Telegram Web
Kekasih
Aku ingin berada di mana kau berada
Walau ketika itu sedang musim dingin
Yang sejuknya mencengkam sehingga ke tulangku
Tidak sedikit aku berundur
Kerana aku tetap mahu berada di mana kau berada.

Kekasih
Aku ingin berada di mana kau berada
Walau ketika itu sedang ada taufan yang melanda
Ombak badainya sedang lincah merobek nyawa
Lautan dengan ghairah bergelora
Tidak sedikit aku gentar
Kerana aku mahu berada di mana kau berada.

Tetapi
Sayangnya, kau tidak kelihatan di mana-mana
Atau kau yang tidak mampu melihat keberadaanmu bersamanya?

KEKASIH
18052020
WANDA ALWANI
T.ME/PENABERDURI

.
.
They asked me,
Don't you have any dreams?
.
Of course, I do.
I have a lot of dreams.
But not every dream is meant to be real.
.
Then,
They asked again,
Don't you feel disappointed?
.
Indeed, I do.
But I tell myself to hold on to one thing,
If my plan isn't working out,
Then Allah has a better plan for me.
As for my dream that was not coming true,
I believe that it is much better for it to stay as a dream.
.
WANDA ALWANI
DREAM
09062020
T.ME/PENABERDURI
Forwarded from s i O u X
Salam, iklan sedikit sempena promosi buku travelog atas talian, tuan puan boleh layari https://kertasterbangstudio.com/ untuk maklumat lanjut.
.
.
Pernah,
Aku dipersoalkan tentang 'aku',
Kenapa begini dan begitu,
Kenapa tidak sepertinya dan mereka.
Lalu,
Langkah aku yang dulunya rakus menongkah arus dunia,
Mulai terasa lemah dan tidak terdaya.
Terduduk sebentar aku,
Di suatu simpang yang samar-samar ke depan dan belakangnya.
Kesamaran itu membuat aku takut untuk maju, dan takut untuk mengundurkan langkahku.
Perlahan-lahan ada air hangat yang mengalir di tubir mataku,
Mencuci sisa-sisa tabah yang masih ada dan membawa ia pergi berlalu jatuh menyembah bumi.
Ya Tuhan,
Beginikah beratnya ujian sebuah penghijrahan?
Sebesar inikah nilai yang harus aku korbankan demi membayar sebuah kerinduan abadi?
Jika benar ini yang menjadi taruhan,
Hanya satu yang aku pintakan,
Titiplah ketabahan buatku,
Meneruskan sisa-sisa perjalanan hijrah ini sehingga detik nadiku terakhir,
Dan Engkau menjemput aku pulang ke negeri abadi.
Dan--
Tunjukkan pada aku bunga-bunga yang menghiasi perjalanan penuh onak dan duri ini,
Moga ia menjadi pembakar semangat, dan penawar duka di hati.
.
HARGA SEBUAH PENGHIJRAHAN
10072020
WandaAlwani
T.me/penaberduri
Forwarded from PENA_BERDURI🥀
Syarat hidup adalah mati,
Dan mati itu tiada sempadan.

Baik tua,
Mahupun muda.
Baik yang telah melihat dunia,
Mahupun yang baru merasa degup jantung pertama.

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati,
Tatkala gerabak kematian datang menghampiri,
Setiap yang berdenyut nadi akan pasti menaiki,
Bila tiba detik janji dituntut untuk kembali.

P/S :
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN WAHAI DIRI SENDIRI,
12 07 1992

@WandaAlwani
GERABAK KEMATIAN
12072019
T.me/penaberduri
Selamat ulang tahun, diri sendiri.. 💐
Jangan letakkan hidup orang lain sebagai ukuran untuk bahagia kita. Hidup mereka ada cara mereka sendiri, bahagian mereka sendiri, ujian mereka dan bahagia mereka yang tersendiri. Jika kita meletakkan ukuran untuk bahagia, syarat untuk hidup yang sempurna dengan mengukur hidup orang lain, sampai bila-bila pun kita tidak akan pernah merasa cukup.
Hiduplah dengan cara kita, bahagialah dengan cara kita, ajari diri untuk usaha sendiri, berdoa, tawakkal dan redha dengan apa Allah bagi. Ajar diri untuk merasa cukup apa adanya dan jangan berharap lebih kerana Allah memberi mengikut apa kita perlu.
Jangan biarkan diri dihiasi dengan hasad dengki melihat apa yang orang lain miliki tetapi tidak kau miliki. Setiap sesuatu itu ada alasan yang kukuh, dan setiap perancangan Allah itu sudah terlalu sempurna untuk dipersoalkan.
Selamat Pagi sahabat 🙂 semoga harimu diberkati dan dipermudahkan urusan, in shaa Allah
Ig: @wanna.shamsafri
Sengaja aku biarkan,
Luka itu kau toreh semakin dalam,
Supaya kelak bila sampai masa antara kita harus pergi,
Dengan mudah untuk aku melepaskan kerana sakit di hati.


Telah ku korbankan segala,
Bukan sahaja harta dan jiwa,
Bahkan juga ego dan air mata,
Demi melihat secebis senyuman meniti di bibir mu,
Demi merasa sedikit penghargaan terhadap kasih sayangku.

Sia-sia.

Semuanya seolah tiada makna,
Yang terzahir hanyalah kesilapan dan kekuranganku,
Sedang aku bermatian menutup keaibanmu.

Jika sudah tiada cinta,
Mengapa masih mengikat dan menyeksa?

Lepaskan.
Lepaskan.

Aku juga punya hak memilih bahagia dalam kehidupan.

LEPAS
03082020
Wanda Alwani
T.me/penaberduri
Bila melihat senyuman di wajah seseorang, ketahuilah bahawa dia juga sedang membawa derita dalam hatinya.

Cuma, dia memilih cara yang berbeza untuk dunia melihatnya.

Bila melihat air mata mengalir membasahi pipi seseorang, fahamilah bahawa mungkin itu sahaja sisa-sisa kekuatan yang masih ada dalam dirinya.

Bukan sengaja mempamerkan kesedihan, tetapi sedang mencari sisa-sisa ketabahan.

Hidup ini jangan terlalu memandang kepada "apa orang fikir", tetapi letakkan yang paling utama apa Allah mahu dan apa kita mampu.

Allah masih pinjamkan sedutan nafas dan denyutan nadi pada kita hari ini bukan untuk memuaskan nafsu nafsi manusia dan duniawi, tetapi adalah untuk memperbaiki diri mencari redha Ilahi agar kelak kita mungkin bisa menjadi tetamu di firdausi.

Teman,
Tidak salah jika kau memendam kepedihan dalam diri sendiri,
Mengadulah pada yang Satu kerana Dia paling memahami.

Dan--
Teman,
Tidak juga menjadi salah jika kepedihan itu mahu kau kongsikan dengan insan yang kau percayai, cuma harus kau semai dalam hati, tidak semua bisa memahami kecuali yang pernah melalui.

Semoga kita semua masih tabah dan sabar meneruskan sisa-sisa kehidupan.

Jangan sia-siakan pinjaman Ilahi, hidup dan mati cuma sekali.

HIDUP
08082020
Wanda Alwani
T.me/penaberduri
T.me/aswacreative
Masa lalu,
Bersama langkahku; Aku rasakan beratnya beban,
Rindu dan benci seakan menyatu,
Tidakkah kau ingin melepaskanku?

Seperti rantai yang mengikat erat,
Membendung langkahku,
Menjadi kaku di sudut itu,
Melihat layar masa lalu satu persatu bermain di jendela sepi.

Terkadang kita tertawa,
Terkadang berteman duka,
Pernah jua kita saling menyakiti,
Memori itu; selayaknya dihargai atau disesali?

Tatkala rindu itu menjengah sanubari sedang kita tidak lagi seperti dulu,
Jujur;
Aku terlalu ingin membenci,
Menyesali pertemuan ini.
Tetapi;
Bila memori tentang senyummu dan tawaku kembali mengetuk hati,
Hanya air mata sepi menjadi bukti betapa aku menghargai detik itu.

Benci telah tertewas,
Yang ada cuma rindu,
Aku rindu kau yang dulu,
Di saat ku tatap potret kaku,
Ku impikan waktu terhenti,
Dan kita masih kita yang dulu,
Namun, ia takkan terwujud.

Wanda Alwani & Mia Zara Farhani
22:00
12 Ogos 2020
T.me/penaberduri
Do you ever know how much I bleed every day? Bleeding because of your ignorant and selfish attitude towards me, and above all that, with the bleeding heart, I still loves you. And that makes me bleed more and more.

-wa-
When we are in love, truly in love, we give our best love and ourselves to that person without a second thought. In the end, they broke us also without a second thought...

-wa-
Aku hilang diriku bila aku memilihmu.
Tidak-
Bukan menyalahkan, kerana aku sendiri yang membuat keputusan.
Keputusan dengan harapan kau mampu membawa aku yang baru keluar dari kesakitan.
Tetapi-
Semakin lama semakin aku menyedari sesuatu,
Dunia janjianmu itu hanya khayalan yang menari-nari di jendela mimpiku.
Tatkala mentari pagi menjelma,
Aku kembali semula kepada kesakitan.
Yang saban hari meragut sedikit demi sedikit sisa ketenangan yang dia tinggalkan.

-wa-
Dulu,
Sebelum lafaz itu kau ungkapkan,
Telah aku berpesan..

Jika kesempurnaan yang kau cari,
Bukan aku orangnya,
Jika kemewahan yang kau damba,
Bukan aku yang memilikinya,
Jika kecantikan yang kau ingin,
Bukan juga aku insannya.
Aku,
Serba kekurangan,
Manjanya adakala tidak menentu masa,
Marahnya juga ada ketika terlebih dari sepatutnya,
Tetapi jika cinta dan kasih sayang yang tiada sempadan,
Aku dengan rela hati sudi memberi...

Dan hari ini,
Kau telah lupa janjimu,
Kau telah lupa pesananku.

Dan hari ini,
Kau biarkan aku dalam tangisan paling bisu,
Sehingga tiada suara yang terzahir,
Tiada esak yang berbunyi.

Terima kasih.
Untuk semuanya.

-wa-
Sayang?
Nanti bila aku sudah pergi,
Jangan rindu-rindu ya.
Jangan diingat-ingat lagi tentang aku.
Segala apa pun tentang diri aku,
Senyum tawaku,
Esak tangisku,
Gedik manjaku,
Amarahku,
Usah dikenang-kenang ya sayang.

Kenapa?
Kerana ketika aku masih ada di depanmu,
Kau malah membiarkan aku sendiri,
Tega kau menegakkan egomu,
Walau kau tahu aku sedang menangis.
Kau lebih sayang sama egomu,
Bukan aku.

Jadi,
Sayang.
Jangan rindu-rindu nanti ya.
Aku pamit dulu.

-wa-
Ya jujurlah..
Aku juga manusia, sama sepertimu.
Seteguh mana pun langkah aku,
Ada waktunya aku rebah juga.
Setegas mana pun bicara aku,
Ada ketika menangis juga.
Sampai kapan kau mau menguji hati ku?
Adakah sehingga hilang rasa cinta ini?

-wa-
Untuk entah ke berapa kali,
Aku rendahkan hati,
Lontar sejauhnya ego dan amarah diri,
Aku memilih untuk mengalah.

Bukan kerana takut kehilanganmu,
Bukan kerana terlalu menyayangimu,
Bukan kerana aku takut terluka,
Tetapi kerana terlalu banyak yang telah kita lalui bersama,
Untuk diketepikan demi sebuah ego yang tiada nilai di masa depan.
Biarlah,
Untuk entah ke berapa kalinya ini,
Aku mengalah lagi.

-wa-
2025/03/29 04:04:07
Back to Top
HTML Embed Code: