Telegram Web
SYARAHAN UMUM BERSAMA AL-ALLAMAH MAULANA ABDUL HAMID BIN CHIN

Sempena Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024, anda dijemput menghadiri syarahan penuh ilmu bertajuk: “Pengajaran Muhammadiyyah tentang Akhlak Mulia”

📅 Tarikh: 17 November 2024 (Ahad)
📍 Lokasi: Masjid Putra, Putrajaya
🕒 Masa: Selepas Solat Maghrib

Jangan lepaskan peluang untuk menyelami keindahan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam suasana penuh keberkatan.

Ayuh bawa ahli keluarga dan rakan-rakan!
Jemputan Istimewa.

Majlis Perasmian Khatam Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 November 2024/19 Jamadilawal 1446H (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya

Syarahan Perdana dan Pengijazahan Sahih Al-Bukhari disampaikan oleh Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakar bin Ahmad al-Malibari.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk mengimarahkan majlis dengan mengesahkan kehadiran di pautan https://forms.gle/4Vrh5KdQaC52rRPq8

Saksikan juga secara langsung di TV1 dan TV Alhijrah serta saluran media sosial rasmi JAKIM bermula jam 7.00 malam.
Majlis Ilmu Madani: Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024

Jom sertai Majlis Ilmu Madani sempena Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 pada:

Tarikh: 21 November 2024 / 19 Jamadilawal 1446H (Khamis)

Masa: 3.00 petang hingga 8.00 malam

Tempat: Masjid Putra, Putrajaya

Dengarkan tausiyah khas daripada tokoh-tokoh pendakwah terkemuka seperti:

1. YBhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd. Yunus, Yang Dipertua YADIM
2. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Mufti Negeri Pahang
3. YBhg. Datuk Sheikh Afifuddeen al-Jailani
4. YBrs. Prof. Madya Dr. Umar bin Muhammad Noor

Sesi Isnad Para Masyaikh Majlis Sama’ menampilkan ulama terkenal dari Tunisia, Libya, Mesir, Indonesia, Uzbekistan, dan Malaysia.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Jemputan Istimewa ke Pavilion Al-Falah !

2 HARI LAGI: TEMUI AGENSI DI BAWAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) DI PROGRAM 2 TAHUN KERAJAAN MADANI & KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2024

Tarikh : 22 – 24 November 2024 / 20 – 22 Jamadilawal 1446H
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Pelbagai aktiviti menarik antaranya:

Semak Status Halal / Kuiz Halal / Analisis Makmal Halal
Khidmat Nasihat Kekeluargaan
Profiling Asnaf Menggunakan AI
Klinik Nasihat Perundangan Syariah
Klinik Hukum & Semakan Tarikh Lahir Hijri
Meet & Greet / Podcast TV AlHijrah
Daftar THiJARI & TH Khairat
Jualan Premium Emas Prelove dan Wafer Emas / Penerangan Produk Ar-Rahnu dan Kuiz YaPEIM
Kaunter Wakaf Tunai / Kuiz Kahoot
Buku-Buku Agama & Merchandise Percuma
Demonstrasi Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA)

Jom sertai kami dan nikmati pelbagai ilmu, perkhidmatan, serta hadiah menarik!
ISTIMEWA DI PAVILION AL-FALAH

Jom ke Reruai Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersempena Program 2 Tahun Kerajaan Madani yang akan berlangsung dari 22 hingga 24 November 2024, bertempat di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pelbagai aktiviti menarik akan disajikan kepada anda antaranya :

1. Edaran Naskhah al-Quran secara percuma
2. ⁠Edaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam secara percuma
3. ⁠VR Simulasi Ibadah Haji

Jangan lepaskan peluang ini. Kongsikan info ini kepada keluarga, rakan dan kenalan supaya orang ramai dapat hadir .

Jumpa anda di sana!
Hati-Hati dengan Amalan Syirik

Rasulullah SAW bersabda:
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ
“Dosa besar yang paling besar adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)

Syirik bukan sekadar dosa besar, tetapi ia merosakkan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT. Jauhi segala bentuk perbuatan yang mengundang syirik, sama ada yang nyata atau tersembunyi.

Mari bersama menjaga aqidah kita dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang murni. Ingat, Allah adalah satu-satunya tempat kita bergantung dan beribadah.

#HatiHatiSyirik #TeguhAqidah #JauhiSyirik #MalaysiaMadani #JAKIM
Ketakwaan: Kunci Pembuka Rezeki

Firman Allah SWT : “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Surah At-Talaq: 2-3)

Ketakwaan bukan hanya membawa keberkatan, tetapi juga membuka pintu rezeki yang luas dan tidak terduga.

Seorang muslim yang bertakwa sentiasa takut terhadap azab Allah SWT lalu menjalankan apa yang diperintahkan Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang.

#MalaysiaMADANI #JAKIM
Untuk kebahagiaan dunia & akhirat.
Doa Ketika Hujan

Daripada Aisyah R.A berkata, Adapun Rasulullah ketika melihat hujan :

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Maksudnya: “Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” (Riwayat al-Bukhari, 1032)

Dalam setiap titisan hujan ada rahmat yang menyucikan bumi. Namun, jangan lupa untuk memohon perlindungan daripada musibah dan bahaya yang mungkin datang bersama.

Jadikan doa ini sebagai perisai agar hujan membawa kebaikan, bukan kemudaratan.

#DoaKetikaHujan #PerlindunganDariMusibah #MalaysiaMADANI #JAKIM
Anda Nak Tahu Tak?

Bumi Malaysia semakin subur dengan penganjuran pelbagai program keagamaan dan majlis ilmu yang menampilkan para alim ulama tersohor bukan sahaja dari dalam tetapi juga luar negara.

Terkini, Majlis Sama' Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa yang dianjurkan selama 12 hari di Masjid Putra, Putrajaya telah menarik minat ribuan pencinta ilmu dari seluruh pelusuk negara. Semuanya berhimpun dalam majlis ilmu yang penuh barakah, mengangkat tradisi menelaah kitab ke arus perdana, menjauhi anasir yang memecahbelah, meluruskan pegangan akidah, menterjemah akhlak al-karimah.

Ayuh kita doakan agar syiar Islam terus semarak dan mekar di bumi Malaysia, seluruh rakyat berada di bawah lembayung rahmah, negara mendapat barakah, ummah beroleh maghfirah.

Apa pandangan anda?

Ikuti segmen terbaharu infografik JAKIM Untuk Ummah terbitan JAKIM di semua platform media sosial rasmi.
Saling Membantu, Saling Menguatkan

“وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ”
”… Dan Allah SWT akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mana hamba tersebut membantu saudaranya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2699)

Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan banjir di beberapa negeri, menguji kesabaran dan kekuatan kita sebagai sebuah ummah.

Marilah kita bersama-sama meringankan beban mereka yang terjejas dengan menghulurkan bantuan berupa makanan, pakaian, dan keperluan asas.

Panjatkan doa buat mereka yang diuji musibah agar diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Setiap usaha kecil dari kita mampu membawa perubahan besar buat mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, Allah SWT sentiasa bersama hamba-Nya yang membantu saudaranya.

#SalingMembantu #Banjir2024 #KitaJagaKita #MalaysiaMadani
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : KALIMAH TAYYIBAH

Syariat Islam telah memberikan panduan kepada umat Islam dalam berinteraksi dan bersosial sesama masyarakat. Ajaran Islam juga telah melarang sikap suka mengeji, memfitnah, mengumpat dan mencaci maki orang lain. Sebaliknya Islam mengajar supaya bercakap dengan penuh sopan, tertib serta menyantuni semua pihak.

Keharmonian dalam masyarakat perlu dijaga sebaik-baiknya kerana ia adalah kunci kepada perpaduan negara. Apatah lagi Malaysia sebagai sebuah negara berbilang agama, bangsa dan kaum, semua pihak adalah berperanan untuk sentiasa menjaga tutur kata dan ucapan kerana ia adalah sebahagian daripada akhlak serta adab.

Ikuti perbincangan Kalimah Tayyibah dalam Forum Perdana Ehwal Islam, Khamis , 28 November 2024, jam 9.00 malam hanya di tv1.
Doa Ketika Hujan Turun Dengan Terlalu Banyak Sehingga Ditakuti Berlakunya Mudarat

Ketika hujan turun dengan terlalu banyak, ia boleh mendatangkan mudarat. Rasulullah SAW telah mengajarkan doa ini agar hujan membawa manfaat, bukan bencana :

“Ya Allah! (Kami memohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang dan bukit-bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.”

Amalkan doa ini untuk memohon perlindungan dan keberkatan daripada-Nya.

Semoga hujan menjadi rahmat, bukan musibah.
Fiqh Banjir: Panduan Ibadah Musim Banjir

Dalam menghadapi musim banjir, berikut adalah panduan ringkas untuk kekal beribadah dengan cara yang betul:

📌 Jamak Solat Ketika Banjir
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/495-jamak-solat-ketika-banjir

📌 Berwudhu' Dengan Air Banjir
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/502-isu-berwudhuk-dengan-air-banjir

📌 Kaedah Pelupusan Al-Qur'an Yang Rosak Akibat Banjir
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2056-17

📌 Memberi Zakat Kepada Mangsa Bencana Alam Seperti Banjir
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2054-14
Doa Dipermudahkan Segala Urusan

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

“Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan.”

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah mempermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir.

Doa adalah senjata orang mukmin. Teruskan berdoa untuk saudara-saudara kita yang sedang diuji.

Semoga mereka diberikan kekuatan, kesabaran, dan bantuan yang sewajarnya.

#DoaUntukMangsaBanjir
#KitaJagaKita
#MalaysiaMadani
“Bersama Membantu, Bersama Dirahmati”

Sabda Rasulullah SAW:

وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ

“Dan Allah SWT akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mana hamba tersebut membantu saudaranya.”

Marilah kita terus menyebarkan kasih sayang dengan membantu mereka yang memerlukan khususnya mangsa yang terkesan dengan musibah banjir ketika ini. Setiap usaha kecil kita adalah tanda rahmat besar dari-Nya.

Bersama kita bina masyarakat yang prihatin, insya-Allah.

#BantuDanDirahmati #SkuadMusaadah #MalaysiaMadani #JAKIM
2024/12/02 11:30:24
Back to Top
HTML Embed Code: