Telegram Web
Alhamdulillah guys saya admin @meqruddin dapat A+ pqs ngn psi😭
🔥113
MIN PULAK DAPAT AAAAAA 😂😂 alhamdulillah la
Forwarded from Tempat Ican Spam Notes (عرفن مقرئ)
#pqsf4 Tazkiyyatun Nafsi 💐

Istilah: Usaha manusia untuk menyucikan jiwa sehingga mempunyai sifat terpuji di dunia dan akhirat untuk mendapatkan keredaan Allah

Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali: Proses menyucikan jiwa daripada sifat mazmumah melalui proses mujahadatul nafsi kemudian menghiasnya dengan sifat mahmudah melalui proses riyadhatul nafsi yang memerlukan kesabaran, usaha yang gigih dan mengambil masa yang lama
2
Forwarded from Tempat Ican Spam Notes (عرفن مقرئ)
#pqsf4 Jenis² penyakit hati 💐

💥 NIFAQ yakni menzahirkan keimanan pada luaran dan menyembunyikan kekufuran dalam hati,
tanda²nya: bercakap bohong, mengkhianati janji

💥 HASAD,
berasa sakit hati atas kesenangan orang lain serta mengharapkan agar kenikmatan itu hilang dari pemilikannya dan beralih kepadanya

💥 BERGANTUNG KEPADA SELAIN ALLAH,
Melakukan sesuatu amalan tetapi hati cenderung kepada selain Allah dari segi pengharapan

💥 CINTAKAN DUNIA TAKUTKAN MATI,
Berlebih²an dalam perkara keduniaan sehingga mengabaikan akhirat. (mengakibatkan terjerumus kepada sombong, takkabur dan bakhil)

💥 MELAKUKAN MAKSIAT,
maksiat bermaksud melakukan dosa kecil atau besar (setiap satu dosa menghasilkan titik hitam pada hati, semakin banyak dosa yang dilakukan maka gelaplah hati hinggakan benci melakukan kebaikan)
👍4
Forwarded from Tempat Ican Spam Notes (عرفن مقرئ)
#pqsf4 Ubat² penyakit hati 💐

🍎 Muhasabah Diri,
bermaksud menilai diri untuk memperbaiki diri sendiri

🍎 Menginsafi diri,
bermaksud segera sedar akan kesilapan diri serta mengingati Allah dan segera membaikinya

🍎 Taubat dan istighfar,
Taubat: penyucian dan pembersihan diri daripada dosa.
istighfar: memohon keampunan, menghilangkan kesannya dan berlindung dari kejahatan.

🍎 Berdoa

🍎 Solat dan zikir,
solat ialah senjata ampun mencegah kemungkaran
Alhamdulilah GPK thun ni lbih baik.. meningkat
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ayesha)
Forwarded from yeen
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ayesha)
Forwarded from Sejarah spmnetic! (ayesha)
👍2
Forwarded from Tempat Ican Spam Notes (عرفن مقرئ)
#KBAT #pqsf5
rupa²nya soalan dri buku teks pun mencabar~
👍51
Forwarded from Pqs Spmnetic! 📖
Macam mana tak nak tertukar Mad Wajib Muttasil dan Mad Jaiz Munfasil?🤔

🤍 Kita perlu ingat perkataan WAJIB sahaja.

🤍 Perkara WAJIB kan kita kena setiasa letak di no.1. Contoh: solat, puasa dan sebagainya...

Ingat WAJIB ingat Mad Wajib Muttasil!

🤍 Mad WAJIB Muttasil berlaku apabila huruf-huruf mad bertemu dengan huruf Hamzah dalam 1 kalimah.

Semoga membantu! 💅
7
Forwarded from Pqs Spmnetic! 📖
Apa itu هاء ضمير?
Ha! Ni dia! (٥)
(Huruf ni mesti ada, kalau tak bukan Mad Silah namanya 💆‍♀️)

🤍Macam mana nak tahu?
Kita boleh tahu berdasarkan simbol selepas huruf (ه), bawah ni ialah beza simbol Mad Silah Kasirah dan Mad Silah Tawilah👇:

Mad Silah Kasirah - ـهُۥ ,ـهِۦ
Wajib dibaca dengan kadar 2 harakat.

Mad Silah Tawilah - ـهُۥٓ ,ـهِۦٓ
Harus dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat.
Setiap kali jumpa simbol ni, selepasnya mesti ada (أ) همزه قطع

Mad Silah ni pun sama jugak, kalau nak tengok contoh lain boleh rujuk buku teks m/s 29 👊😌
👍63
Forwarded from Tempat Ican Spam Notes (عرفن مقرئ)
#pqsf5 افعال اللّه وافغال العباد
افعال اللّه ؛
Setiap kejadian di alam ini berlaku dengan kehendak Allah

افعال العباد ؛
Setiap perbuatan manusia bergantung kepada usaha dan ikhtiar manusia sendiri

قضاء ؛
Pelaksanaan ketentuan Allah sejak azali lagi

قدر ؛
Ketetapan yang ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi

إجباري ؛
Sesuatu perkara yang berlaku bukan atas pilihan dan kehendak manusia
اختياري ؛
Sesuatu yang berlaku atas kehendak, kemahuan dan pilihan manusia
👍114🕊1
Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang. Cikgu bukan sekadar mengajar, you ignite the spark that lights the path of knowledge. Setiap nasihat, teguran dan senyuman cikgu, jadi memori indah dalam perjalanan hidup kami. May Allah bless you with endless happiness and strength, kerana jasamu terlalu besar untuk dibalas. Thank you for being our guiding light. Terima kasih cikgu, you’re truly one in a million! 💡

Sincerely, Thespmnetic Team
5🕊1
Titis peluh tak pernah jemu,
Mendidik semua setiap waktu;
Selamat Hari Guru untukmu,
Jasamu dikenang setiap waktu.


Kami daripada SPMNETIC LEADERS 2025 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Guru 2025 kepada semua guru yang telah menjadi obor penerang dalam kehidupan kami.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan, dan pengorbanan yang tidak ternilai. Cikgu bukan hanya mengajar, tetapi membentuk hati dan jiwa kami menjadi insan berguna.

Semoga setiap langkah cikgu dipenuhi keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan. Kami mendoakan agar cikgu terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus menyinari dunia pendidikan.

Terima kasih, cikgu. Jasamu dikenang, baktimu disanjung.

Selamat Hari Guru!
Ikhlas daripada kami:
SPMNETIC LEADERS 2025
2025/07/14 03:17:30
Back to Top
HTML Embed Code: