Telegram Web
Diskusi Meja Bulat Pemikiran Peradaban Baharu: Dikotomi Ilmu dalam Pendidikan

Diskusi ini bertujuan untuk membahas secara kritis persoalan tentang pemisahan ilmu dalam sistem pendidikan moden.

Ia akan merungkai bagaimana dikotomi antara ilmu wahyu dan ilmu rasional telah membentuk struktur pemikiran hari ini serta kesannya terhadap pemahaman tentang Tuhan, kehidupan dan manusia.

Lebih 30 ahli diskusi yang terdiri daripada ahli akademik, pemikir dan ilmuan akan berhimpun untuk mengupas persoalan ini.

Kepelbagaian pandangan ini bertujuan menawarkan perspektif mendalam dan membuka ruang perbincangan kritis terhadap sistem pendidikan semasa, serta bagaimana ia membentuk asas pemikiran masyarakat.

Maklumat bagi program ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 22/Feb/2025
Hari: Sabtu
Masa: 8:30 pagi - 2:00 petang
Lokasi: Bilik Sidang Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM

Kami juga membuka ruang terhad seramai 5 orang untuk hadir sebagai pemerhati. Tekan pautan di bawah untuk daftar:

https://ezy.la/MejaBulatDekotomiIlmuDalamPendidikan

--————————————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Barat Menolak Tuhan Dalam Perbincangan Ilmu Alam Sekitar

Dalam pemikiran Barat moden, alam sekitar dilihat sebagai satu entiti yang bebas daripada kuasa ketuhanan. Mereka mengkaji ekosistem, perubahan iklim dan biodiversiti dengan metodologi saintifik tetapi tanpa dimensi metafizik.

Tuhan dikeluarkan daripada perbincangan dan alam hanya dianggap sebagai sumber yang boleh dieksploitasi atau diuruskan secara teknikal.

Namun, adakah pendekatan ini benar-benar berkesan? Ketika dunia berhadapan dengan krisis alam sekitar yang semakin membimbangkan adakah manusia mampu mencari penyelesaian yang hakiki tanpa melihat kepada aspek moral dan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi?

Fahami perbincangan ini dengan menelesuri perbincangan dari Dr Kamil Azmi Tohiran, Ketua Komuniti Penyelidik Sumber Asli, Pertanian dan Alam Sekitar (SALAM).

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Forwarded from AkalWahyu
Kabbalah dan Panthiesme: Penyelewengan Kebenaran Tuhan

Kabbalah adalah cabang mistik dalam ajaran Yahudi yang bertujuan memahami hubungan antara Tuhan, alam semesta, dan manusia. Istilah ini berasal daripada bahasa Ibrani bermaksud "penerimaan" atau "tradisi" merujuk kepada ilmu esoterik yang diwarisi sejak zaman kuno.

Pada Zaman Pertengahan, ajaran ini berkembang dalam komuniti Yahudi dengan teks utama seperti kitab Zohar (Kitab Kemuliaan) menjadi rujukan utama. Ia semakin berpengaruh melalui pemikiran kabbalis seperti Moses de León, Isaac Luria dan Shimon bar Yochai.

Kesesatan di dalam ajaran ini dapat dilihat daripada pemahaman terhadap beberapa perkara antaranya berkaitan dengan konsep ketuhanan. Konsep Ein Sof (ketidakbatasan Tuhan) yang terbentuk daripada teras Sephiroth (aspek ketuhanan) menjadi asas kepada ajaran ini.

Salah satu elemen yang paling bermasalah dalam Kabbalah adalah kecenderungannya kepada panteisme iaitu kepercayaan bahawa Tuhan dan makhluk adalah satu kesatuan. Ini bukan sahaja membawa kepada pemujaan yang melampaui batas tetapi juga mencipta asas kepada pelbagai kultus yang menghalalkan ritual mistik yang tidak terkawal.

Isaac Myer (1888, Quabbalah/Qabbalah) menyatakan bahawa teras pertama dalam Sephiroth iaitu Kether (mahkota) menjadi asas kepada panteisme apabila ia mengajarkan bahawa harmoni setiap perkara lahir daripada kesatuan sifat lelaki dan perempuan dalam diri Tuhan.

Kepercayaan kepada kesatuan Tuhan dan alam semesta membuka pintu kepada kepercayaan liar bahawa manusia boleh mencapai status ketuhanan. Ini memberi legitimasi kepada individu-individu tertentu untuk mendakwa diri mereka sebagai utusan, penyelamat atau bahkan Tuhan sendiri.

Kesimpulannya, golongan rabbi dan jurutulis Yahudi membina ajaran Kabbalah bukan sekadar untuk memahami ketuhanan, tetapi sebagai satu bentuk pemberontakan terhadap Tuhan.

Dengan mencipta naratif mistik yang kompleks, mereka membentuk satu sistem yang membolehkan manusia mengambil alih kuasa ketuhanan dan mencipta realiti mengikut kehendak sendiri. Kabbalah menjadi simbol penentangan mereka terhadap Tuhan dengan mengangkat manusia ke posisi ketuhanan dan menghapuskan pemisahan antara makhluk dan Pencipta.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://www.tgoop.com/AkalWahyuOfficial
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Allah Mencipta Alam Dengan Fungsi Yang Tertentu

Perbincangan berkaitan dengan alam sekitar pada hari ini masih berada di ruang lingkup alam shahadah (fizikal) tanpa menelesuri alam ketuhanan dan alam ghaib.

Pemisahan yang berlaku hasil daripada kerancuan falsafah Barat yang memisahkan hubungkait alam-alam ini. Ianya sekali gus telah meletakkan alam boleh dieksploitasi oleh manusia mengikut kehendak sendiri.

Apakah solusi dalam kerangka Islam berkaitan dnegan fungsi alam? Adakah ianya sama seperti Barat atau berbeza?


Fahami perbincangan ini dengan menelesuri perbincangan dari Dr Kamil Azmi Tohiran, Ketua Komuniti Penyelidik Sumber Asli, Pertanian dan Alam Sekitar (SALAM).

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Forwarded from AkalWahyu
Rabbai Shimon Bar Yochai (2 S.M): Individu Di Sebalik Kesesatan Kabbalah

Shimon bar Yochai merupakan tokoh utama dalam mistik Kabbalah yang dipercayai sebagai penyusun ajaran esoterik Yahudi. Beliau dikatakan telah menerima 'wahyu' mengenai rahsia ketuhanan yang tersembunyi dalam Taurat dan mengembangkan konsep Ein Sof serta Sephiroth yang menggambarkan aspek ketuhanan dalam bentuk metafizik.

Salah satu tujuan utama Rabbai Shimon ialah mencari makna ketuhanan yang lebih mendalam yang tidak dapat difahami melalui ajaran literal. Beliau memperkenalkan ajaran bahawa manusia boleh mencapai kesatuan rohani dengan Tuhan melalui amalan mistik, meditasi dan ritual esoterik.

Rubenstein (2002. Rabbani Stories) menyatakan bahawa Rabbai Shimon telah melarikan diri dan duduk di dalam gua selama 13 tahun tanpa sebab yang jelas. Rabbai Shimon dikatakan menerima 'wahyu' ketika di dalam gua berkaitan dengan mengasaskan ajaran Kabbalah daripada kicauan burung dan 'beribadah' dalam keadaan tidak berpakaian.

Walaupun Rabbai Shimon dianggap sebagai pembaharu agama oleh para pengikut beliau namun ajaran Kabbalah mempunyai pelbagai kepincangan yang jelas. Antaranya berkaitan ketuhanan, alam, manusia, interaksi dengan alam yang berbeza serta ritual-ritual yang melanggar fitrah manusia bagi mencapai 'makna hakikat ketuhanan'.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://www.tgoop.com/AkalWahyuOfficial
Forwarded from AkalWahyu
Pemindahan Sukarela atau Pembersihan Etnik?: Neraca Melihat Manusia Sebagai Goyim

Kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengenai penubuhan badan khas untuk "memudahkan pemindahan penduduk Gaza secara sukarela" menunjukkan kesinambungan dasar pengusiran yang telah lama wujud sejak Nakba 1948. Dasar penghapusan etnik ini bukanlah sekadar wujud 100 tahun yang lalu, namun ia boleh dilihat berkesinambungan daripada pemikiran konsep Goyim yang mendasari worldview bangsa Yahudi.

Konsep Goyim yang menjawab persoalan tentang manusia lain digunakan pihak Zionis untuk membenarkan dominasi terhadap bukan Yahudi. Dalam beberapa teks Talmud, seperti Sanhedrin 59a, terdapat petikan yang menyatakan bahawa "membunuh Goyim adalah seperti membunuh haiwan liar." Ayat ini secara jelas menunjukkan pandangan mereka terhadap manusia lain secara hina atau kebinatangan mempengaruhi tindakan mereka selama ini.

Sejak Nakba, Israel didasari konsep Goyim telah menggunakan pelbagai cara untuk mengusir rakyat Palestin, termasuk serangan ketenteraan, sekatan ekonomi, dan polisi penempatan haram. Kini, dengan alasan "pemindahan sukarela," Gaza menjadi sasaran terbaru dalam strategi yang bertujuan untuk mengosongkan wilayah tersebut daripada penduduk asalnya. Ini mencerminkan pola yang telah lama berlaku dalam sejarah penjajahan Zionis.

Beberapa kajian, termasuk yang diterbitkan oleh Ilan Pappé dalam The Ethnic Cleansing of Palestine (2006), mendokumentasikan bagaimana pembersihan etnik dilakukan secara sistematik sejak 1948 melalui pembunuhan beramai-ramai, perobohan kampung, dan pengusiran secara paksa. Laporan dari organisasi hak asasi manusia seperti Human Rights Watch dan B'Tselem (badan pemerhati hak asasi Palestin di Israel) juga menyimpulkan bahawa tindakan Israel terhadap Palestin boleh dikategorikan sebagai apartheid dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Dasar pengusiran yang kini diberi label sebagai "pemindahan sukarela" sebenarnya meneruskan agenda pembersihan etnik yang telah lama berlaku. Konsep Goyim menjadi asas untuk merendahkan kemanusiaan rakyat Palestin, menjadikan mereka sasaran eksploitasi dan penghapusan secara sistematik. Sejarah dan bukti-bukti akademik menunjukkan bahawa ini bukan sekadar satu pemindahan, tetapi satu bentuk kolonialisme pemukim yang berterusan.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://www.tgoop.com/AkalWahyuOfficial
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Forwarded from AkalWahyu
British dan Kibbutz: Warisan Imperialism Di Tanah Jajahan

Pembinaan kibbutz di Palestin bukan sekadar eksperimen sosial atau komuniti pertanian kolektif tetapi merupakan sebahagian daripada strategi imperialisme yang diterapkan oleh gerakan Zionis dengan sokongan Mandat British. Kibbutzim bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pertanian tetapi juga sebagai alat dominasi politik, ekonomi, dan ketenteraan untuk mempercepatkan projek kolonial mereka di tanah Palestin. Dengan menggunakan pendekatan settler colonialism, Zionis dan British memastikan bahawa kibbutzim menjadi instrumen utama dalam usaha menggantikan penduduk asal Palestin dengan komuniti peneroka Yahudi.

Imperialisme bukan hanya menakluki wilayah secara ketenteraan tetapi turut menggunakan strategi penguasaan tanah melalui penerokaan terancang. Dalam kes kibbutzim, tanah Palestin dirampas dan dijadikan kawasan penempatan eksklusif Yahudi dengan alasan bahawa ia adalah tanah yang “tidak diusahakan.” Ini merupakan sebahagian daripada strategi kolonial klasik di mana kuasa penjajah mendakwa bahawa penduduk asal tidak memanfaatkan tanah dengan efektif dan oleh itu mereka kehilangan hak untuk memilikinya. Strategi ini membolehkan peneroka bukan sahaja mengawal wilayah tetapi juga menghalang penduduk asal daripada kembali ke tanah mereka sendiri.

Sejarah menunjukkan bahawa taktik ini bukan unik kepada Palestin tetapi telah digunakan secara meluas dalam sejarah kolonialisme Barat. Di Amerika Syarikat, hak-hak pribumi dihapuskan melalui dasar pemindahan paksa dan pemusnahan budaya mereka, manakala di Afrika Selatan, dasar apartheid mewujudkan sistem pemisahan tanah berdasarkan kaum yang mengekalkan kuasa ekonomi dan politik di tangan minoriti kulit putih. Kibbutzim, sebagai sebahagian daripada projek Zionis, mencerminkan corak penjajahan yang sama di mana penguasaan tanah digunakan untuk mengukuhkan dominasi sosial dan ekonomi peneroka.

Falsafah imperialisme ini selari dengan pemikiran John Locke dalam Two Treatises of Government (1689) di mana beliau memperkenalkan konsep hak pemilikan berdasarkan usaha dan penggunaan tanah (Lockean proviso). Locke berpendapat bahawa tanah yang tidak digunakan secara produktif boleh diambil oleh mereka yang mampu mengusahakannya. Akhirnya, konsep ini yang digunakan sebagai justifikasi kolonialisme Eropah. Peneroka Zionis mengadaptasi konsep ini dengan mendakwa bahawa tanah Palestin adalah “kosong” (terra nullius) walaupun ia telah lama dihuni dan diusahakan oleh masyarakat Palestin. Dengan menggunakan naratif ini, mereka menjustifikasikan perampasan tanah dan membentuk sistem yang menafikan hak politik serta ekonomi rakyat Palestin.

Kibbutzim perlu dilihat bukan sekadar komuniti pertanian kolektif tetapi merupakan alat imperialisme yang berfungsi untuk memastikan kawalan Zionis terhadap Palestin dengan bantuan British. Dengan mengadaptasi strategi kolonial klasik seperti penguasaan tanah, peminggiran penduduk asal, dan penggunaan falsafah hak milik sebagai justifikasi penjajahan, kibbutzim menjadi sebahagian daripada rangka kerja imperialisme yang lebih luas.

Rujukan:
John Locke. 1689. Two Treatises of Government. Cambridge University Press.
Marcelo Svirsky. 2010. The Production of terra nullius and the Zionist-Palestinian Conflict. University of Wollongong.
Henry Near. 1995. The Kibbutz in Historical Perspective: A Review Essay. Modern Judaism.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://www.tgoop.com/AkalWahyuOfficial
Meja Bulat Siri 3: Dikotomi Ilmu Dalam Pendidikan

Kita perlu bina kefahaman asas bahawa pendidikan tidak sepatutnya sekadar melahirkan pekerja tetapi merupakan teras penting dalam usaha membina peradaban pada sesebuah bangsa.

Insyallah diskusi akan bermula jam 9 pagi ini.

Pautan Siaran Langsung melalui:

https://www.youtube.com/live/Hvjj1TAPlZA?si=rJjr000KV_MxZewA

https://www.facebook.com/share/1Guoihz4GQ/
Forwarded from AkalWahyu
Lembu Samiri: Simbol Keangkuhan dan Kesyirikan Bani Israel Yang Pertama

Setelah kewafatan Nabi Yusuf A.S., Bani Israel hidup dalam penderitaan di Mesir. Mereka ditindas oleh Firaun dan dipaksa menjadi hamba kepada bangsa Mesir. Di tengah kezaliman ini, Allah mengutus Nabi Musa A.S. sebagai penyelamat mereka dengan membawa keluar Bani Israel menuju ke Bumi Kanaan.

Dengan mukjizat yang luar biasa, Allah memerintahkan Nabi Musa A.S. untuk memukul laut dengan tongkatnya lalu laut terbelah, memberi laluan bagi Bani Israel melarikan diri. Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka akhirnya tenggelam dalam lautan yang kembali menghempas mereka.

Namun, ujian sebenar bermula selepas mereka bebas dari perhambaan. Di seberang lautan, mereka berhadapan dengan ujian keimanan yang lebih besar iaitu ujian kesyukuran dan ketaatan.

Ketika Nabi Musa A.S. naik ke Gunung Tursina untuk menerima wahyu, Samiri menyesatkan mereka dengan mencipta berhala lembu emas yang akhirnya disembah oleh sebahagian besar Bani Israel.

Ini adalah kesyirikan pertama mereka selepas diselamatkan oleh Allah dan menjadi simbol kepada keangkuhan mereka menentang kekuasaan Allah.

Kesesatan Bani Israel yang telah menjadikan Lembu Samiri sebagai sembahan mereka menjadi satu simbol kepada keangkuhan mereka terhadap kekuasaan Allah dan pertolongannya. Kesannya, ianya membawa kepada kekufuran dan bibit kepada kemurkaan Allah kepada mereka.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://www.tgoop.com/boost/AkalWahyuOfficial
Forwarded from AkalWahyu
Dari Teori Pemilikan Tanah ke Imperialisme: Warisan Pemikiran John Locke

John Locke, melalui konsep teori pemilikan tanah (labor theory of property) dalam Two Treatises of Government (1689) menegaskan bahawa hak milik terhadap tanah bukan ditentukan oleh undang-undang negara atau kuasa politik tetapi oleh usaha dan tenaga yang dicurahkan oleh individu untuk mengusahakan tanah tersebut.

Teori ini mendakwa bahawa seseorang boleh memiliki sesuatu tanah jika dia telah mencampurkan buruhnya (labor) dengan tanah tersebut menjadikannya lebih produktif dan memberi nilai tambah kepada alam semula jadi. Walaupun teori ini pada dasarnya bertujuan memberikan asas moral kepada hak milik individu ia kemudian digunakan untuk membina justifikasi kepada imperialisme (imperialism) dan perampasan tanah di peringkat global.

Dalam konteks imperialisme, teori Locke menjadi asas kepada konsep penjajahan peneroka (settler colonialism) di mana kuasa kolonial mendakwa bahawa tanah yang dihuni oleh masyarakat pribumi tetapi tidak digunakan secara produktif boleh diambil alih oleh peneroka yang lebih layak mengusahakannya.

Justifikasi ini menjadi sebahagian daripada dasar kolonial British di Amerika Utara, Australia dan Afrika di mana tanah-tanah penduduk asal dianggap sebagai tanah kosong” (terra nullius) jika mereka tidak menjalankan aktiviti pertanian atau pembangunan yang sesuai dengan piawaian Eropah. Konsep ini membolehkan kuasa penjajah merampas tanah daripada masyarakat pribumi atas alasan mereka tidak "berhak" ke atas tanah tersebut kerana tidak menggunakannya dengan efisien.

Selain itu, teori pemilikan tanah Locke menyumbang kepada pembentukan sistem hak milik individu (private property) yang menggantikan sistem pemilikan kolektif (communal ownership) yang diamalkan oleh masyarakat pribumi di banyak tempat.

Masyarakat pribumi sering melihat tanah sebagai sumber bersama yang digunakan untuk kepentingan komuniti manakala imperialisme Barat memaksakan sistem hak milik yang membolehkan peneroka mengambil alih tanah secara sah melalui undang-undang kolonial.

Dengan memperkenalkan sistem pemilikan berasaskan individu, kuasa imperialis dapat mengawal ekonomi tanah jajahan dan memastikan penguasaan mereka berterusan melalui undang-undang yang melegitimasi penindasan terhadap penduduk asal.

Lebih jauh lagi, pemikiran Locke juga memberi asas kepada konsep kapitalisme kolonial (colonial capitalism), di mana penguasaan terhadap tanah digunakan sebagai alat eksploitasi sumber dan tenaga buruh. Dalam banyak kes, selepas tanah diambil alih oleh penjajah, penduduk asal dipaksa bekerja di tanah tersebut sebagai tenaga buruh murah atau diusir ke kawasan yang kurang produktif.

Dengan cara ini, teori pemilikan tanah Locke bukan sahaja menjustifikasikan pengambilan tanah tetapi juga membentuk struktur ekonomi yang membolehkan penjajahan berterusan melalui eksploitasi tenaga kerja dan kawalan sumber alam.

Kesimpulannya, teori pemilikan tanah dalam pemikiran John Locke memberikan asas falsafah kepada hak milik individu tetapi dalam konteks imperialisme, ia telah digunakan untuk menjustifikasikan perampasan tanah (land grabbing), penghapusan hak pribumi (indigenous displacement), dan dominasi ekonomi kolonial (colonial economic domination).

Dengan menggunakan idea bahawa tanah harus dimiliki oleh mereka yang mengusahakannya secara produktif imperialisme Barat berjaya mewujudkan struktur penjajahan yang membolehkan kuasa besar mengawal tanah, sumber dan masyarakat pribumi dalam jangka masa panjang.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:

https://www.tgoop.com/boost/AkalWahyuOfficial
100 tahun bukanlah suatu tempoh masa yang pendek, ia menyaksikan pelbagai bentuk usaha untuk mengembalikan kemuliaan umat ini. Pelbagai projek, agenda, mashru' yang dibuat bagi menyedarkan umat Islam akan realiti ancaman ketamadunan Barat yang sedang dihadapi sama ada yang bersifat luaran dan dalaman.

Maka dalam kita memasuki 100 tahun kedua ini ia sepatutnya membawa kita umat Islam duduk bermuhasabah. Di manakah usaha tersebut pada hari ini? Bagaimana kita melihat tempoh satu abad tersebut? Adakah kita semakin jelas atau semakin keliru dengan realiti yang ada? Pada noktah apakah tajdid perlu dilakukan memasuki abad baharu ini?

Bagi merungkai persoalan ini, dianjurkan sebuah diskusi antara PEMIKIR dan INSISTS, Indonesia dengan kerjasama IKPM (Ikatan Keluarga Pondok Moden). Ia diharapkan menjadi medan tukar pandangan, berkongsi pengalaman, membangun idea secara bersama.

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir baru ini berbesar hati menerima lawatan rombongan adik-adik lepasan SPM yang sedang bercuti. Lawatan ini adalah sebahagian daripada program PEWARIS yang sedang dikuti bertujuan membangun aspek kepimpinan sebelum masuk ke alam universiti.

Dalam lawatan tersebut diadakan sesi perkongsian tentang kepentingan membangun budaya fikir dikalangan umat Islam khususnya generasi muda hari ini. Ia berdiri di atas asas bahawa kemuliaan insan terletak pada daya keilmuan yang telah tertanam pada dirinya. Mulianya dengan ilmu dan kehinaan itu apabila mula menafikan ilmu.

Oleh itu kecemerlangan insan tidak sepatutnya diukur sekadar berdasarkan kejayaannya dalam peperiksaan atau CGPA semata. Tetapi sejauh mana ilmu yang difahami itu dapat melahirkan keupayaan fikir dalam diri sehingga boleh memahami realiti yang wujud dengan benar. Cemerlang itu apabila dia mempunyai ilmu tersebut lalu diterjemah dengan tindakan yang sahih.

Jadi daya keilmuan itu tidak sepatutnya diterhadkan pada pembelajaran formal di dewan kuliah sahaja. Sebagai mahasiswa kita patut bangun budaya diskusi, bertukar pandangan, perbincangan kritis serta membaca pelbagai bentuk penulisan terutama dari warisan Peradaban Islam dan bangsa Melayu bagi membangun keupayaan tersebut dalam diri.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Buku baharu terbit Disember 2024 telah tiba ke Perpustakaan kami Astaka Fikir.

Sebuah karya terjemahan lengkap kitab Raghib al-Isfahani, al-Dhari'a ila Makarim al-Shari'a yang dinamakan The Art Of Cultivation Noble Character oleh Dr Yasein Muhammad.

Buku penting ini masih kurang dikenali oleh ramai. Namun bagi mereka yang telah mengenali Imam al-Ghazali pasti akan mengetahui kesan pengaruh idea Raghib al-Isfahani terhadap Imam al-Ghazali.

Bagi yang berminat membacanya dijemput ke Perpustakaan Astaka Fikir kami.
Forwarded from AkalWahyu
Sisi Gelap Asal Usul Hari Valentine

Hari Valentine sering dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang oleh Barat tetapi sejarahnya mempunyai sisi gelap yang jarang dibincangkan. Perayaan ini dipercayai berasal dari Lupercalia, sebuah festival Romawi kuno yang diadakan pada 15 Februari untuk menghormati Lupercus, dewa kesuburan dan perlindungan ternakan. Lupercalia bukan sekadar perayaan biasa tetapi mengandungi ritual berdarah dan amalan yang bertentangan dengan nilai moral dan agama.

Salah satu unsur utama dalam Lupercalia ialah pengorbanan haiwan di mana paderi akan menyembelih kambing dan anjing, kemudian menyapu darah haiwan tersebut pada dahi pemuda Rom sebagai simbol penyucian. Kulit haiwan yang dikorbankan kemudian dipotong menjadi tali dan digunakan oleh lelaki untuk memukul wanita yang mereka temui. Wanita yang terkena pukulan ini percaya bahawa ia akan meningkatkan kesuburan mereka dalam memberikan mencerminkan unsur tahayul yang kuat dalam kepercayaan pagan.

Selain itu, festival ini juga melibatkan undian pasangan secara rawak, di mana lelaki dan wanita akan dipasangkan melalui cabutan nama. Mereka akan menjadi pasangan untuk satu tempoh tertentu yang sering berakhir dengan hubungan tanpa ikatan perkahwinan. Amalan ini menunjukkan bagaimana perayaan ini menggalakkan kebebasan seksual dan tidak menghormati nilai kesucian hubungan antara lelaki dan wanita.

Hari Valentine moden mungkin kelihatan berbeza daripada perayaan asalnya dahulu tetapi unsur eksploitasi dan komersialisasi masih wujud. Sambutan ini semakin menjadi budaya yang mendorong pergaulan bebas, pesta liar dan hiburan tanpa batasan, yang jauh daripada nilai cinta yang bermaruah. Banyak pihak melihatnya sebagai satu perayaan yang lebih membawa kesan negatif daripada manfaat.

Kesimpulannya, Hari Valentine bukan sekadar perayaan romantik tetapi mempunyai sejarah yang dipenuhi dengan ritual pagan, unsur tahayul dan budaya hedonisme. Bagi mereka yang mengutamakan nilai moral dan agama, memahami asal usul perayaan ini amat penting sebelum terikut-ikut dengan budaya yang mungkin bertentangan dengan prinsip kehidupan yang suci dan bermaruah.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ikuti kami di Channel Telegram Rasmi AkalWahyu:
https://www.tgoop.com/AkalWahyuOfficial
2025/02/24 12:53:47
Back to Top
HTML Embed Code: