Telegram Web
Forwarded from Rontaan Bisu 🥀🌙
Tidurlah sayang, jangan kau biar debu kerisauan dari kota yang kau lalui petang tadi menghantui mu sehingga ke saat ini. Bukan kah kau sudah berjalan begitu jauh hingga tak lagi kelihatan kota duka itu di birai matamu?

Kini, tutup sajalah segala jendela yang bakal mengganggu lenamu. Jangan kau biar imaginasimu bergentayangan lagi, mindamu juga perlu rehat, sama seperti jasadmu yang sedang lelah itu.

Lupakan dulu segala carik memori pedih itu, ia tidak akan membawa mu ke mana mana. Biarkan saja ia terkambus di sudut fikirmu yang paling gelita, biarkan ia hilang dan sirna selama lamanya.

Tidurlah, kau sudah berjuang begitu kuat. Kau juga perlukan tenaga untuk kembali sembuh dan utuh.

Berehatlah, esok kita sambung berjuang lagi, ya ?

-- Rontaan Bisu 🥀🌙
Sudi-sudilah masuk ke siaran Telegram adinda seperjuangan saya, Rontaan Bisu untuk menikmati penulisan yang dekat dengan hati pembaca seperti kita :)

🥀🌙

https://www.tgoop.com/RontaanBisu
Forwarded from Rontaan Bisu 🥀🌙
Hai. Sudah lama rasanya kita tidak berbalas sapa seperti ini.
Tidak kiralah, walau siapa sekalipun dirimu yang sedang membaca, ya warkah ini kutuju untukmu. Jika kau sudi, bacalah sambil menghayati iringan muzik di atas ini ya? ❤️‍🩹

Hei, adakah harimu ini baik-baik saja?
Sudahkah kau tersenyum.. atau adakah hal-hal indah yang buat kau tertawa?
Ada ? Syukurlah Tuhan, sungguh aku turut bergembira untukmu. 🥰

Jika tak ada? Hm.... apakah yang begitu kau risaukan, teman?
Adakah ia begitu berat mencengkam ruang perasaanmu, hingga membuatmu lupa untuk menikmati bahagia?

Adakah kau sedang lagi berduka? Sudahlah, jangan terlalu hanyut memikirkannya ya. Nanti tubuhmu sakit. Bukankah kau itu terlahir kuat? Meski kau sendiri ragu, namun aku tahu kau sememangnya kuat -- dan aku yakin itu.

Ya.. benar. Hidup ini sememangnya ada kalanya sukar. Ada saatnya kita terjatuh, bersendirian di bawah dentuman guruh dan aliran hujan. Tiada tangan yang dihulurkan, kita merasa bersendirian dan tidak dipedulikan.

Ya, memang adakalanya realiti terasa begitu pahit untuk ditelan. Ya, memang ada waktunya hidup terasa membebankan.
Namun itu tidak bermakna kita harus meratap selamanya kan?

Sama seperti langit, ada waktunya ia akan menangis. Namun bukankah ada juga harinya ia tersenyum lebar bersama hadirnya mentari, hingga hangat senyumannya tiba di jendela kamarmu?

Ya. Mungkin... hidup kita juga umpama langit itu. Ada waktunya ia muram, dan ada waktunya ia akan kembali ceria.
Janganlah terus merasa malang, kisah sedihmu ini hanya sesaat cuma. Ia takkan bertahan lama, tak lama lagi ia tetap akan sirna.

Kau juga layak untuk tersenyum, kau juga layak untuk bahagia. Janganlah terus menerus membiarkan dirimu di takuk kejatuhan itu, ya? Bukankah kita sudah pernah berjanji untuk kuat bersama?

Ya, jika kau rasa ingin menangis, menangislah. Jika kau rasa ingin kecewa, nikmatilah kekecewaanmu itu untuk malam ini sahaja, untuk yang terakhir kalinya. Dan pagi esok, bangunlah dengan semangat yang baru.

Oh, tak cukup? Kau rasa perlukan lebih masa? Baiklah. Ambillah sebanyak mana pun masa yang kau perlu ya. Tapi jangan terlalu lama ya?

Kerana masih terlalu ramai insan yang menyayangimu, masih terlalu ramai insan yang merindukan wajah manis dan canda tawamu.

Ya, bersedih lah buat seketika, namun berjanjilah padaku ; bahawa kau akan lekas kembali bahagia, ya?

-- Rontaan Bisu 🥀🌙
Nah, karya terbaru beliau 🤍. Boleh putarkan lagu sambil membaca. Semoga semuanya di sini baik-baik saja. Maaflah lama menyepi. Insya-Allah vakal kembali setelah beberapa perkara diselesaikan.

Jaga diri ❤️
Komik Haih #4: Edisi Puasa-Raya

Berpuasa kenyang
berbuka lapar
nikmati tiada
tinggalkan ada

Kamu tidak pernah pergi ke mana-mana
hanya aku yang hilang bila tidak mencarimu lagi

Semoga ketemu lagi, sang mulia.

P/s: Selamat beribadah di hari-hari terakhir Ramadan 🤍. Ingat-ingatlah kepada yang tiada :)
Forwarded from Akifamrann. (Akifamrann.)
this is just a reminder to all of you and myself:

Never compare your life with someone who enjoys haram, even when it seems like they are happier than you. It's not worth it.
Tarik nafas

1, 2, 3, 4, 5

lepas.

Semoga kau berjaya tempuhi hari ini dengan aman 🫶🏼
Forwarded from Akifamrann. (Akifamrann.)
Forwarded from Akifamrann. (Akifamrann.)
"Mungkin, hujan yang Allah kirimkan hari ini adalah petanda bahawa Dia akan makbulkan doa kau, sebab Dia tahu yang kau akan berdoa ketika ini."


—Akifamrann.
Bendera koyak masih berkibar
tempias hujan peluru gusar
batu-batu runtuh menjadi latar
debu menjadi bedak para mujahid
merangkul takhta syahid
pertahan tanah para abid.

Selamat dikirim doa
bendera koyak masih berkibar
kental ditiup angin
tanda belum mati.


kinahzaharin

#FreePalestine
🇵🇸
Kau penat, rehat. Berhenti? Jangan. Teruskan usaha kau.

Mungkin kau nampak macam tak ada kesan pun segala yang kau doa, segala yang kau share atau repost, segala yang kau bualkan tentang mereka dan segala kesedaran yang kau ada sekarang.

Tidak. Kau silap. Semua itu memberi kesan kepada kekuatan saudara kita di sana kini. Untuk apa kita duduk dan berkata bahawa kita sudah penat dengan segala serangan yang mereka hadapi sedangkan mereka sedang berjuang mati-matian? Ya, memang kita tak mudah untuk ke sana. Dunia ada undang-undang dan akibat. Tetapi kekuatan bukan hanya boleh ditunjuk di medan perang sahaja. Tunjukkan bahawa kau adalah salah satu titik yang akan mewarnai kemerdekaan mereka.

Untuk apa kita berperwatakan lemah di saat mereka bertarung nyawa untuk kekal "kuat"? Sedarlah. Mereka memerlukan kita kuat dan yakin. Bangunlah dari tempat tidurmu. Buatlah apa yang termampu. Jangan kerana tidak mampu membuat sesuatu yang besar, kita meninggalkan yang kecil dan tidak membuat apa langsung. Berempatilah.

Bangun, kita cuba sedaya mampu. Allah akan membantu selebihnya. Yakinlah.

—kinahzaharin

#FreePalestine 🇵🇸🕊
Forwarded from Rontaan Bisu 🥀🌙
Surat untuk hari terakhir

Untuk luka yang pernah singgah,
Untuk kaki yang berhenti melangkah,
Dan untuk setiap harapan yang sempat patah – di tahun ini,
Biarkan saja, ia sudahpun menjadi sejarah.
Jangan sampai kau jadikan ia asbab pemusnah kepada angin kebahagiaan yang belum menjengah.

Yakinlah, luka yang tersiat itu pasti akan mengering jua.
Kakimu yang sakit pasti akan kembali melangkah, dan harapan hatimu yang belum menjadi nyata, pasti akan lekas terlaksana.
Meskipun bukan seperti yang engkau pinta, doamu pasti diaminkan semesta , dengan cara-Nya yang penuh cinta.

Teruntuk hari esok yang belum kita tahu bagaimana warnanya, semoga hadirnya bersama pelangi, bukan lagi awan kelam dan angin taufan seperti kelmarin.
Sudah banyak jiwa yang lelah, hampir saja mereka lemas dalam aliran banjir dan beku dalam kesejukan.

Benar, hari-hari semalam sememangnya penuh dengan susah payah, perih dan lelah.
Namun jiwa-jiwa kuat itu tidak pernah berputus asa.
Hati yang beku itu masih memanjatkan harap, semoga terbitnya matahari esok bersama sinar yang baru.

Air mata lalu biarlah saja terbuku, dalam helaian kertas lama di sudut-sudut kamar yang terbiar itu.
Jangan terus diselak, dikenang dan diratapi. Bukankah tidak ada lagi gunanya?

Untuk hari-hari esok, semoga kau mampu memujuk hati-hati yang dimamah luka, semoga mampu mengembalikan gores senyuman yang telah sirna.

Semoga mampu membekal harap pada jiwa yang tidak pernah lelah untuk mencuba untuk bangkit walau setelah beribu kali ia jatuh tidak berdaya.

2024, semoga hadirmu tidak lagi bersama kecewa, dan semoga akan ada oles warna pelangi untuk jasad yang memilih kuat dan terus bersabar, memilih tersenyum di hadapan sekalian manusia..

Walau mereka tahu betapa peritnya untuk terus berpura-pura.

:) 🍃

Selamat tinggal, 2023. Terima kasih atas suka dukanya ❤️

-- Rontaan Bisu 🥀🌙
Assalamualaikum dan hai, semua. Salam Ramadan Al-Mubarak! 🌙

Semoga Ramadan ini akan menjadi titik perubahan ke arah kebaikan.

Sempena Ramadan ini, Kinah ada buat simple Ramadan Tracker untuk semua. Boleh guna secara percuma dan disebarkan 🥰. Semoga menjadi manfaat buat semua. Insya-Allah ❤️

Kekal tenang dan berbahagia!

—kinahzaharin
2025/01/02 06:57:24
Back to Top
HTML Embed Code: