Warning: Undefined array key 0 in /var/www/tgoop/function.php on line 65

Warning: Trying to access array offset on value of type null in /var/www/tgoop/function.php on line 65
- Telegram Web
Telegram Web
Ibrah al-Kahfi: Mengambil Asbab

Sebab atau dalam bahasa Arab السبب merupakan jalan atau sesuatu yang boleh mencapai kepada sesuatu yang dingini. Asbab pula perkataan jamak (plural) bagi sebab.

Perkataan السبب di bawa dalam al-Quran dalam beberapa bentuk dan diberi makna pelbagai mengikut ayat. Sekurang-kurangnya ada 4 makna "sebab" iaitu merujuk kepada jalan, ilmu, pintu dan juga tali.

Kesemua makna ini tidak lari dari maksud umum السبب.

Dalam kisah kembara zulkarnain seperti disebut dalam surah al-Kahfi, diceritakan beliau telah mengambil jalan atau sebab:

{ فَأَتۡبَعَ سَبَبًا }
[Surah Al-Kahf: 85]

Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

Allah mendidik hambaNya untuk mengambil sebab atau jalan mengikut adat atau sunnah alam untuk memperoleh sesuatu yang mereka inginkan.

Walau bagaimanapun, السبب tidak mempunyai kuasa dan tidak semestinya menghasilkan kesan dan natijah yang diinginkan kerana yang mendatangkan hasil hanya semata-mata Allah swt.

Namun, secara umum - siapa yang mengambil jalan dan sebab yang betul insya Allah akan sampai pada apa yang ia hajati.

Umat islam patut terkedepan mengambil asbab sebagai menyahut perintah Allah sambil bertawakal bulat kepadaNya.

Tanpa bersungguh-sungguh & berkorban mengambil asbab - mustahil dakwah dan tarbiah serta kerja buat kita akan maju!

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Manakala Briged al-QSM terus mempamerkan aturan kerja professional tahap tinggi dalam siri majlis pembebasan tawanan perang. Apabila ada peribadi mukmin yang soleh dan sohih, hebat, berani dan berilmu, pastinya ketinggian islam dapat dikembalikan pada pandangan dunia!

Teruslah mengumpul dan mentarbiah modal insan terbaik di sekeliling kita. Setiap daripada insan adalah aset yang memperkukuh kedudukan dan saff islam.

Tarbiah Daily
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
SEREMBAN - PMP Perintis baru sahaja selesai menganjurkan Daurah Fiqh Zakat kepada sebahagian aktivis sebagai sebahagian usaha memasuki bulan Ramadan dengan persiapan yang rapi.

Perkongsian kali ini menampilkan Ust Furqan Abdullah daripada institusi zakat Selangor.

Peserta turut diberikan perkongsian berkenaan ibrah berzakat dan dimeriahkan dengan aktiviti Fit for Ramadan.

Tarbiah yang syumul mengingatkan setiap muslim untuk menunaikan tuntutan secara keseluruhan. Ia termasuk menyempurnakan ibadahnya dengan ilmu dan maklumat yang tepat.

Semoga kita bertemu dengan Ramadan kali ini dengan semangat keilmuwan dan kerohanian yang tinggi.

Pertubuhan Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://www.tgoop.com/pmperintis
Hadis Yang Membuatkan Kemalasan Hilang Serta Merta

Dari Anas bin Malik ra;

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ ‏"‏ ‏.‏ فَقِيلَ كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏
"Apabila Allah menginginkan bagi seorang hamba kebaikan, Allah jadikan dia beramal"

Kemudian baginda ditanya, bagaimana dia dijadikan beramal?

Sahut Rasulullah, "Diberikan taufiq baginya untuk melakukan amal salih sebelum kematian (semasa dia hidup)"

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Istimewanya menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Jom persiapkan diri, memasuki Ramadan dengan mindset #meraihsyurga

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
https://vt.tiktok.com/ZSMM2cPSh/

Sedutan sesi "Kepentingan Tarbiah" dengan ilmuwan dan tokoh tarbiah dari negara jiran.

Tarbiah bukan segalanya tetapi segalanya bermula dengan tarbiah.

Rasulullah saw tidak memulakan kebangkitan di Mekah dengan ekonomi, militer mahupun lain-lain.

Tetapi ia dimulai dengan mengumpul sebilangan sahabat dan mentarbiah mereka dengan inti islam.

Formula ini adalah satu-satunya jalan untuk mengulangi kegemilangan islam.

Jom bersama kita tarbiah diri dan mentarbiah!

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
Kejutan!

{ فَلَا تَعۡلَمُ نَفۡسٞ مَّآ أُخۡفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعۡيُنٖ جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }
[Surah As-Sajdah: 17]

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

Rasa nak masuk syurga kan dengar ayat ini?

Jom #meraihsyurga
#ramadan #1446H

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Aku Rindu Dengan Zaman Itu

Oleh: Almarhum KH Ustaz Rahmat Abdullah rh

Aku rindu zaman ketika “halaqoh” adalah hajar & keperluan, bukan sekadar sambilan apalagi hiburan.

Aku rindu zaman ketika “membina” adalah kewajiban, bukan pilihan apalagi beban dan paksaan.

Aku rindu zaman ketika “dauroh” menjadi kebiasaan, bukan sekadar pelengkap pengisi program yang dipaksakan.

Aku rindu zaman ketika “tsiqoh” menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan.

Aku rindu zaman ketika “tarbiyah” adalah pengorbanan, bukan tuntutan dan hujatan.

Aku rindu zaman ketika “nasihat” menjadi kesenangan, bukan su’udzon atau menjatuhkan.

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini.

Aku rindu zaman ketika “nasyid ghuroba” menjadi lagu kebangsaan.

Aku rindu zaman ketika hadir di “liqo” adalah kerinduan, dan terlambat adalah kelalaian.

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos ngepas dan peta tak jelas.

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar jalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh dakwah di desa sebelah.

Aku rindu zaman ketika akan pergi liqo selalu membawa uang infak, alat tulis, buku catatan dan Qur’an terjemahan ditambah sedikit hafalan.

Aku rindu zaman ketika seorang binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo.

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu depan diketuk untuk mendapat berita kumpul subuh harinya.

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya.

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya.

Aku rindu zaman itu,
Aku rindu…

Ya ALLAH,
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami.

Jangan Kau jadikan hidup ini hanya berjalan di tempat yang sama... (Moga kerinduan kita terubat in shaa allah)🥲

Tarbiah Daily
https://whatsapp.com/channel/0029Va18jUO6hENrEdpcmY2u
Sorakan Ramadan.
Sebahagian aktiviti dalam Program Ramadan Kick Start RKS.

RKS kali ini memberi peluang peserta menekuni fiqh puasa secara berkitab dan berinteraksi dengan dekat dengan asatizah untuk sesi soal jawab.

Para pemuda mempunyai hati yang bersih dan murni seperti susu dan berani serta bersemangat seperti singa.

Namun mereka perlu
dihimpunkan dalam ekosistem yang sesuai untuk belajar islam secara mendalam sebelum terjun menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.

Semoga usaha mentarbiah ini diberkatiNya dan memberi pulangan kepada umat islam secara umumnya.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Tarbiah Daily
Photo
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Ramai dalam kalangan siswa, pendakwah muda sedang bercuti dari pengajian IPT. Ini tips dan pesanan untuk anda.

Kerana sesungguhnya, duduk tanpa berbuat apa-apa adalah satu kelalaian dan membawa umat mundur setapak!

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dah bersedia untuk sambut Ramadan?

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Tarbiah Daily
Photo
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Tarbiah Daily
Photo
Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ في الجَنَّةِ لَسُوقًا، يَأْتُونَها كُلَّ جُمُعَةٍ، فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمالِ فَتَحْثُو في وُجُوهِهِمْ وثِيابِهِمْ، فَيَزْدادُونَ حُسْنًا وجَمالًا، فَيَرْجِعُونَ إلى أهْلِيهِمْ وقَدِ ازْدادُوا حُسْنًا وجَمالًا، فيَقولُ لهمْ أهْلُوهُمْ: واللَّهِ لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنا حُسْنًا وجَمالًا، فيَقولونَ: وأَنْتُمْ، واللَّهِ لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنا حُسْنًا وجَمالًا

Maksudnya: “Sesungguhnya di surga ada pasar, mereka mendatanginya setiap hari Jumat, angin dari utara berembus lalu menerpa wajah-wajah mereka dan pakaian-pakaian mereka hingga mereka semakin indah dan menawan. Mereka kembali ke keluarga mereka dengan penampilan yang lebih indah dan menawan, keluarga-keluarga mereka berkata pada mereka:  ‘Demi Allah, kau semakin indah dan menawan setelah kami.  mereka berkata,  ‘Kalian juga, demi Allah, lebih indah dan menawan setelah kami.”

Riwayat Muslim (2833)

Terujanya nak masuk syurga!
Jom persiapkan diri masuk bulan Ramadan dengan mindset #meraihsyurga

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
2025/02/27 20:32:23
Back to Top
HTML Embed Code: