Telegram Web
[TIPS MURABBI]

Tarbiyah yg efektif memerlukan proses interaksi, pemerhatian, evaluasi & bergaul utk mendidik, memenuhi keperluan & mengembangkan potensi dr sudut fikri, tarbawi, dakwi & manusiawi bagi mencapai tuntutan marhalah & muwasafat tarbiyah, merawat kelemahan ruhi, membangun potensi daie hingga mampu memimpin amal-amal haraki.

Dari Anas bin Malik r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Umatku yg paling menyayangi umatku ialah Abu Bakr, yg paling tegas dlm agama ialah Umar al-Khattab, yg paling benar pd sifat malu ialah Uthman, yg terbaik dlm penghakiman ialah Ali Abi Talib,
yg terbaik pembacaan kitab Allah ialah Ubai bin Kaab, yg paling berpengatahuan mengenai halal & haram  ialah Muaz bin Jabal, yg paling mahir mengenai faraid ialah Zaid bin Tsabit, ketahuilah bagi setiap umat ada pemegang amanah
& umatku yg paling amanah ialah Abu Ubaidah al-Jarrah."

Rasulullah sgt arif & kenal mutarabbinya secara dekat & tepat hingga mampu menumbuhkan tsiqah pd setiap mutabbinya & meletakkan mereka di posisi yg betul utk harakah.

Source: Bekalan Murabbi & Maalim fi Thariq

--------
JOM FOLLOW CHANNEL TELEGRAM: https://www.tgoop.com/kedaibukuputih
BELI BUKU TARBIYAH ONLINE: http://kedaibukuputih.com
Selamat bermuayashah dengan semua objek dakwah !
Forwarded from Tarbiah Daily
Anda bukan keseorangan memimpinnya..

Ketika anda mengajak seseorang ke jalan yang benar, tiba-tiba anda terasa sangat gembira kerana sedikit usaha dari anda telah memberikan hasilnya. Anda terus diterima dan orang yang diajak mengikuti anda dengan pantas. Anda mengira anda telah melakukan sesuatu yang besar.

Anda harus sedar. Seseorang yang sedar ditangan anda sebenarnya bukannya hasil sepenuhnya dari usaha anda. Anda hanya mungkin hanya orang yang terakhir memegangnya dan membawanya ke satu ‘klick’ yang menyebabkannya tersentak dan terus mengikut kebenaran.

Sebelum anda telah ada banyak manusia lain yang telah sama-sama memberikan saham untuk menyedarkannya. Cuma apa yang telah dibuat oleh orang lain tidak dapat menyampaikannya ke tahap ‘klick’ tersebut. Mungkin usaha orang lain lebih banyak dari usaha anda. Anda hanya pelengkap.

Mungkin orang lain telah berlari beratus-ratus kilometer untuk membawa obor itu ke garisan akhir. Tetapi oleh kerana anda adalah pembawa obor terakhir, maka anda yang diraikan dan disanjung, bukan orang yang sebelumnya. Sedangkan anda mungkin hanya berlari beberapa meter yang terakhir sebelum tiba ke garisan.

Kefahaman ini mengingatkan anda betapa banyaknya manusia lain yang telah berkorban untuk usaha dakwah ini. Mereka berpenat lelah dan mungkin sebahagian dari mereka telah meninggal. Tetapi hasil usaha mereka itu kita kutip dengan mudah, kita petik dan membungkusnya indah-indah.

Inilah rahsia kata-kata Imam al-Syafie r.a:

الحر من راعى وداد لحظة أو تمسك بمن أفاده لفظة

atau dalam riwayat yang lain:

وَأَنَّ الْحُرَّ مَنْ رَاعَى وِدَادَ لَحْظَةٍ وَانْتَمَى لِمَنْ أَفَادَ لَفْظَةً

Orang yang merdeka itu ialah orang yang menjaga kasih sayang kepada seseorang walaupun walaupun ianya sebentar diperolehi, dan dia berpegang atau merasai terikat dengan seseorang yang pernah memberi faedahnya kepadanya walaupun dengan suatu perkataan.

Salman r.a tidak begitu cepat untuk beriman jika tidak hasil dari nasihat dari guru-gurunya sebelum dia tiba di Madinah. Zaid Amru r.a mempunyai sahamnya atas doa yang dibuat untuk menjadikan anaknya Said bin Zaid r.a menjadi muslim. Di belakang setiap hidayah, terdapat berapa ramai orang yang telah mendapat saham pahalanya.

Moga kita menghargai semua jasa mereka yang mungkin telah pergi, mereka yang masih ada tetapi mungkin telah jauh seketika dari dakwah, mereka yang masih berhempas pulas menyelamatkan ummah melawan arus jahiliyyah walaupun mereka tidak sama seperti kita dalam bentuk usahanya…. dan ramai lagi yang kita tidak kenali mereka, tetapi Allah mengenali nama-nama mereka.

Mereka semua telah memberikan jasa dan saham untuk dakwah yang sedang begitu rancak kembali sekarang..!

Moga Allah memberikan pahala saham orang-orang yang telah membina iman dan islamku walaupun aku sendiri tidak pernah mengingati mereka sekarang..!

Catatan Dr K Yusof, 2009

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Apabila terdapat seorang muslim yang baik, maka kamu akan mendapati di situ sebab-sebab kejayaan. IHAB

~Untuk mewujudkan muslim yang baik itu perlukan proses tarbiyyah.
Forwarded from Tarbiah Daily
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tiada Hari Tanpa Doa Buatmu Palestin


Kini , kezaliman dan kegilaan Israel tidak berhenti walaupun dihinggap pelbagai kecaman dan kekalahan dari luar dan dalam .

Hari ini , Rafah pula menjadi sasaran seterusnya . Pembunuhan beramai ramai berlaku lagi ,dan umat tetap lemah tanpa peduli 🙏


Teruskan peduli , tanpa henti .
Sebarkan Mesej ini agar umat ini terus segar memperjuangkan kebebasan tanah air kita bersama ini.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Palestina!

React | Repost


https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
TAFAHUM!

...iaitu bersedia menasihati dan dinasihati....

الأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ
Tarbiyah ialah perubahan kepada individu. Ianya mungkin lambat tapi, hasilnya pasti. Rasulullah saw membina Bilal tetapi Rasulullah saw tak pernah berjumpa Bilal sebagai gabenor. Itulah hasil tarbiyah.


Lambat, tapi pasti. Renung kan.
Assalamu'alaikum wmwb.
Kepada yang ingin mengikuti semua kuliah DrKYusof (tadabbur harian, Hadis, Seerah Nabi saw dll) sila ke:
1. youtube.com/drkyusof
2. Tiktok.com/@drkyusof

Untuk mendengar sahaja, boleh ikuti di podcast: https://shorturl.at/SYD2Q

Makluman, semua tadabbur mukasurat Quran, boleh diikuti di sana.
PERKONGSIAN BINGKISAN SAHABAT (1)

"Bekal iman dan taqwa bukan urusan ilmu dan kepandaian, atau urusan pengalaman dan kemahiran, atau urusan lamanya usia...
Jika berilmu belum tentu ada taqwa,
Jika bijak dan berkemahiran Belum tentu mendapat taqwa...

Dan jika telah lama hidup sekalipun belum tentu mempusakai taqwa..

Tetapi iman dan taqwa adalah urusan Allah.. ia pemberian Allah, dengan rahmatNya maka diberikan kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Lalu apabila tidak mendapat rahmatNya, maka siapakah lagi Yang dpt memberinya?"
Forwarded from Tadabbur Jaulah Ithbat 🇮🇩
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Pemergian nya meruntun hati. Selamat jalan as Syahid💪
Jalan : jalan menuju kesyurga

Gaung: kalau jalan betul maka masuk syurga. kalau salah masuk gaung.

Bunga: ketika jalan menuju ke syurga, dalam dakwah, boleh tersalah, jadi nak elak perlu ada signboard. bahasa daie ini adalah halus, disaluti dengan bunga ros, sebagai tanda cinta dan kasih. Boleh saja letak tanda warning merah, tapi bunga mawar ia tanda kasih sayang, prihatin dan halus yg dibawakan oleh penulis.

Hambatan yang di maksudkan: bukan duit, kesibukan, tetapi pergaduhan dalaman, perselisihan, cakap2 belakang, dll yg berlaku dalam organisasi.

Sumber: Nota dari Perkongsian Ustaz Syamil Esa
https://www.facebook.com/muafakatilmuanislam/videos/873476088039280
Maksud Cover Buku Awaiq oleh Ustaz Abu Ammar
Forwarded from Tarbiah Daily
Ahlan Wasahlan Rabiul Awwal.

Bulan yang cukup istimewa kerana kemunculan baginda Rasulullah saw di celah hiruk pikuk dunia yang gelap dan kelam ketika itu.

Allah swt telah memilih rasulNya muncul di tanah Arab yang jauh dari pemodenan, kering dan tandus, bumi yang tidak menarik kuasa dunia Rom dan Parsi ketika itu.

Namun di ceruk dunia yang kerdil dan terpencil itu, cahaya islam telah muncul dengan perlahan tetapi penuh harapan dan mengubah sejarah manusia.

Nantikan pelbagai entri menggugah jiwa sepanjang bulan Rabiul Awwal, bulan kelahiran Rasulullah saw. Insya Allah.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
2024/10/05 18:36:08
Back to Top
HTML Embed Code: