Telegram Web
Jujur dari lubuk hati yg paling dalam, saya bimbang. Saya bimbang jika saya mula reda dan tidak berasa bersalah apabila melihat kawan2 atau kenalan saya mempamerkan dosa2 mereka (secara terbuka), secara khususnya bercouple (berdasarkan penulisan ini). Oleh sebab itu, saya sediakan penulisan ini sebagai usaha saya untuk menegur kalian.

Sebelum ini, saya lebih gemar untuk berdiam diri dan ‘unfollow’ saja individu2 yg mempamerkan maksiat ini secara terbuka. Namun jika difikirkan semula, sekiranya org lain juga berfikiran sama seperti saya, maka siapa yg akan lakukan amar makruf nahi mungkar dan menegur perkara ini? Tambahan lagi, perkara ini sudah dilihat biasa dalam kalangan masyarakat sedangkan dosa mempamerkan maksiat secara terbuka merupakan salah satu dosa yg Allah tidak akan ampunkan. Jadi, wajarkah perkara ini dilihat biasa dalam kalangan masyarakat?

Solusi? Solusinya sama ada dua. Pertama, kahwin segera. Kedua, tinggalkan dia. Hakikatnya kedua2nya tidak mudah, namun itulah yg terbaik. Jika anda masih berdegil, tanya balik soalan refleksif tersebut, ‘bila aku akan kahwin?’, anda ada jawapannya. Kemudian, fikir semula.

Last but not least, renung semula firman Allah ini yang bermaksud, “dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan jalan yg jahat (yg membawa kpd kerosakan)” : QS Isra’ Ayat 32. Cliche bukan? Segala larangan dan perintah drpd Allah itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah utk melindungi manusia itu sendiri, maka tidakkah anda yakin dengan firman Allah tersebut?

Ditulis oleh : Asyraf Khan
Mula tulis : 18 Februari 2024
Assalamualaikum abang2 kakak2 sekalian, dengan rendah hati saya ingin memohon jasa baik kalian untuk menjawab soalan tinjauan saya mengenai kesan penggunaan tiktok kepada daya tahan fokus pelajar.

Tak banyak pun soalan, cara nak jawab pon mudah je, hanya perlu nilai dari mata 1-7. Jangan risau, saya tak minta sebarang maklumat peribadi dalam tinjauan saya ni.

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih bagi yang sudi untuk jawab 😊 Link : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfI9Df0Mw4MzxwDFL1ALI6nfMZ_mT5hEoN2St3tp3cgvHRx3Q/viewform?usp=pp_url
Selamat datang ke PASUM !

Pusat Asasi yang hebat untuk orang-orang yang hebat !

Mesti kalian tercari-cari tips cemerlang di PASUM kan ?

Jangan risau, kami bawakan khas program sembang santai bersama Top Scorer Senior PASUM dan APIDS.
Segala persoalan berkaitan kehidupan dan TIPS  mencapai 4 rata di PASUM kita akan bongkarkan untuk adik-adik!

Program adalah seperti berikut :
📍Tajuk: Tips 4 Rata : PASUM Edition
📍Tarikh: 13 Julai 2024
📍Masa: 9 malam
📍Medium: Zoom Meeting

Boleh isi pendaftaran di bawah 🤗

Tunggu apa lagi ?
Jom excel di PASUM!

https://forms.gle/bQqC5wTPQZpem4Q56
2024/10/01 11:28:53
Back to Top
HTML Embed Code: