Telegram Web
DATA TENTANG GAZA

Nota:
a) Data sehingga September 2023
b) Line biru : aliran elektrik dari penjajah Israel
c) Line merah: aliran elektrik dari stesen janakuasa di Gaza

Gaza hanya mempunyai 1 sahaja stesen janakuasa elektrik yang dikuasai diesel. Terletak berdekatan Sungai Gaza.

Kalau dilihat dalam geomap di atas, menunjukkan bahawa Janakuasa Elektrik Gaza hanya mampu mengeluarkan 68 Megawatt setahun dimana dianggarkan hanya mampu memberikan kuasa elektrik untuk 68,000 rumah sahaja.

Manakala 68% kuasa elektrik dijana dari penjajah Israel. Dari dahulu sehingga sekarang Gaza mempunyai krisis sumber elektrik bahkan mereka terpaksa blackout untuk beberapa jam dalam kehidupan seharian.

Gaza defisit tenaga elektrik purata setahun 240 Megawatt bagi menampung penduduk 2.2 juta. Bermakna Gaza kekurangan 50% tenaga elektrik.

Sejak perang Taufan Al Aqsa, 7 Oktober, stesen janakuasa Gaza tidak lagi berfungsi kerana ketiadaan bekalan api dan penutupan sumber elektrik oleh penjajah Israel.

http://www.tgoop.com/hadispalestin
Siapa yang kalah ?

Kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa Hamas dan rakyat Palestin tewas berdasarkan jumlah kematian, kecederaan, kerosakan infrastruktur dan kemusnahan Gaza semata-mata.

Hamas dan rakyat Gaza bukan diserang oleh zionis Israel semata-mata tetapi juga kuasa besar dunia USA, UK, Perancis dan UN.

Cuba lihat :

1- Kejatuhan ekonomi Israel, kos perang > USD 1 bilion sehari
2- Kejatuhan nilai shekel
3- Kejatuhan nilai saham
4- Kematian industri pelancongan
5- Lebih 260,000 cabut keluar negara
6- Lebih 500,000 terpaksa dipindahkan
7- Lebih 300,000 askar reserve beraksi dan meninggalkan kerjaya asal
8- Lebih 1,000 tentera terbunuh
9- Lebih 240 tentera penjajah ditawan
10- Sejumlah tentera IDF / IOF membunuh diri
11- Kemusnahan peralatan perang
12- Unit risik terbongkar
13- Lebih 10,000 tentera USA beraksi
14- Pergaduhan dalaman Israel
15- Hilang kepercayaan dunia kepada retorik Israel & USA
16- Banyak lagi

Israel akan lenyap, 'Lam takun Maujudun', Israel akan menghilang sebelum 2027 (as Syahid Sheikh Ahmad Yassin).

Tekun, tabah, fokus bersama pihak yang benar. Kebenaran dan yang benar, akan menang jua.

Zainur Rashid Z

https://www.tgoop.com/zainurrashid
😡😡😡
UCAPAN PENUH JURUCAKAP BRIGED AL QASSAM, ABU UBAIDA 12 NOVEMBER 2023

SEGALA PUJI BAGI ALLAH. TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIR SEKALIAN ALAM

Kita kini memasuki Hari ke 36 Pertempuran Tufan Al Aqsa di mana sejarah akan kekal dan Penjajah akan ditewaskan.

Kereta Kebal Israel menghadapi tentangan hebat dan pertempuran sengit dari kami menyebabkan mereka terpaksa berundur dan mengubah arah pencerobohan mereka

Mesin Perang Israel yang disokong US memusnahkan segala di hadapan mereka sebelum mara ke hadapan, tetapi mereka(Israel) menghadapi penentangan dari kami yang memusnahkan kenderaan perisai mereka dan tentera mereka yang sedang berada di kubu kubu mereka dan tempat perhimpunan mereka
Pejuang kami muncul dari bawah tanah dan atasnya, dari bawah runtuhan dan memusnahkan kenderaan perisai dan kereta kebal mereka

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan musuh kami di hadapan mata dunia. Termasuk pembunuhan kanak kanak, wanita dan orang awam. Pengeboman ke atas hospital dan fasiliti infrastruktur. Adalah satu satunya pencapaian musuh kami dalam perang ini. Mereka kini menonjolkan keinginan kepimpinan mereka yang gagal dan kalah yang hanya mahukan pembalasan dendam yang selesa dan mudah. Secara sadis menaikkan imej kemenangan mereka di hadapan rakyat dan peringkat domestik berdasarkan lautan darah orang yang tidak bersalah

KAMI MENGUMUMKAN SUDAH MENDOKUMENTASIKAN KEMUSNAHAN ATAU SEBAHAGIAN MUSNAH 160 KENDERAAN MUSUH SEJAK PERANG DARAT BERMULA TERMASUK 25 KENDERAAN DIMUSNAHKAN ATAU SEPARA MUSNAH DALAM 48 JAM TERAKHIR

Penjajah tidak akan dapat merasa walau sedetik kemanan dan kami akan terus membayar harganya. Saya menyatakan kepada rakyat kami. Kalian sedang berada di Pihak Yang Menang dengan Kehendak Allah SWT .

Konfrontasi kami masih tidak simetri tetapi ia masih menakutkan dan menggerunkan Tentera Musuh yang dikatakan Terkuat di Rantau Timur Tengah ini

Wahai rakyat Negara kita yang Agung. Kesakitan yang kita hadapi dan rakyat kita hadapi kerana jenayah keji yang dilakukan musuh tidak akan mengubah realiti betapa maruah dan kehormatan menyebabkan kalian masih berdiri di saat tidak dipedulikan dunia dan keganasan pencerobohan ini

ABU UBAIDA
12 NOVEMBER 2023
Buku Baru Dr Hafidzi Mohd Noor

Bermula dari tahun 1948 sehinggalah ke hari ini, bumi Palestin terus berduka. Duka yang umpama tiada pengakhiran. Tidakkah kita sakit hati melihat saudara seislam ini terus diserang?

Rumah yang dijadikan sebagai tempat berlindung, kini sudah tidak selamat untuk didiami. Mereka dimusnahkan dengan bedilan bom secara membabi buta. Ada yang kehilangan ibu dan ayah. Ada yang lumpuh, buta, malah kehilangan anggota badan.

Malah lebih menyayat hati, ada yang terpaksa meredhai pemergian anak kecil sebagai syuhada. Ketika melihat penderitaan mereka dari jauh, terlintaskah di fikiran tentang sejarah, isu dan perjuangan Palestin yang sebenar? Mungkin ada yang telah khatam mengenainya, namun belum tentu memahami sepenuhnya. Ini yang pasti.

Atas sebab itulah, buku Palestin - Kemenangan Yang Dekat telah diterbitkan. Ia sarat dengan sejarah, penjelasan isu dan kisah-kisah melawan rakyat Palestin. Juga tentang tindakan masyarakat dunia terhadap kezaliman ke atas tanah yang terdirinya Masjid al-Aqsa.
Mudah-mudahan, kisah tentang Palestin yang dijarah ini mampu membuka mata hati kita semua untuk terus berjuang bersama mereka hingga ke titis darah terakhir!

Boleh beli online: https://kedaibukuputih.com/products/palestin-kemenangan-yang-dekat-dr-hafidzi
5% OFF di SHOPEE BUKU PUTIH👍😄

Enjoy this 5% off voucher, with Min. Spend RM30.00!

Browse deals from my shop and save more with this voucher!
https://shopee.com.my/universal-link/search?evcode=RkFaSTEyMTI%3D&promotionId=779146201251840&signature=4e6db73a17e02ae0acb448c867ceee0eace06c91cfbc65c21a56ef2ea10f89ec&deep_and_deferred=1&smtt=9
ISLAM IJBARI


“Im going to make a very strong claim here. Lets see you will agree or disagree with me.”

Mata pelajar University of Adger Norway tenung tajam kepada saya seolah-oleh sedang bertanya soalan dengan raut wajah mereka;

“What claim you will be making?”

Saya sambung dan berkata;

“From the tip of your hair to your toes, all are ‘MUSLIM’!”

Salah seorang yang paling aktif berinteraksi dengan saya bernama Nina mencelah,

“Do you mean that all of us are Muslim therefore you said that?”

Saya menjawab, “Close but not close enough.”

Lalu saya menyambung;

“You still remember the definition of Islam I shared with you moments ago? Willing submission & obedience to the True God?”

Mereka semua mengangguk. Lalu saya sambung;

Min:
“Our heart are created to pump blood whereas our lungs are created to pump oxygen. Do you think it is possible for them to exchange their roles?”

Kali ini mereka mengelengkan kepada.

“Why? It is because each of our organs are created by God for specific purposes and they are following the command of God. They submit to God = muslim! The part that we are not a Muslim yet is our whims & desire;

“Have you seen ˹O Prophet˺ those who have taken their own desires as their god?”
(Al-Jathiyah 45:23)”

Mata mereka melihat ke atas seolah-olah sedang memikirkan apa yang saya kongsikan tadi.
Jalan ini dirasakan terlalu lama

Mungkin ada yang akan ketawa atau menyimpan rasa skeptical melihat perjalanan yang harus ditempuh jamaah tarbiyah ini, terlalu slow dan lama. Ada yang terlintas di fikirannya entah sampai bilalah halaqah tarbawi itu akan berkembang biak dengan pembinaan yang cerewet yang seterusnya didokong masyarakat untuk mendirikan negara Islam? Mustahil.

Manhaj tarbiyah ini terlalu remeh! Perlu hadir halaqah mingguan, wajib pula menyertai pelbagai wasail tarbiyahnya, perlu menghafaz berjuz-juz Al-Quran, membaca puluhan buku, dan bagi yang mempunyai binaan pula harus bersabar dalam tempoh yang cukup panjang untuk mentarbiyah binaannya. Letih. Give up.
Tepuk dada, tanyalah kepada iman anda. Para sahabat Nabi saw. juga adalah manusia biasa seperti kita, bukan superman. Bahkan merekalah golongan yang dikenal sebagai al-Mustadh’afin di Mekah.Golongan lemah dan tertindas. Dan kaki yang berdiri semalaman berqiamullail 1400 tahun lepas adalah kaki yang sama sepertimana kita miliki.

Sungguh tidak ada yang membezakan kita dengan mereka melainkan keimanan terhadap manhaj yang telah ditetapkan Allah swt. dalam sesuatu perubahan. Keimanan mereka bulat terhadap setiap janji Allah meskipun pada mata kasar hanya keajaiban yang mampu untuk menghadiahkan mereka kemenangan.
Kesabaran adalah kunci Nabi Yusuf as. dari suka duka di campak ke dalam telaga sehinggalah keluar menjadi menteri. Kesabaran dalam usaha dakwah dan tarbiyah adalah kunci kepada pembentukan generasi al-Mustadh’afin sebelum dilantik sebagai penguasa kepada dunia.
Apabila ada kefahaman yang betul, pengertian yang jelas, dan keimanan yang ikhlas, pasti seorang daie akan mengenal fiqh keutamaan yang benar.

Yusuf Qardhawi
2024/11/04 15:53:22
Back to Top
HTML Embed Code: