Telegram Web
Memang tiada satu pun yang sempurna diri kita, ibu bapa, pasangan, anak, rumah, kenderaan, kerjaya, kehidupan dan kawan yang ada ialah hati yang bersyukur, lalu rasa cukup dan rasa sempurna hadir.

@takethisnotes
Sehebat mana permintaan doa kita kepada Allah, sehebat itu jugalah ujian yang Allah akan beri mengiringi permintaan kita. Kalau minta syurga? Mesti ujiannya cukup hebat.Kalau minta redha Allah? Lagi lah hebat ujiannya. Begitulah selalunya. Ia adalah harga kepada apa yang kita mahu. Maka, usah takut dengan ujian. Itu laluan untuk Allah beri apa yang kita pinta. Tenang, kamu mampu.

@takethisnotes
Don't worry if your Dua is not answered yet. Don't worry if you're feeling sad. Because Allah has a solution to your problem and answers to your Dua. The wait will be worth it and the answer will come in the most beautiful ways. Believe that.

@takethisnotes
Hidup ini memang penuh dengan ujian. Pelbagai masalah akan selesai dengan adanya kesabaran. Namun, jangan jadikan ujian sebagai satu beban kerana setiap ujian itu terselit hikmah yang memberikan kesempurnaan.

@takethisnotes
Reminder Jom Selawat 💖 :


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

[ Dah Selawat Hari ini ??? ]
Dan sahabat yang betul-betul ikhlas dia sanggup menunggu walaupun apa jua,tak kisahlah macam mana sekali pun dia tetap tunggu dan selalu berdoa agar sentiasa dalam lindungan Allah.

@takethisnotes
Miskin atau kaya sama sahaja. Manusia tetap manusia, hamba Allah tetap hamba Allah. Jangan kedekut, jangan merungut.

@takethisnotes
Dia sakit, tolong doakan.
Dia menderita, berikan sedikit bantuan walau tak banyak. Dia gagal, beri semangat untuk maju bukannya biarkan dia mundur. Kalau nak perubahan, itu bermula dari kita sendiri aka diri sendiri. Kalau nak tunggu yang lain mulakan, memang dunia ni lama-kelamaan hilanglah nilainya.

@takethisnotes
Usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil kerana hasil itu memerlukan usaha bersungguh barulah dia nak muncul.

@takethisnotes
Allah uses broken things beautifully. Broken clouds pour rain, broken soil sets as fields, broken crop yield seeds, broken seeds give life to new plants. So when you feel you are broken, be rest assured that Allah is planning to utilize you for something great.

@takethisnotes
Ketika ada manusia yang menyakitimu, engkau diamlah & jangan berbuat apa-apa atau membalasnya, sehinggalah dia sendiri yang akan merasa bersalah dengan perbuatannya

@takethisnotes
Bila kau selalu berfikiran baik mustahil perkara yang kau buat jadi buruk kerana semuanya bermula dengan niat.

@takethisnotes
Reminder Jom Selawat 💖 :


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

[ Dah Selawat Hari ini ??? ]
Jangan dihina mereka yang kerja kelas bawahan, kita bukannya malaikat yang boleh sembunyi dan muncul untuk tahu amalan mereka.

@takethisnotes
Tanpa kita sedar, kadang ada yang mendoakan kita dalam diam. Di sini kita perlu sedar, berapa baiknya Allah dengan menjentikkan hati insan insan lain untuk mendoakan kita. MasyaAllah.

@takethisnotes
Tak ada yang susah jika Allah yang memudahkan, tak ada yang berat jika Allah yang meringankannya dan tak ada yang mampu melawan jika Allah yang berkehendak.

@takethisnotes
Kenapa perlu sibuk memikirkan masa depanmu, sedangkan Allah sudah aturkan yang terbaik untukmu, yang kamu perlu sibuk itu adalah memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik.

@takethisnotes
Jangan suka menguji kesabaran manusia yang kau lihat lemah dan sentiasa baik hatinya kerana mungkin di sebalik lemahnya perilakunya itu tersimpan segunung kemarahan yang sedang ditahan supaya tidak meletup.

@takethisnotes
Malam ini malam yang sangat penting. Selepas maghrib malam Nisfu Syaban. Rasulullah SAW kata;

Allah SWT maha melihat setiap hambaNya pada malam Nisfu Syaban dan Allah mengampunkan setiap hambaNya. Dan kalau boleh pada malam Nisfu Syaban banyakkan berdoa kerana doa pada malam Nisfu Syaban adalah doa yang sangat mustajab. Kalau ada hajat doa banyak banyak pada malam ini dan paling penting, gunakan dengan sebaik-baiknya kerana pengampunan Allah SWT memang Allah SWT janji kepada kita.

@takethisnotes
Reminder Jom Selawat 💖 :


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

[ Dah Selawat Hari ini ??? ]
2025/07/12 09:10:05
Back to Top
HTML Embed Code: