Warning: Undefined array key 0 in /var/www/tgoop/function.php on line 65

Warning: Trying to access array offset on value of type null in /var/www/tgoop/function.php on line 65
875 - Telegram Web
Telegram Web
Muwasofat Tarbiah - Antara ciri peribadi muslim yang ingin kita terapkan pada indvidu muslim adalah salimul aqidah atau akidah yang sejahtera.

Akidah yang salim yakni sejahtera yang benar-benar terikat kerana Allah, berbuat keranaNya, mencintai-Nya, meminta dari-Nya & memohon pertolongan dari-Nya.

Dalam dunia yang mencabar dan kebendaan hari ini, sedikit demi sedikit kita mula bergantung dan mengharapkan kepada benda; kepada majikan, kepada duit dan lain-lain. Ikatan akidah yang salim seakan menipis.

Kerana itu manusia berhajat kepada tarbiah berterusan untuk mengingatkan, membetulkan, melorongkan dan menunjukkan kepada yang betul dan salim selari dengan sumber islam yang disepakati.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Amal yang paling dicintai oleh Allah swt ialah yang berterusan walaupun sedikit.

Semoga kita sentiasa dalam pace konsisten beramal. Pastikan anda dikelilingi orang yang tepat untuk maintain dan melonjakkan amal anda😉

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
TERKINI❗️❗️Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

(Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Tuhannya)

Pergerakan Perjuangan Islam Hamas mengucapkan takziah buat rakyat Palestin yang hebat, negara Arab dan Islam, dan semua orang yang merdeka di dunia:

Saudara Syahid Mujahid Ismail Haniyeh, pemimpin pergerakan Hamas, yang meninggal dunia akibat serbuan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran, selepas menyertai upacara perasmian presiden baharu Iran.

Dan kepada Allah dan kepada-Nya kita akan kembali
Ia adalah jihad, kemenangan atau syahid.

Gerakan Perjuangan Islam - Hamas

Rabu: 25 Muharram 1446 Hijrah
Bersamaan: 31 Julai 2024 Masihi

Sumber: Hamas
Credit: duniapalestin

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Palestin

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Forwarded from Tarbiah Daily
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kematian Anak Cucu Di Pagi Syawal

Itulah yang menimpa pemimpin tinggi mujahadin di Gaza iaitu Ismail Haniyeh , bila mana 3 anak & 3 Cucu beliau dibunuh melalui serangan udara tentera Zionist.

Namun yang luar biasa , adalah respon beliau selepas mendapat berita syahidnya anak cucu beliau sangat luar biasa .

Mereka lebih memaknai erti Aidilfitri berbanding kita disini .

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
GILIRAN SYAHID

3 lagenda dari gerakan HAMAS ini akhirnya syahid selepas pendirinya Sheikh Ahmad Yasin memulai jalan berkenaan.

Diikuti Dr Abd Aziz Rantisi dan terkini Sh Ismael Hanieyah.

Syahid, syahid & syahid insya Allah.

Ia seakan-akan mengulangi 3 nama yang gugur di jalan Allah di Perang Mu'tah; Zaid bin Harithah, Ja'far bin Abi Thalib & Abdullah bin Rawahah. Mereka dilantik sebagai panglima oleh Rasulullah saw.

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا
Al-Aḥzāb: 23

Di antara orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

***

Ada yang telah membenarkan janji
Ada yang menunggu giliran

Kita yang mana?

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Jika ada suatu benda yang benar-benar mengkagumkan kita pasal perjuangan rakyat P, pastilah keupayaan mereka melahirkan generasi demi generasi pejuang yang silih berganti, tidak putus-putus.

Ibu ibu mereka tidak pernah serik melahirkan dan mentarbiyah anak-anak untuk dinafkah di jalan pembebasan P.

Kadang-kadang kita cemburu dengan keupayaan mereka memproduk para pahlawan ini walaupun dalam serba kekurangan.

Kegigihan mereka menanam bernih perjuangan tidak pernah pudar. Walaupun akhirnya hampir pasti anak-anak akan terkorban tetapi ia suatu kemuliaan bagi mereka.

Apakah rahsianya?

Bagaimana dengan kita. Kita ada anak-anak muda yang merupakan benih bagi pepohon masa hadapan. Namun bagaimana ingin menanamnya?

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
FENOMENA - Suasana pilu membanjiri solat jenazah untuk Almarhum Ismael Hanieyah di Turkiye, Iraq & Pakistan. Lautan manusia!

Panorama kesatuan umat islam yang pastinya menggetarkan musuh! Semoga Allah mencampakkan kesatuan dan kecintaan dalam hati kita semua dan keberanian serta kejujuran dalam sanubari para pemimpin agar dapat bertindak lebih agresif terhadap regim Zionis

[Surah Āli-ʿImrān: 103]

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan di antara hati kamu maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu.

Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Palestin

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Tarbiah Daily
Photo
Ibrah al-Kahfi: Mengambil Asbab

Sebab atau dalam bahasa Arab السبب merupakan jalan atau sesuatu yang boleh mencapai kepada sesuatu yang dingini.

Perkataan السبب di bawa dalam al-Quran dalam beberapa bentuk dan diberi makna pelbagai mengikut ayat. Sekurang-kurangnya ada 4 makna "sebab" iaitu merujuk kepada jalan, ilmu, pintu dan juga tali.

Kesemua makna ini tidak lari dari maksud umum السبب.

Dalam kisah kembara zulkarnain seperti disebut dalam surah al-Kahfi, diceritakan beliau telah mengambil jalan atau sebab:

{ فَأَتۡبَعَ سَبَبًا }
[Surah Al-Kahf: 85]

Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

Allah mendidik hambaNya untuk mengambil sebab atau jalan mengikut adat atau sunnah alam untuk memperoleh sesuatu yang mereka inginkan.

Walau bagaimanapun, السبب tidak mempunyai kuasa dan tidak semestinya menghasilkan kesan dan natijah yang dinginkan kerana yang mendatangkan hasil hanya semata-mata Allah swt.

Namun, secara umum - siapa yang mengambil jalan dan sebab yang betul insya Allah akan sampai pada apa yang ia hajati.

Umat islam patut terkedepan mengambil asbab sebagai menyahut perintah Allah sambil bertawakal bulat kepadaNya.

Lihatlah berita kejayaan atlet China ini yang mengambil sebab bagi kejayaan iaitu kerja keras dan pengorbanan.

Tanpa bersungguh-sungguh & berkorban mengambil asbab - mustahil dakwah dan tarbiah serta kerja buat kita akan maju!

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Palestin

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Allah Memilih Pejuang Risalah Yang Tepat

ۘ اللَّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُ....
Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan risalahNya .. "

Al-An'am : 124

Subhanallah.

Menyaksikan bagaimana dunia bersedih akan kematian pejuang al-Aqsa, pejuang agama; Almarhum Ismael Hanieyah sedarlah kita bahawa beliau adalah pejuang pilihan Allah.

Dunia dan isinya telah menjadi saksi keimananan, keteguhan, pengorbanan dan cintanya pada agama, pada bumi barokah yang dijanjikan al-Quran.

Kata Sheikh Khaled Mashal, "Abu Abd (Ismael Hanieyah) tidak meninggalkan Gaza melainkan untuk Gaza..."

Sesungguhnya Allah yang lebih mengetahui siapa, bagaimana, & dari arah mana risalah perjuangan ini diberikan & disebarkan.

اللَّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَه

Kita patut duduk termenung. Adakah nama kita juga tersenarai dalam hamba dan pejuang pilihan berkenaan?

Jika kita mahukan, mari buktikan bahawa kita juga adalah orang yang tepat!

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Palestin
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Individu Muslim adalah modal yang paling berharga bagi mana-mana fikrah & perjuangan.

Begitu juga islam, ia berhajat kepada individu muslim untuk bekerja untuk islam sehingga binaan Islam yang gah dan sempurna itu dapat dikembalikan.

Adakah modal lain seperti wang, infrastruktur dan lain-lain tidak penting?

Bukan begitu. Tetapi wang dan infrastruktur akan datang apabila telah ada orang-orangnya.

Mari mentarbiah untuk memproduk lebih ramai pekerja dan modal Insan untuk islam ;)

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
2024/09/11 18:15:06
Back to Top
HTML Embed Code: