Telegram Web
@roses04

Sahabat,

Maafkanlah diri ini kerana tidak mampu untuk menjadi sahabat yang terbaik untukmu. Jika aku tiada di syurga, carilah aku di neraka dan tariklah aku ke syurga bersama-sama denganmu, sahabat.
Forwarded from w < u
@letmetalk

We have a long journey, yet we are not ready to leave the pasts.
@roses04

"Susah hidup orang yang ada masalah hati ni."
@roses04

Indah kata, namun hanya sekadar mainan. Manis sekadar di mulut, ungkapan penuh dengan kiasan. Disangka benar tetapi dusta mengkaburi mata.
@roses04

"Kalau tak sudi, kata tak sudi. Jangan bagi orang harapan. Jangan kasi orang berharap. Andailah hati benar ingin, bagitahu jujur jangan disembunyikan. Jikalau hati tidak ingin, bilang pada dia dan tinggalkan secara baik."
@roses04

Jikalau bukan kerna diri ini menjadi penghalang, pasti kecundang dirimu. Jikalau bukan kerna diri ini menjadi pelindung, musnah dirimu kelak.
@roses04

Kelak kebenaran akan terbongkar. Di saat itu, dusta yang diungkap hanya menjadi kegusaran kepada engkau.
@roses04

Sebuah penantian yang berujung sia-sia.
@roses04

Ku sangka ketenteraman pada jiwa, ternyata kekacauan menghempap jiwa di kala ini.
@roses04

Perlu ditanya kepada diri, apakah ucapan dulu telah memakan diri? Atau kegelisahan yang senantiasa mengejari?
🇵🇸❤️
@roses04

Janganlah engkau bandingkan kehidupanmu dengan kehidupan orang lain. Janganlah engkau mengeluh seolah-olah tidak pernah Allah berlaku adil terhadap dirimu. Allah memberi ujian menjadi petanda bahawa Allah mencintai hamba-Nya. Apakah engkau tidak senang jikalau Allah mencintaimu?
🇵🇸❤️
Q < 3
🇵🇸🇵🇸🇵🇸 !!!
@roses04

Kita sedang menikmati keselesaan hidup sehingga kita terlalai dengan dunia. Sedangkan ada saudara dan saudari kita di Palestine; tergadai nyawa, tertumpahnya darah mempertahankan tempat mereka, mempertahankan Al-Aqsa! Mereka mati syahid! Mereka tersenyum walaupun hidup mereka tidak aman di tanah mereka sendiri. Tangisilah diri kita yang jauh lalai dengan dunia, sedangkan mereka yang ada di Palestine tidak pernah gagal dalam melaksanakan ibadah. Di kala mereka diserang dengan serangan-serangan yang tak pernah henti, hati mereka berpegang kuat kepada Allah! Allahuakbar! Palestine akan bebas! Palestine akan merdeka! Marilah kita bersama-sama bangkit untuk menentang Israel! Kekejaman yang mereka lakukan akan terbalas nanti! Palestine akan merdeka! Sama-sama kita sebarkan #freepalestine ! Allahuakbar!

🇵🇸
@roses04

Semoga Allah melindungi diri kita tidak kira di mana jua kita berada. Moga terpelihara diri ini daripada segala anasir-anasir buruk yang mendatangi kelak.
@roses04

Rugilah dia yang memperburuk-burukkan orang lain agar namanya dipandang suci. Dihinakan orang lain agar dirinya sentiasa kelihatan benar. Hebat permainan kata sehingga mampu menguasai fikiran.
2025/02/15 14:40:46
Back to Top
HTML Embed Code: