Telegram Web
JEMPUTAN ISTIMEWA KE PROGRAM ZIKIR AKBAR MADANI

Esok adalah harinya! Jom kita bersama khususnya warga Wilayah Persekutuan hadir ke Program Zikir Akbar Madani sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025 pada :

๐Ÿ“… 31 Januari 2025 (Jumaat)
๐Ÿ•• 6.00 petang โ€“ 10.30 malam
๐Ÿ“ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Program akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah seterusnya solat Hajat, Bacaan Yasin & Doa Selamat yang akan dipimpin oleh YBrs. Ustaz Dr. Amru Al Haz bin Adnan, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya bagi memohon keberkatan dan keselamatan buat seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Wilayah Persekutuan

Tausiyah Khas Istimewa oleh :
๐Ÿ’  SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan)
๐Ÿ’  YBhg. Prof. Datoโ€™ Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti (Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei)

Jangan lepaskan peluang! Datang, rasai ketenangan & sebarkan kebaikan!
Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2025

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari setiap tahun bertujuan bagi memperingati hari pengisytiharan gabungan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, makmur, dan diberkati. Bersama kita jayakan Malaysia Madani!

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

#HariWilayahPersekutuan2025 #WilayahPersekutuan #MalaysiaMadani #JAKIM
SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

โ–ถ๏ธ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui masjid-masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama masjid/surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan Solat Hajat dan Doa Selamat mendoakan kesejahteraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Butiran seperti berikut:

Tarikh : 11 Februari 2025 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib

โ–ถ๏ธMuslimin dan Muslimat adalah diundang ke masjid/surau berkenaan untuk bersama-sama menunaikan solat hajat seterusnya mendoakan KDYMM Seri Paduka BagindaYang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan.
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PENGANJURAN MAJLIS JALINAN MUHIBBAH MADANI SEMPENA TAHUN BARU CINA TAHUN 2025
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

ISU LELAKI BERPAKAIAN MENYERUPAI WANITA SEMASA SEBUAH ACARA PERTANDINGAN HIBURAN
Pakaian Orang Beriman: Pilihlah Pakaian yang Mendapat Redha Allah SWT

Islam mengajarkan kita tentang batas-batas berpakaian, khususnya untuk menjaga maruah dan kemuliaan diri. Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang dua golongan ahli neraka yang antaranya adalah wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Peringatan ini mengajak kita untuk merenung dan memperbaiki cara berpakaian.

Berikut adalah ciri-ciri pakaian yang sesuai dengan ajaran Islam:

1๏ธโƒฃ Tidak Terlalu Sempit atau Nipis - Pakaian yang tidak melekat pada badan dan tidak menampakkan susuk tubuh.

2๏ธโƒฃ Tidak Menyerupai Lelaki - Hindari pakaian yang dikhususkan untuk kaum lelaki seperti seluar ketat atau pakaian maskulin.

3๏ธโƒฃ Tidak Meniru Orang Kafir - Berpakaianlah mengikut adab Islam dan elakkan meniru pakaian yang melambangkan budaya atau kepercayaan yang bertentangan.

Marilah kita bersama-sama menjaga penampilan sesuai tuntutan agama. Pakaian bukan hanya soal gaya, tapi juga lambang ketaatan dan kehormatan kita sebagai umat Islam.
Cerapan Hilal Ramadan: 10 Hari Lagi!

Cerapan Hilal dilaksanakan dalam penentuan awal puasa Ramadan 1446H. Ianya dilaksanakan di 29 lokasi cerapan rasmi yang telah diperkenan Majlis Raja-Raja.

Jawatankuasa Rukyah Negeri yang diketuai oleh Mufti Negeri diberi amanah mengadakan cerapan tersebut. Keputusan berkenaan tarikh permulaan ibadah puasa umat Islam bagi tahun 1446H akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KDYMM Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah untuk menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan kepada Rukyah dan Hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah.
Hebahan Penganjuran Majlis Ilmu Madani Melalui Rancangan Assalamualaikum


๐Ÿ“Siapa yang boleh hadir?
๐Ÿ“Apa agenda menarik yang bakal berlangsung?
๐Ÿ“ Siapa personaliti hebat dari Masjid Al-Aqsa yang akan hadir dalam Majlis Ilmu Madani nanti?

โ–ถ๏ธ Jom dengar bersama *perkongsian mengenai penganjuran Majlis Ilmu Madani* seperti butiran berikut:

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 23 Februari 2025 (Ahad)
๐Ÿ•• Masa: 9.34 pagi
๐Ÿ“บ Medium: Rancangan Assalamualaikum, TV Alhijrah

Bersama YBrs. Dr. Muhammad Yamin Bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM

#malaysiamadani
#majlisilmumadani
#islammekardibumimalaysia
Jemputan Istimewa ke Majlis Ilmu Madani

Buat julung kalinya, Sheikh Dr. Ekrima Saโ€™id Sabri, Imam Masjid Al-Aqsa, akan hadir ke Majlis Ilmu Madani dan lebih istimewa, beliau akan mengimamkan solat fardu Maghrib dan Isyak serta menyampaikan tausiah khas bersempena majlis Ilmu Madani.

JAKIM menjemput semua rakyat Malaysia hadir bersama-sama keluarga ke Majlis Ilmu MADANI yang akan diadakan seperti berikut:

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 24 Februari 2025 (Isnin)
๐Ÿ•• Masa: 6.00 petang
๐Ÿ•Œ Tempat: Masjid Putra Putrajaya

Ayuh, hadirkan diri dan rebut peluang untuk menimba ilmu serta meraih keberkatan bersama tokoh ulama terkemuka dunia Islam.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Jom sebarkan dan ajak keluarga serta sahabat untuk turut serta memeriahkannya.
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PENGANJURAN MAJLIS ILMU MADANI
BERSAMA SHEIKH DR. EKRIMA SAID SABRI, IMAM MASJID AL-AQSA
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

VIDEO TULAR BEBERAPA INDIVIDU YANG DIDAKWA CUBA MENYEBAR AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM DALAM KAWASAN PERUMAHAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN
Niat Solat Sunat Tarawih

Alhamdulillah, malam ini bermulanya solat sunat Tarawih. Rebutlah keberkatan malam Ramadan dengan menunaikan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Jom hidupkan Ramadan dengan ibadah! Moga Allah SWT menerima amalan kita.

#SolatTarawih #RamadanKareem #JAKIM #MalaysiaMadani
Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadan

Ramadan adalah bulan penuh rahmat dan keberkatan. Inilah saatnya untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyak amal, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga setiap ibadah yang kita lakukan diterima dan menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan.

Marilah kita manfaatkan Ramadan ini dengan penuh keikhlasan, saling memaafkan, memperbanyak membaca al-Quran, bersedekah, serta memperkukuhkan ukhuwah Islamiah.

โ€œBarangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.โ€ [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga JAKIM.
Doa Menyambut Ketibaan Bulan Ramadan

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุณูŽู„ูู‘ู…ู’ู†ููŠ ู„ูุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽุŒ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ู„ููŠุŒ ูˆูŽุชูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ู’ู‡ู ู…ูู†ูู‘ูŠ ู…ูุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ู‹ุง

โ€œYa Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan,
sejahterakanlah Ramadan bagiku, dan terimalah dariku (ibadah pada bulan itu).โ€

Marilah kita panjatkan doa ini agar dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kekuatan untuk beribadah di bulan penuh keberkatan ini.

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

#DoaRamadan #RamadanKareem #MalaysiaMADANI #JAKIM
Niat Puasa Ramadan

MAZHAB AL-SYAFIIE
Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil) yang tidak terikat antara satu sama lain.

MAZHAB AL-MALIKI
Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIIE
Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.

Malam ini, jangan lupa niat ya!
Kelebihan Bersahur โœจ

Rasulullah SAW bersabda:
โ€œBersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.โ€
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Jangan tinggalkan sahur! Walaupun hanya dengan sebiji kurma dan seteguk air, ia membawa keberkatan dalam ibadah puasa kita.

Tag rakan-rakan anda dan ingatkan mereka tentang pentingnya sahur!

#BersahurBerkat #KeberkatanSahur #Puasa #Ramadan #JAKIM #MalaysiaMADANI
2025/03/02 06:26:18
Back to Top
HTML Embed Code: