Telegram Web
Sebaran-baran orang juga mampu dilembutkan hatinya, inikan pula mereka yang sudah sedia ada lembut hatinya. Mungkin dengan nasihat, dengan rasa didengari atau mungkin dengan tindakan tanpa sengaja kerana dia juga manusia yang punya hati dan perasaan.

@ndyasyaz
Cerita sendiri, pujuk sendiri, mengeluh pun sendiri. Teruskan semangat ! Its okay lama-lama kamu juga akan terbiasa. Walaupun pada akhirnya kamu sendiri, tapi kamu akan tetap punya satu penyokong terkuat iaitu diri kamu sendiri.

@ndyasyaz
Jika Tuhan membuat kamu menunggu maka bersiaplah untuk terima lebih dari apa yang kamu minta. Mungkin kita rasa lama sangat masa untuk kita dapat tapi kita juga kena percaya bila kita minta satu Tuhan mampu beri lebih asbab penantian kita.

@ndyasyaz
Perempuan itu,
Dalam lembut dia ada ketegasan,
tak mudah berkeras walaupun
pada dasarnya dia berhak menjadi keras.Seandainya dirinya dicabar, akan terlihatlah satu sisi keras dan tangguh diri dia.

@ndyasyaz
Buat kamu yang menelan banyak cerita sendiri,
Aku tahu kamu juga lelah dalam berjuang,
kamu terpaksa berpura-pura kuat demi bertahan sedangkan kamu kian hancur.
Aku mungkin tidak berada di tempatmu tapi percayalah,
di saat kamu mencari bahu untuk bersandar, ruang itu ada untuk kamu pada mereka yang tepat.

@ndyasyaz
Akan sampai satu tahap, kita akan rasa bersyukur sangat dengan takdir hidup kita. Mungkin our pathway tidak selaju orang lain and maybe, pencapaian kita pun tak mampu nak saing orang lain but you know what, whatever it is you did well sebab tak semua orang mampu lalu apa yang kita lalui dan pegang konsep which everything happen must be a reason.

@ndyasyaz
Never stop making dua for something you insist in life even the hardest and impossible one. Be realistic and have faith in everything except in prayer.

@ndyasyaz
Satu benda yang selalu kita sedar, kita tak perlukan apa-apa sebab untuk memberi. Kita tak perlu tunggu 'ulang tahun' pun untuk hargai seseorang. Bukan nilai hadiah tu yang menjadi ukuran tapi seberapa kuat ingatan kita pada dia sampai kita boleh bagi pada dia sebuah hadiah. Sampaikan, kalau kita bagi satu nota kecil yang tertulis 'teruslah hidup walau sudah rapuh' sekalipun, dia pasti akan simpan.

@ndyasyaz
Kayalah macam mana pun, kalau tak pandai menabung, duit tu akan habis. Walaupun hidup sederharana tapi bila pandai urus duit, cukuplah sampai akhir. Jangan biasakan diri cakap "takde duit" sebab itu satu doa. Daripada cakap macam tu baik ubah "aku ada duit, insyaa-Allah cukup"

@ndyasyaz
Jangan didik diri kita mengeluh. Memang semua orang ada ujian, ada masalah tapi mengeluh tu tak selesaikan apa-apa pun. Daripada mengeluh baik cari 'solution'. Cepat sikit selesai masalah tu tau. Tak ada benda yang senang. Semua benda kena usaha. Memang penat tapi fikir yang baik-baik je.

@ndyasyaz
Masalah yang kita sangka besar tu sebenarnya kecil je sebab kita ada Dia, Tuhan yang Maha Besar. Takkan ada satu pun lah masalah yang Tuhan tak boleh selesai. Bila kita mula serahkan urusan kita pada Dia, percaya mesti akan ada jalan.

@ndyasyaz
Untuk percaya dengan diri sendiri ni bukan dengan paksaan tapi dengan hati yang terbuka. If you force something, eventually you'll going to give up half way through. Sebab you overthinking about negative thoughts. If you think negative then it will become you haven't tried yet but you overthinking too much

Tak salah untuk overthinking but you need to know why you need to overthinking. Nak tau value diri bukan sehari dua. it takes years to develop. It takes ups and downs, experience dan sets of skills. That's why saya kata, why give up when you haven't started yet?

~Sir Fared

@ndyasyaz
Makin tinggi kita punya level of ignorance, hidup kita akan jauh lebih tenang. Ada benda yang kita should concern tapi ada benda yang lebih baik tak ambik tahu. Bukan pentingkan diri, cuma tak perlu berat kan kepala nak fikir pandangan orang. You live on your own pathway"

@ndyasyaz
Pertahankan jika mahu. Lepaskan jika perlu. Hidup terlalu singkat untuk terus bersedih pada apa yang tak pasti. Lalui saja dan nikmati kesendirian ini dengan jalan mu sendiri.

@ndyasyaz
jangan jadi orang lain hanya untuk bahagiakan orang lain.Cukuplah sampai sini perjuangan yang tidak ada makna. Berjuang untuk diri kau sendiri dan nikmati dengan sepuas-puasnya.kalau bukan kau, siapa lagi?

@ndyasyaz
Kau kata kau tak mampu nak hadap semua ini.
Tapi lihatlah diri kau yang sekarang.
Banyakkan cerita yang sudah kau lalu?

Walaupun mulut mengatakan tidak,
tapi bahasa tubuh itu tetap mendahului.
Ada masa kau perlu berfikir dahulu.
Ada ketika kau kena jalan dahulu.
Tapi apa pun, kau tetap mampu lalu.

@ndyasyaz
Rindu itu berat kan?

Kau rindu untuk kembali pada masa lalu.
kau rindu ramainya teman.
kau rindu akan senyuman dan gelak tawa tanpa ada masalah.
dan yang paling sakit.
kau rindu kekuatan kau yang dulu.
Tapi kau sedar.
rindu itu boleh tapi kembali jangan.

@ndyasyaz
Cemburu tanda sayang?

kau silap.
kalau kau mungkin tandanya sayang.
tapi pada aku, cemburu melihat teman seusia
punya hampir segalanya.
sedangkan aku masih di sini dan tak punya apa-apa.
Bukan kerana aku tidak bertindak.
tapi hanya kerana ingin selesaikan pendidikan.
lalu aku seperti sedikit ketinggalan.
namun tidak mengapa.
cemburu itu perlu untuk kemajuan diri.

@ndyasyaz
Genggaman kau akan terlepas satu hari nanti.
Di saat kau tidak ingin melepaskan namun kau tiada pilihan.
Bukan kerana kau lemah.
Tapi hanyalah kerana susunan takdir yang membawa kau sampai di tahap ini.
Mungkin kau sakit sekarang tapi luka itu akan sembuh.

Percayalah.

@ndyasyaz
Penatkan jadi orang yang tak penting ni?

Mestilah penat. Awak bagi full energy untuk orang lain tapi orang lain tak bagi pun same energy ans you. Lebih baik focus pada diri sendiri. Badan tak penat, kepala pun tak sakit.Simple.

@ndyasyaz
2025/03/02 10:52:10
Back to Top
HTML Embed Code: