukNya, pasti ada kebaikan di sebaliknya.
Berukhuwah dalam ketaatan itu memerlukan pengorbanan.

Mengorbankan hawa nafsu yang meronta "tidak ingin dididik dengan teguran dan nasihat".
Mengorbankan masa hiburan yang sia-sia dan menjadikannya masa yang lebih bermanfaat untuk akhirat.
Bahkan boleh jadi mengorbankan hati yang mendambakan nikmat dunia yang sementara dengan membentuk hati itu menjadi jiwa yang berusaha mengejar nikmat Syurga.

Apapun yang dikorbankan saat ini demi mencari redhaNya. Yakinlah, Dia sentiasa bersama hamba-hambaNya yang sabar dalam mentaati perintahNya.

Buat hati yang mudah berbolak-balik,
Semoga ditetapkan pendirian dalam menjaga "circle" yang mengutamakan akhirat dan tidak pula meninggalkan "circle" yang memerlukan bantuanmu dalam berjuang mencari makna "ukhuwah fillah".
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
📿📿📿📿📿📿📿
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
📿📿📿📿📿📿📿
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

  📿Jom selawat📿
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Semoga dengan berkat bismillah ini, permulaan hari ini memberikan semangat kekuatan baru untuk melakukan kebaikan kerana لِلّهِ تَعَالَى🤲🏼
KataJariSrikandiAbah🏹 pinned «بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Semoga dengan berkat bismillah ini, permulaan hari ini memberikan semangat kekuatan baru untuk melakukan kebaikan kerana لِلّهِ تَعَالَى🤲🏼»
Channel photo updated
Semoga masa kita yang berbaki di dunia ini diberkati🤲
Untuk perjuangan kali ini, jangan merasa tewas lagi ya.
Jangan merasa tidak layak.
Jangan merasa sendiri.
Kerana yang berjuang demi Ilahi, In Shaa Allaah pasti diredhai.
2025/02/18 08:18:44
Back to Top
HTML Embed Code: