Seorang pesakit masuk, untuk membuat pemeriksaan Ultrasound. Dilihat pada tujuan pemeriksaan 'for renal transplant workout'.
Renal transplant workout for her husband..
Dalam hati Masya Allah!
Kenapa puan nak beri pada suami ye?
Saya buat memang sukarela tanpa dipaksa. Saya kasihankan anak anak yang perlukan ayah untuk hidup dan kasihkan suami yang sakit.
Lidahku terkelu
'Adik beradik lain bagaimana puan?
"Yang lain belum bersedia untuk volunteer'
Kalau puan bercerai nanti?
" Insyallah saya redha"
Lalu aku teringat.. Memang benarlah, inilah sebahagian cita cita dan tujuan
perkahwinan itu sendiri, benarlah firman Allah SWT:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”.
(Surah Al-Rum: 21)
Pelik kan?
Cinta tidak disebut dalan al quran dalam hubungan suami isteri tapi mawaddah dan rahmah, kenapa? Cinta itu awalnya mungkin sangat kuat, kemudian melemah, bahkan kemudian mati, lalu hidup kembali, kerana itu di dalam Al Quran tidak disebutkan kata cinta, tapi yang disebutkan ialah mawaddah (rasa kasih).
Mawadah itu ruang lingkupnya luas,dan.
cinta itu hanya bahagian kecil dari mawaddah.
Seorang lelaki datang kepada Umar bin Al Khattab mengadu perihal isterinya, lelaki itu berkata aku ingin mencerainya.Lalu Umar bertanya kenapa? Kerana tidak ada cinta lagi antara aku dan dia.
'celakalah kamu! Apa semua rumah di angun atas dasar cinta?
Lihat kembali niat perkahwinan kita..
Mawadah lebih besar dari sekadar cinta
Mawadah adalah hubungan baik, melanjutkan pernikahan demi anak anak, mungkin kerana kemaslahatan, mungkin kerana ikatan keluarga yang lebih besar..
Dan cinta bukanlah syarat utama, tapi jika hubungan suami isteri ada cinta, itu adalah nikmat yang luar biasa dan kebaikan yang melimpah.
Mari kita semak kembali tujuan perkahwinan kita sepertimana apa yang Al Quran gariskan.
Muassis
Platform Tarbiyah Pilihan Anda

Iman Sekejap Episod 30
Audio Siar Iman Sekejap kali ini kembali bersama Sdr Ikmal Nordin untuk membincangkan tentang ekonomi, khususnya ciri-ciri ekonomi islam, bezanya dengan teori ekonomi moden, kebejatan yang ada dalam ekonomi sekarang dan cara-cara untuk mengislah prinsip-prinsip ekonomi negara kita.
https://youtu.be/0NQFGM1KmUI
Selamat menonton dan jangan lupa untuk like dan subscribe Muassis TV untuk perbincangan isu semasa dengan citra islami. Jazakumullah khairan
=====
Berminat untuk sertai Lepak-Lepak Tarbawi? Klik link dibawah:
https://tinyurl.com/L2TMuassis
Masa : Setiap Jumaat, 9:30-11.00pm
Tempat : Southville City
Follow & subscribe media sosial kami
https://linktr.ee/muassismedia

Usaha Adalah Ibadah, Kejayaan Milik Allah
Usaha kita dalam hidup ini ibarat tangga menuju perhambaan kepada Allah.
Semakin kuat kita berusaha, semakin tinggi darjat kehambaan kita kepada-Nya. Namun, ingatlah, hasil yang kita impikan dijelmakan Allah bukan kerana usaha kita semata-mata. Kejayaan datang sepenuhnya dari Allah, 100%!
Begitulah pegangan seorang mukmin.
Allah memerintahkan kita untuk berusaha, bukan kerana hasil itu bergantung kepada kita, tetapi sebagai bentuk ibadah dan kepatuhan kita kepada-Nya.
Dalam usaha itu, kita belajar tunduk, belajar bergantung, dan belajar memurnikan niat. Jangan sesekali kita sandarkan keyakinan kepada usaha kita sendiri.
Hasilnya, kita hanya perlu terus meminta kepada Allah, tanpa jemu, kerana Dia yang berkuasa memberikannya.
Dalam soal kemenjadian usaha, seorang mukmin sejati tidak akan gentar dengan masa depan, tidak pula tenggelam dalam kesedihan terhadap apa yang telah berlalu.
Mereka sentiasa yakin dengan qada’ dan qadar Allah. Itulah sifat yang disebut Allah dalam Al-Quran:
لا خوف عليهم ولا هم يحزنون
“Tiada ketakutan ke atas mereka, dan mereka tidak bersedih hati.”
Memahami hakikat ini akan menyebabkan seorang mukmin itu sentiasa berada dalam dua keadaan: syukur dan sabar.
Ketika Allah memberi nikmat, dia bersyukur. Ketika diuji, dia sabar. Baginya, semua yang datang adalah kebaikan.
Inilah cara pandang seorang Muslim. Dan ia sangatlah mustahak difahami terutama bagi yang bergelar du’at mukmin.
Dia tidak berputus asa dalam usaha, tetapi hatinya tidak terikat pada hasil.
Dia yakin Allah mengatur segalanya dengan hikmah, dan setiap usaha yang dia lakukan hanyalah langkah kecil dalam ibadah kepada Tuhan yang Maha Besar.
Hidup kita ini milik Allah. Maka, selagi kita bernyawa, usaha dan doa kita adalah cara kita menunjukkan kehambaan kepada-Nya.
Dan dengan itu, hati kita akan selalu tenang, kerana kita tahu, apa sahaja yang Allah tetapkan, itulah yang terbaik.
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu; dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
Bismillah jalan.

WhatsApp.com
Lepak2 Tarbawi Muassis
WhatsApp Group Invite
📢 Sertai Program Hafazan Terbaik untuk Anak-Anak Anda!
💎 Quranic Champs Program Hafazan Khas untuk Anak-Anak Berumur 7-12 Tahun oleh Muassis.
🌟 Alhamdulillah, program Quranic Champs telah pun berlangsung dalam beberapa siri dan kami telah menerima maklum balas yang positif daripada ibu bapa.
Oleh itu, kami kini membuka pendaftaran untuk siri seterusnya!
🔑 Apa yang anak anda akan dapat?
- Penghafalan Al-Quran secara sistematik dengan pendekatan unik dan efektif.
- Aktiviti menarik yang membantu hafalan, pemahaman dan penghayatan Al-Quran.
- Menanam perasaan cinta pada Quran dari awal.
📆 Tarikh : 21 Disember 2024
⏰ Masa : 8.00 - 12.00 tghari
💰 Yuran : RM15 sahaja (termasuk hadiah dan makanan)
📍 Lokasi: Surau Al Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi
📞 Hubungi kami: https://tinyurl.com/QuranicChampsMuassis
Daftar sekarang ! Terhad kepada 30 orang sahaja.
Jangan lepaskan peluang untuk membina generasi yang mencintai Al-Quran dari kecil 🤩

🔥 Perang dalam Islam: Jalan Terakhir untuk Keadilan dan Kebenaran ✊🕊
Islam itu agama damai 🕊, tapi Islam juga realistik 💡. Dalam dunia yang penuh dengan kezaliman, tamak haloba, dan nafsu 😡, kadang-kadang perang tak boleh dielakkan. Namun, jangan salah faham! Perang dalam Islam bukan untuk menghancurkan, tetapi untuk mempertahankan yang benar dan memulihkan keadilan ⚖️.
🌟 Perang: Bila dan Kenapa?
Perang dalam Islam hanya dibenarkan sebagai jalan terakhir—kalau semua cara damai dah tak berhasil. Allah berfirman:
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas.” (Al-Baqarah: 190).
Jelas, perang dalam Islam ada hadnya. Kalau musuh menyerang, takkan kita diam sahaja, kan? 🤔 Tapi kita juga tak boleh bertindak kejam—semua mesti berlandaskan keadilan 💪.
✨ 5 Sebab Islam Membolehkan Perang
Perang dalam Islam bukan soal nak tunjuk kuat 💥. Ia ada tujuan besar yang mulia 🌍. Jom tengok beberapa sebab Islam membolehkan perang:
1️⃣ Menolak Agresi dan Melindungi Hak-Hak Asasi 💼🏠
Apa yang perlu kita buat bila diri, keluarga, atau agama diserang? Melawan adalah hak kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang terbunuh karena mempertahankan hartanya, maka dia mati syahid. Siapa yang terbunuh karena mempertahankan nyawanya, maka dia mati syahid.” (Riwayat Abu Dawud & Tirmidzi).
Jadi, kalau ada yang cuba merampas hak kita, kita berhak mempertahankan diri! ✊🔥
2️⃣ Menjamin Kebebasan Beragama dan keimanan orang beriman dari dirosakkan orang kafir 🛐
Islam hormati kebebasan manusia untuk beragama. Kalau ada yang cuba menghalang kebebasan ini, perang boleh jadi solusi terakhir. Allah berfirman:
“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah, ‘Berperang dalam bulan itu merupakan dosa besar; tetapi menghalangi manusia dari jalan Allah, kafir kepada Allah, dan (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.’” (Al-Baqarah: 217)
Maknanya, menghalangi manusia daripada jalan Allah itu lebih besar dosanya daripada pertumpahan darah.
3️⃣ Melindungi Dakwah dan Kebenaran 📖🌟
Dakwah Islam bertujuan membawa kebenaran, reformasi yang menyeluruh kepada semua manusia. Tapi, ada kalanya ia dihalang secara zalim. Dalam situasi ini, Islam membolehkan tindakan untuk memastikan risalah sampai kepada manusia ✨.
Kalau penyampaian kebenaran tak dibela, apa yang tinggal untuk manusia? 🤷♂️ Semua faktor yang menghalang penyampaian Islam harus dihapuskan agar dakwah sampai kepada mereka!
4️⃣ Menghukum Pelanggar Perjanjian 🤝❌
Dalam Islam, janji mesti ditepati 🤲. Kalau ada pihak yang mengkhianati perjanjian atau memulakan permusuhan, tindakan tegas perlu diambil. Allah berfirman:
“Jika mereka merusak sumpah (janji)-nya sesudah mereka berjanji, perangilah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir itu, karena sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang tidak dapat dipegang janjinya, agar supaya mereka berhenti” (At-Taubah: 12).
Islam bukan main kasar, tapi juga bukan lemah! 💥
5️⃣ Membela Mereka yang Tertindas 🤝💔
Bayangkan saudara-saudara kita dizalimi. Perlukah kita berdiam diri? 🥺 Dalam Islam, membela mereka yang teraniaya adalah kewajiban besar. Allah berfirman:
“Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan.” (Al-Anfal: 72).
Islam tak akan membiarkan sesiapa dibiarkan dalam kesusahan 💪❤️.
❤️ Perang Bukan Matlamat, tetapi Alat untuk Kedamaian Sejati 🕊
Islam tak pernah menggalakkan peperangan, tapi bila kezaliman berlaku, Islam takkan diam 👊. Perang dalam Islam adalah untuk mempertahankan hak dan menyebarkan keadilan ⚖️, bukan kerana hawa nafsu.
🌟 Ingat: Kedamaian sejati hanya tercapai bila kezaliman dihentikan. Perang dalam Islam bukan soal menang atau kalah, tetapi memastikan kebenaran dan keadilan terus hidup! 💡✨
📖 “Dan Allah tidak menyukai kerusakan.” (Al-Baqarah: 205).
🕊 Mari kita jadikan dunia lebih aman dengan keadilan dan kebenaran. ❤️
Rujukan:

Pemergian Ustaz Yusof Nada ( Ketua Perhubungan Antarabangsa IM)
Hari ini dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh IM yang hebat di usia 93 tahun.
Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam pencaturan geopolitik di Timur Tengah.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Semoga Allah merahmati beliau dengan rahmat yang luas dan menerima beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh.
Antara kata-kata beliau mengenai Dr. Morsi (bekas presiden Mesir yang digulingkan oleh tentera As-Sisi) rahimahullah):
“Sesungguhnya Presiden Mesir terdahulu, Muhammad Morsi, telah kembali kepada Penciptanya, meninggalkan “cerminan sejarah “ untuk merakamkan salah satu halaman jihad dan perjuangan menentang kediktatoran.”