Telegram Web
Kata para Ulama, bahawa seseorang itu mencintai Rasulullah dengan kadar kecintaan dia kepada Allah

Semakin dia mencintai Allah, maka dia akan semakin mencintai Rasulullah

Dan sebaliknya, jika seseorang tidak cinta kepada Rasulullah, maka itu menunjukan bahawa dia tidak mencintai Allah.
“Aku mencintai ujianku sebab aku tahu yang memberi ujian itu sangatlah mencintaiku”

Kadang-kadang ujian tu macam berat sangat, kan? Tapi cuba ingat balik, Allah yang bagi ujian tu sebenarnya sangat sayangkan kita. Macam kita yang nak orang kita sayang jadi lebih baik, Allah pun macam tu. Ujian tu cara Allah nak dekatkan kita dengan-Nya dan kuatkan kita. Jadi, walaupun susah, percayalah, ada kasih sayang di sebalik setiap ujian.

من يرد الله به خيرا يصب منه

“Siapa yang Allah ingin beri kebaikan, pasti Dia akan mengujinya.”

- Sahih Bukhari dan Muslim
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kenapa ramai macam tak percaya bila saya kata beli satu buku percuma 4 hadiah lain?

Saya memang jarang buat diskaun buku yang saya tulis, tetapi kerana bulan ini bulan kebahagiaan kita, bulan kelahirannya Baginda inilah cara kita berbagi dan berkongsi.


Nah, ni hadiahnya.
- buku 40 Hadith Wanita
- buku Seni Memahami Makna Bacaan Dalam Solat
- celak Yaman
- E-Book: Himpunan Doa Muslimah

—-> https://vt.tiktok.com/ZS25phdf8/

Lambat habis ;)
MAJLIS MAULID & TAUSIYAH

SHAYKH MUKHTAR JAMIL AL-YAMANI & USTAZ ALI IMRAN

PERSIAPAN BERTEMU RASULLULLAH SAW

TARIKH 🗓️ :
20 SEPTEMBER 2024 I JUMAAT

MASA 🕰️ :
9 PAGI - 12 TENGAHARI

BERTEMPAT DI 🏡 :

RICHIAMO COFFEE TAMAN VELOX,
13A-G, JALAN VELOX PRIMA AVENUE, TAMAN VELOX, 48000 RAWANG, SELANGOR

Sila sahkan kehadiran melalui link Google Form di bawah :👇👇👇

https://forms.gle/grkjc3dYUhRf9oog8
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mengajak kepada Baginda Nabi -صلى الله عليه وآله وسلم- , pada hakikatnya ialah mengajak kepada ketenangan jiwa serta kebahagiaan di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Salam Mawlid ar-Rasul ❤️‍🩹
Orang yang perlukan ilmu agama sangat ramai. Manakala yang benar-benar rajin dan dahagakan ilmu agama boleh dibilang jari. Bukan sahaja di kalangan muallaf, bahkan di kalangan mukallaf awam pun.

Sementara itu, orang yang nak menyampaikan ilmu agama pula tak ramai. Nak cari yang ‘alim sangat susah. Dalam keadaan penyampai ilmu agama tak ramai, apalagi yang ‘alim, ada pula yang terhalang dan tersekat. Penyebaran ilmu agama jadi kaku dan lembab. Inilah realiti akhir zaman. Sedangkan, gejala sosial dan keruntuhan umat makin menjadi-jadi.
Tinggalkan gosip artis kerana tidak bermanfaat.

‎Nabi ﷺ sebut :

‎ مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

‎“antara tanda kebaikan seorang muslim adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya” (HR Tirmidzi)
Dunia boleh patahkan kita, menjatuhkan kita berkali-kali, merampas semangat dan impian kita, meluluhkan harapan dan perjuangan kita,

Namun, jangan sampai Baginda Rasulullah memalingkan wajah dari kita.

Ya Rasulullah, jika seorang pemabuk masih engkau kasihi, orang yang berniat membunuhmu engkau doakan pada dadanya, adakah seperti kami ini tidak layak mendapat pandangan kasihmu? 😔

——-
Dengan izin Allah, kurang dua minggu saya dan zawjah akan bermusafir melaksanakan Umrah dan menziarahi Baginda Nabi.

Bagi sesiapa berhasrat badal umrah, boleh pm saya, saya sendiri akan bantu melaksanakannya.
Sekeji apa pun kita, kita masih layak memohon pengampunan. Dia masih sudi menerima kepulangan kita. Kehidupan masih lagi sebuah peluang, walaupun begitu banyak peluang yg telah diabaikan. Dosa kita mungkin sebesar kapal, tetapi rahmat Dia lebih luas dari lautan.

“Aku adalah seperti mana sangkaan hamba-Ku.” (HR. Bukhari)

Baik sangkaan kita pada Allah, maka baiklah ia. Kalau tidak, maka tidaklah.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

“Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi mereka.”

Demi menyahut aspirasi Baginda Nabi, Insha-Allah setiap pagi Isnin-Khamis kita akan baca zikir Wirdul Latiff seperti selalu.

Tapi kita akan buat group baru khusus untuk penyertaan pagi supaya tidak menganggu channel ini.

Boleh sebarkan agar lebih ramai dapat menemukan pengisian pagi dengan mengamalkan zikir warid dari Baginda Nabi.

https://chat.whatsapp.com/GifWn5GUzNrBD1Z8aoyrCW
Kata Imam Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim,

Jika berulang dosa seratus kali atau seribu kali atau lebih, namun si pembuat dosa bertaubat pada setiap kali... taubatnya akan diterima dan dosanya akan berguguran."

Dan antara tanda benar taubat seseorang adalah :
1) Ia akan berhijrah dan meninggalkan tempat yang dia pernah melakukan maksiat didalamnya.
2) Allah menjauhkan diri dia daripada kawan-kawannya yang jahat.
3) Hal hatinya selalu merasa sedih, dan patah hati dengan dunia.
4) Selalu menangis menyesali dosa dosa lalu.
5) Banyak diam dan berfikir.

Habib Abdullah Bin Alwi Al-Haddad ‎رحمه الله تعالى
Kita menyusun rencana, dengan semangat futuristik. Tanpa sedar, kain kafan kita sedang ditenun. Masa depan yang lebih ke hadapan hakikatnya adalah akhirat. Nun di sana cita-cita kita. Ya… akhirat namanya.

Separuh purnama lagi 2025, permudahkanlah Ya Rabb.
Jarum panjang detik terakhir 2024 perlahan menghilang, memberi ruang kepada 2025 untuk menyapa. Tanpa diminta, angin Januari membawa ingatan lama – lagu-lagu yang pernah merintih bersama hati kita. Tapi malam ini, ia kedengaran kosong, seperti angin lalu yang tidak meninggalkan jejak.

Begitulah waktu. Ia menyembuhkan tanpa kita sedari, memudarkan apa yang dulu terasa berat, dan akhirnya mengajarkan kita untuk melepaskan.

Dan kini, awal Rejab turut hadir, mengetuk pintu hati sebagai peringatan lembut. Bulan yang penuh keberkatan ini seperti panggilan untuk kembali – mendekatkan diri kepada Allah, menyucikan jiwa, dan bersiap menuju Ramadan yang kian menghampiri.

Bersilih ganti.

Masa benar-benar bekerja. Ia bukan hanya mengubah hari-hari kita, tetapi juga hati kita. Daripada resah, kepada redha. Daripada luka, kepada lega.

Selamat tahun baru, dan selamat menyambut awal Rejab. Mari kita jadikan permulaan ini langkah yang lebih bermakna – untuk dunia, dan untuk akhirat kita.
Insha-Allah bermula isnin depan kita dah nak mula daurah 40 Hadith Wanita ini.

Kita belajar satu persatu hadith Rasulullah yang berbicara tentang hal orang wanita dari pelbagai sudut pandang antaranya tentang adab, hukum hakam, pernikahan dan sirah sahabiah dan ummahatul mukminin. Best.

Siapa nak belajar sekali boleh komen ya.
Salah satu kunci hidup dengan tenang adalah dengan tidak berusaha membuktikan apa-apa kepada sesiapa pun.

Seperti apabila kita masuk ke dalam sebuah kedai, dan salah seorang pekerjanya melayan kita seolah-olah kita tidak mampu membeli barang yang mereka jual.

Penyelesaiannya bukan dengan membeli untuk membuktikan bahawa kita “mampu,” tetapi lakukan sahaja apa yang sepatutnya kita lakukan sejak awal; beli jika perlu, tinggalkan jika barangnya tidak sesuai. Selesai.

Atau apabila ada seseorang yang berkata tentang kita dengan nada mencabar seperti, “Kita tengok sejauh mana dia boleh bertahan,” atau, “Kita lihat sejauh mana dia mampu menjadi kaya.” Apa yang perlu kita lakukan hanyalah terus melangkah untuk diri sendiri; jadi kaya untuk kesejahteraanmu, bertahan kerana komitmenmu. Jangan lakukan semuanya untuk sesiapa pun kecuali untuk dirimu sendiri dan Tuhanmu. Selesai.

Walaupun pasti ego kita sebagai manusia akan terusik dan mendorong kita untuk ingin membuktikan sesuatu, jangan berikan makanan kepada ego itu. Tidak perlu dilayan, kerana ego akan puas, tetapi kita akan keletihan.

Dunia tidak akan pernah berhenti mencipta ekspektasi yang tidak berkesudahan. Dan kita tidak akan pernah mampu memuaskan hati semua orang.

Kita tidak perlu menjadi luar biasa, menjadi diri kita seadanya juga sudah cukup baik.
Yang saya selalu pesan dalam kelas dan kuliah untuk diusahakan saya dan kita semua:

Kita belajar ilmu agama bukan untuk merasa baik. Tapi agar benar benar menjadi orang baik..”

Hasan al-Basri, imam tabiin di Basrah, pernah berkata:

«كَانَ الرَّجُلُ يَطْلُبُ الْعِلْمَ فَلَا يَلْبَثُ أَنْ يَرَى ذَلِكَ فِي تَخَشُّعِهِ وَهَدْيِهِ وَلِسَانِهِ وَبَصَرِهِ وَيَدِهِ»

"Pada orang soleh itu kalau mereka belajar ilmu (agama) akan segera terlihat kesannya dalam khusyuknya, sikapnya, lisannya, pandangannya, dan tangannya."
2025/01/29 01:13:06
Back to Top
HTML Embed Code: