Btw.. untuk hidupkan balik channel ni semula, sy buka dengan soalan dulu.
Kalau sesapa ada soalan, boleh tanya kat ruangan ni. InsyaAllah saya jawab apa yang saya tahu. 😁

Or kalau ada apa2 nak share quotes ke, ayat motivasi ke, boleh share kt thread ni. Moga bagi motivasi kat orang lain😁
Assalamualaikum semua. Selamat bercuti semua. Moga sihat2 ya. 😁
InsyaAllah malam ini (jam 8.00 malam) saya nak buat satu pengumuman.
Pengumuman apa tu? Nantikan ya. Hehe.
Stay safe dan jangan lupa makan. ☺️

Bismillah.. seperti yang dijanjikan tadi, saya sebut ada pengumuman jam 8.00 malam ini kan. 😁😁
Memperkenalkan, E-Book “Kisah Wanita Dalam Al-Quran” yang terbaru dari saya! 😍
Boleh dapatkan di sini sekarang ; https://bit.ly/NakEbookKisahWanitaDalamQuran
Dalam E-book ini, saya muatkan beberapa kisah-kisah wanita yang disebutkan dalam Al-Quran serta ciri-ciri wanita Solehah menurut al-Quran dan hadith. 🥰
Antara kisah yang saya muatkan seperti Asiyah binti Muzahim, ibu Nabi Musa, Maryam binti Imran, khaulah binti tsa'labah, kisah isteri al aziz (zulaikha) dan banyak lagi yang mungkin kita first time tahu 😉
Dan BONUS dalam ebook ni, saya share sekali ilmu tentang Ulum Al-Quran dan kepentingan ulum al-Quran ini. 😉
Oh ya, DISKAUN sebanyak RM20 juga diberikan tau sekiranya guna KOD KUPON DISKAUN yang diberikan.
Jom dapatkan sekarang di ; https://bit.ly/NakEbookKisahWanitaDalamQuran
#KisahWanitaDalamAlQuran

OnPay
Kisah Wanita Di Dalam Al-Quran
PENGALAMAN DIBULI DAN MEMBULI
Setiap kali isu buli viral, saya sentiasa “reserve” untuk komen apa-apa. Bukan sebab nak backup, naudzubillah. Kita kena lawan isu buli ini sampai pupus dari muka bumi.
Dan seingat saya, saya tak pernah komen berkaitan isu buli sebelum ini, kecuali hari ini. Maybe sebab saya pernah bagi ceramah di MRSM Sultan Azlan Shah pada tahun 2018. Majoriti pelajarnya baik dan beradab. Tapi itu saya nampak secara superficial sajalah. Moga-moga kebaikan itu terus kekal.
Okay, jadi kenapa saya reserve sebelum ni?
Sebab saya juga pernah DIBULI dan MEMBULI. 😅
Segan nak cerita, tapi maybe saya patut share satu perspektif lain kenapa budak yang membuli ini boleh terjebak dengan buli.
Masa sekolah rendah, saya pernah dibuli secara lisan dan fizikal. Lisan itu kena ejek berkali-kali. Fizikal pula, saya pernah ditumbuk dan ditendang sebab kena “paw” dan tak nak dengar kata budak sekolah menengah. Sampai luka dan bengkak.
Saya ni jenis panas baran dulu. Saya simpan marah itu, dan masa sekolah menengah, saya “release” kemarahan yang lama terpendam. Saya terlibat dengan subculture “skin head”, dan bermulalah episod melempiaskan dendam dengan membuli budak, hingga beberapa kali bergaduh yang melibatkan polis.
Pertengahan 2005, kemuncaknya saya dibuang sekolah. Lepas dibuang, saya sambung sekolah semula di tempat lain. Masa tu mula “cuci tangan” dan cuba jadi budak baik. Haha.
Tapi apa kesan membuli ni?
Antaranya adalah, rasa bersalah yang menghantui sampai hari ini. Kadang tu sampai terbawa dalam mimpi. Syukur dulu takde media sosial. Kalau tak, maybe saya pun viral juga😅
Salah satu cara nak “tebus” kesalahan saya dulu adalah dengan bagi ceramah pada pelajar sekolah. Saya selitkan tentang isu buli sikit supaya mereka tak ulang apa yang pernah saya buat.
Pengajarannya, kepada adik2 yang baca status ini, janganlah sekali terlibat dengan buli. Nanti dah besar, serius menyesal.
Kalau anda kena buli, laporkan pada pihak berkuasa je terus (pihak sekolah atau polis).
Saya rasa mungkin ramai yang pernah membuli akan reserve sikit isu buli ini bukan sebab nak protect pembuli, tapi rasa menyesal dan serba salah.
Sekadar nak mengeruhkan keadaan sikit. Hahaa.
Wallahua’lam.

Salam jumaat semua. Apa khabar tu? 😁
Petang ni (dalam jam 6.00 insyaAllah) saya ingat nak buat voice chat dalam ni. Saja nak sembang + sharing ilmu.
Apa yang korang nak saya share?

Oraite guys. Terima kasih atas masa yang diberikan semua. Macam saya tanya tadi, apa pandangan korang untuk sesi next?
nak buat interaktif ke macam ala-ala usrah, atau nak buat tuisyen ke, atau apa ke. Pandangan anda? thanks !😍

Kadang saya pelik.
Orang yang marah dan menolak penjarakkan saf dalam solat, adalah orang yang sama “menghasut” orang ramai supaya lewatkan solat.
Katanya ahli falak di Malaysia tak betul. Waktu solat lambat 10-20 minit.
Bila ada yang tanya,
“Habis tu solat di masjid macam mana?”
Dia jawab, solat je kat rumah. Di masjid tu tak sah.
Haish.. pelik. Dia marahkan orang jarakkan saf dalam solat (meskipun orang tu solat kat masjid), tapi dia juga hasut supaya jangan solat di masjid.
Ironi betul

ADA LAGI KE AZAM TAHUN BARU KALI INI?
Lagi beberapa jam saja kita akan masuk ke dalam tahun 2022. Umur saya pun secara peribadi, dah menganjak ke 31. Dah memasuki fasa separuh usia saya.
Kenapa separuh usia?
Jika ditakdirkan saya meninggal dunia umur 60 tahun, sekarang cuma tinggal 29 tahun saja lagi untuk terus hidup atas muka bumi. Kalau meninggal dunia lebih awal, tiba sudah ajal saya. Kalau dapat hidup lebih daripada umur 60 tahun, alhamdulillah dapat peluang untuk berbakti dan bertaubat lebih lagi.
Apa pun, sebelum masuk ke tahun 2022 ni, saya menoleh sekejap 2 tahun kebelakangan ini. Tahun 2021 dan 2020.
Dua tahun ni seakan macam tahun-tahun ujian buat diri saya secara peribadi. Apa yang berlaku dalam 2 tahun ini serba-serbi mencabar, dan terasa cepat sangat berlalu seakan melalui "time-skip".
Apa antara cabaran 2 tahun kebelakangan ini?
Kereta kena pecah.
Hilang FB first personal account.
Laptop kena curi (alhamdulillah dapat semula).
Manuskrip buku dan dokumen2 penting dalam laptop hilang (sebab kena format oleh pencuri)
PKP
Tak dapat pergi umrah.
Ibu kena kanser serviks stage 4 dan meninggal dunia pada 15 september. 8 hari selepas birthday saya.
Hilang kerja.
Maklang saya meninggal dunia (antara makcik kesayangan yang dah macam kakak saya sendiri)
Baru tahu ayah kandung masih hidup, tetapi tak lama ayah kandung meninggal dunia sebab kanser hati stage 4 + hepatitis c.
Dan banyak lagi yang tak perlu dan malas nak disenaraikan lagi. Hampir kesemua ujian dan cabaran demi cabaran ni membuatkan saya kehilangan antara 2 perkara besar ;
1. Keyakinan diri yang merosot teruk. Yang rapat je tahu betapa rendahnya self confident saya sekarang ini.
2. Kepercayaan terhadap orang lain.
So what's next untuk tahun 2022 ini?
Siapa yang kenal saya, sebelum ni saya suka senaraikan pelbagai azam yang macam-macam setiap awal tahun. Kewanganlah, dakwahlah, akademiklah, keluargalah, dan sebagainya.
Tapi bukan untuk tahun ni.
Tahun ni punya azam cuma ada 3 perkara saja ;
1. Pulihkan keyakinan diri ke tahap maksimum.
2. Fokus yang paling optimum dengan apa yang saya sedang buat sekarang ini (dari segi bisnes, kerja, akademik dan amal dakwah).
3. Fokus pada keluarga yang berbaki. Saya dah kehilangan dua orang berharga dalam hidup ini, ibu dan ayah. Juga kehilangan maklang yang seperti kakak sendiri. Saya dah move on dengan apa terjadi, dan hargai apa yang masih berbaki.
Semoga Allah mentakdirkan tahun 2022 dan mendatang sebagai penyembuh kepada apa yang berlaku. Sebab saya percaya, masa adalah sebahagian daripada rawatan.
Semoga Allah menunjukkan jalan buat kita semua. Bismillah.
P/s : Nak masuk tahun baru, kita buka buku baru, buat buku baru dan letak gambar baru. Hehe.
Eh buku baru? Buku apa? Nantikan.. 😊

Assalamualaikum semua. Sihat ke tu? Hari ini ada pergi mana je? 🤔
Btw.. apa azam tahun baru korang untuk 2022 ini?
Jom share boleh? 😁

Assalamualaikum semua. Apa khabar tu?
Btw terima kasih kepada korang yang share azam baru hari tu. Saya doakan moga korang dapat achieve apa yang korang nak pada tahun ini. Ameen..

Oh ya.. esok (4/1/22 - selasa) saya rancang nak buat sesi ala-ala usrah umum dalam telegram channel ni (maybe di instagram sekali).
InsyaAllah akan buat jam 6.00 petang. Korang nak tajuk apa? Saya buat undian sikit.

Nak buat tajuk apa untuk esok ya? 🧐
Anonymous Poll
23%
1. Tips Penulisan (Basic)
45%
2. Perkongsian Tadabbur Quran
68%
3. Sirah Rasulullah SAW
10%
4. Lain2 (cadangan korang?)