Telegram Web
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM 21 September 2024

Hasil Rampasan OP Global Fasa 4 Jadi Bahan Bukti Sokongan Penentuan Status Akidah Pengikut GISBH

#malaysiatrending
#gisb
#alfalah
#malaysiamadani
Jangan Biarkan Syaitan Menguasai Hati. Mohonlah Perlindungan Allah SWT

“Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal (berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.)” [Surah al-Nahl, 16:99]

Hidup kita penuh cabaran, namun ingatlah, dengan iman yang teguh dan tawakal, syaitan takkan mampu mendekati kita.

Mari sama-sama kita amalkan membaca Doa Perlindungan dari Gangguan Syaitan yang terdapat di dalam surah al-Mukminun ayat 97-98 yang bermaksud :

“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan, Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.”

Tip Harian: Ucapkan doa ini setiap hari, terutama sebelum tidur dan ketika hati mulai resah. Jadikan zikir dan doa perisai utama kita!

#DoaPerlindungan #TeguhkanIman #SyaitanTidakBerkuasa #KekuatanDoa #IslamicReminder #JAKIM #malaysiamadani
Memelihara Diri Dari Bahaya Dan Kemudaratan

Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud : “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

Sebagai hamba-Nya, kita dianjurkan memohon perlindungan dari segala bahaya. Mari amalkan Doa Mohon Keselamatan ini:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ayuh amalkan membaca doa ini setiap hari untuk keselamatan dan perlindungan diri kita.

#Pelantransformasialfalah #Malaysiamadani #DoaPerlindungan #MohonKeselamatan #AlBaqarah195 #IslamicReminder #InspirasiHarian
Amalan Kebaikan Sebelum Memeluk Islam: Adakah Dikira?

Tahukah anda? Setiap amalan kebaikan yang kita lakukan sebelum memeluk Islam tidak terbuang begitu sahaja.

Daripada Abi Sa’id al-Khudri, Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila seseorang hamba itu telah masuk Islam, lalu berIslam dengan baik, nescaya Allah akan menulis baginya (memberi pahala) semua kebajikan yang telah lalu, dan menghapuskan segala kejahatan yang telah lalu.” (Riwayat al-Nasaie (4912)

MasyaAllah, betapa rahmat dan kasih sayang Allah begitu luas! Setiap kebaikan akan terus dicatat, malah dosa-dosa diampunkan.

Mari kita sama-sama hayati keindahan Islam yang penuh dengan kasih sayang dan rahmat ini.

#IslamRahmatanLilAlamin #HadisNabiSAW #HidayahDanPengampunan #KeindahanIslam #MalaysiaMadani #JAKIM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pertemuan Pengurusan Tertinggi JAKIM bersama YAB Perdana Menteri

Kredit : Pejabat Perdana Menteri

#Alfalah
#MalaysiaMadani
GOOD DEEDS BEFORE ISLAM; ARE THEY REWARDED?

From Abi Sa’id al-Khudri, the Prophet PBUH said:

إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ كُلَّ حَسَنَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا وَمُحِيَتْ عَنْهُ كُلُّ سَيِّئَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا

"The Messenger of Allah [SAW] said: 'If a person accepts Islam, such that his Islam is good, Allah will decree reward for every good deed that he did before, and every bad deed that he did before will be erased.”

Sunan al-Nasaie (4912)
Sebarkan Salam, Eratkan Ukhuwah!

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata : “Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah : Ciri-ciri Islam manakah yang paling baik?

Nabi SAW bersabda : "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." (Hadis Riwayat al-Bukhari (11), (27), (5767) dan Riwayat Muslim (56)]

Mengucapkan salam bukan sahaja tanda kasih sayang sesama Muslim, tetapi juga amalan sunnah yang mengeratkan hubungan sesama kita.

Jadi, jangan lupa sebarkan salam hari ini! Ucapkan "Assalamualaikum" kepada rakan, keluarga, dan sesiapa sahaja yang anda temui. Semoga dengan salam, ukhuwah kita semakin kuat.

#SebarkanSalam #KasihSayangSesamaIslam #Assalamualaikum #SunnahNabi #JAKIM #MalaysiaMadani
Kata Baik atau Diam: Pilihan Mukmin

Kata-kata kita mencerminkan keperibadian dan iman, apatah lagi di era media sosial yang pantas tersebar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (HR. Al-Bukhari & Muslim).

Setiap perkataan yang dilontarkan, sama ada dalam dunia nyata atau maya, berpotensi besar memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain. Di platform media sosial, ketidakfahaman dan emosi kadangkala boleh membawa kepada kata-kata yang merosakkan.
Ingatlah, diam bukanlah tanda kelemahan, tetapi bentuk hikmah yang tinggi nilainya apabila kata-kata tidak memberi manfaat. Kita perlu berhati-hati dan mengelak daripada berbicara sembarangan yang boleh menyinggung atau mengundang fitnah.

Allah SWT mengajarkan kita untuk sentiasa menjaga lidah dan hanya menyampaikan perkara yang benar serta bermanfaat.
AWAS! JAUHI AJARAN SESAT

Allah SWT berfirman dalam surah az-Zumar ayat 65 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: 'Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah), tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi daripada orang-orang yang rugi.”

Ayat ini memperingatkan bahawa syirik (mempersekutukan Allah) akan menggugurkan segala amal kebaikan dan menyebabkan seseorang termasuk dalam golongan yang rugi, baik di dunia mahupun di akhirat.

Peliharalah akidah, kekalkan ketaatan kepada Allah SWT dan jauhi kesesatan. Jangan biarkan diri kita terpedaya dengan ajaran yang menyeleweng daripada Islam.

#AwasKesesatan #JauhiSyirik #PeliharaIman #JAKIM #MalaysiaMadani
Larangan Bersikap Ego: Hikmah Surah Luqman

Firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 18 yang bermaksud : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."

Sikap ego dan sombong tidak membawa kebaikan, malah merosakkan hubungan kita dengan manusia dan menjauhkan rahmat Allah SWT.

Sentiasalah bersikap rendah hati dan menghargai setiap insan di sekeliling kita, kerana kemuliaan seseorang terletak pada akhlaknya, bukan pada pangkat atau kedudukannya.

Jom muhasabah diri dan jauhi sikap takbur!

#LaranganEgo #SurahLuqman #AkhlaqMulia #SombongMerosakkanDiri #NasihatHarian #JAKIM #MalaysiaMadani
Rasulullah SAW Menyempurnakan Akhlak Manusia

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat al-Baihaqi, Ahmad, al-Hakim)

Baginda SAW adalah contoh terbaik dalam segala aspek kehidupan iaitu bersifat berlemah lembut, penuh kasih sayang, dan sentiasa berbuat kebaikan.

Mari kita semua meneladani sifat-sifat baginda SAW dalam kehidupan harian kita. Jadikan akhlak mulia sebagai asas dalam berinteraksi sesama manusia. Inilah langkah kita menuju kehidupan yang lebih baik dan masyarakat yang lebih harmoni.

Ayuh, sama-sama kita ikuti jejak Rasulullah SAW.

#AkhlakMulia #RasulullahSAW #SuriTeladan #MencontohiRasul #MalaysianMadani
Ciri Mukmin: Menjauhi Sikap Keji

Dalam Islam, seorang mukmin sejati adalah individu yang menjaga akhlaknya dan menjauhi segala bentuk sikap keji.

Sikap keji merangkumi segala bentuk perbuatan yang membawa kepada keburukan, seperti menipu, berbohong, menyakiti orang lain, atau berkelakuan buruk dalam pergaulan. Mukmin sejati sentiasa menjaga kehormatan diri dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Orang beriman bukanlah orang yang suka mencela, melaknat, berperilaku keji dan bercakap kotor.” [Riwayat al-Tirmizi (1977)]

Mari kita berusaha bersama-sama untuk meningkatkan akhlak dan menjaga diri dari perbuatan yang boleh mencemarkan jiwa dan hati kita.

#CiriMukmin #MenjauhiSikapKeji #AkhlakMulia #IslamicValues #teladanrasulullahsaw
Jagalah Hati, Kunci Keseluruhan Jasad

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya; jika ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.”

Hati adalah pusat segala perbuatan kita. Jika hati kita dipenuhi dengan kebaikan, maka perbuatan dan kehidupan kita juga akan berlandaskan kebaikan. Tetapi, jika hati kita dicemari keburukan, segalanya akan turut terkesan.

Mari kita sama-sama muhasabah diri dan menjaga hati kita daripada hasad, dengki, dan segala sifat negatif.

Mulakan hari ini dengan membersihkan hati, dan lihat bagaimana kehidupan anda berubah menjadi lebih baik.

#pelantransformasialfalah #JagalahHati #HadisNabi #KebaikanHati #MuhasabahDiri #RasulullahSAW #HatiYangBersih #JAKIM #MalaysiaMadani
Selamat Ulang Tahun ke-57 SPRM

Tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas 57 tahun yang penuh komitmen dalam memerangi rasuah dan menjaga keadilan di tanah air tercinta.

Dengan ketegasan dan dedikasi, SPRM terus menjadi benteng pertahanan integriti negara, memastikan Malaysia kekal bebas dari ancaman rasuah.

Setiap langkah yang diambil oleh SPRM adalah lambang perjuangan untuk mencipta sebuah negara bersih, telus, dan berintegriti, selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang kita impikan.

Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha gigih SPRM selama ini.

Semoga segala usaha ini terus diperkukuhkan demi masa depan negara yang lebih gemilang dan bebas rasuah.

#SPRM57 #Integriti #PerangiRasuah #MalaysiaMadani #JAKIM
SEKALUNG TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa 1 Oktober 2024.

Dengan pengalaman kepimpinan beliau yang berwawasan dan dedikasi dalam memartabatkan syiar Islam pastinya akan membawa JAKIM ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha beliau dalam memperkukuhkan syiar Islam di Malaysia dan memperkasakan JAKIM sebagai agensi peneraju dalam hal ehwal Islam.

Marilah bersama-sama kita mendukung misi dan visi beliau untuk membawa JAKIM mencapai kejayaan yang lebih gemilang di peringkat global.
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff atas khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JAKIM bermula 21 Mac 2022 hingga 30 September 2024.

Dedikasi dan kepimpinan beliau selama ini telah memberi impak besar dalam memperkasa hal ehwal Islam di Malaysia.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha beliau, dan jasa yang ditinggalkan akan terus dikenang oleh seluruh warga JAKIM serta masyarakat.

Selamat maju jaya dalam segala urusan di masa hadapan, dan semoga terus dirahmati Allah SWT di setiap langkah.
Pesan Luqman Al-Hakim kepada Anaknya

Dalam Surah Luqman, ayat 17, Allah SWT merakamkan kata-kata penuh hikmah dari seorang ayah yang bijaksana kepada anaknya. Pesanan ini bukan sekadar nasihat biasa, tetapi ianya adalah panduan hidup untuk kita semua.

Pesanan ini merangkumi empat perkara utama :

1️⃣ Mendirikan solat – Kunci kejayaan dunia dan akhirat bermula dengan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.

2️⃣ Mengajak kepada kebaikan – Menyebarkan kebaikan dan mempengaruhi orang lain untuk berbuat perkara yang bermanfaat.

3️⃣ Mencegah kemungkaran – Berusaha untuk menghindari keburukan dan melindungi masyarakat daripada perbuatan yang salah.

4️⃣ Bersabar – Menjalani ujian hidup dengan tabah, kerana sabar adalah kunci kekuatan iman.

Mari kita amalkan pesanan ini dalam kehidupan seharian kita. Semoga setiap langkah kita sentiasa dalam keredhaan-Nya, dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

#PesananLuqman #HikmahQuran #SabarItuIndah #JomSolat #SebarKebaikan #MalaysiaMadani #JAKIM #TarbiahHarian
WORLD QURAN SYMPOSIUM 2024

Anda dijemput hadir ke Simposium Al-Quran Sedunia 2024 yang bertemakan “Ummatic Transformation Through the Miracles of the Quran”. Program ini bakal mengupas mukjizat Al-Quran yang mampu membangkitkan transformasi ummah.

📅 Tarikh : 10 Oktober 2024 (Khamis)
🕰️ Masa : 8.00 pagi - 1.30 petang
📍Tempat : Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur

Sertailah kami dalam program yang berprestij ini, yang akan menampilkan panel-panel ulama dan sarjana yang hebat dari seluruh dunia. Jangan lepaskan peluang untuk memperkayakan ilmu dan mendalami keajaiban Al-Quran dalam membentuk umat yang cemerlang.

Sahkan kehadiran anda sekarang melalui kod QR yang tertera.

Jom hadir dan semarakkan kecintaan kita terhadap Al-Quran.

#WorldQuranSymposium2024 #SimposiumAlQuran #TransformasiUmmah #MukjizatAlQuran
LARANGAN MENGABAIKAN PEMBERIAN NAFKAH KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK

Diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” [Riwayat Abu Daud (1692)]

Sebagai ketua keluarga, memastikan keperluan isteri dan anak-anak dipenuhi bukanlah sekadar tanggungjawab material, tetapi juga amanah yang berat.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pelindung dan pemberi nafkah kepada keluarga tercinta.

#jakim
#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
2024/12/03 11:59:05
Back to Top
HTML Embed Code: