tgoop.com/tarbiahkartun/3470
Last Update:
Tiada wanita yang sempurna.
...Daripada wanita lemah lembut, kita belajar memaafkan dalam diam, tetapi masih punya luka di dalam. Kebanyakkan perasaan dia pendam, hanya meluah dari titisan air mata yang dipamerkan. Dia kuat dalam erti kata maaf, tapi lemah dalam meluahkan. Sabar sekali wanita lemah lembut ini.
.. Daripada wanita kuat, kita belajar tentang keberanian. Berani bertutur untuk setiap kebenaran. Ada kala keberaniannya membuahkan kebaikan, tetapi adakalanya, keberaniaannya melukakan, kerana ada ketika dia mendahulukan perasaan daripada akal. Keberaniaannya kadang memakan tuan empunya badan.
.. Daripada wanita tabah, kita belajar untuk terus bersabar. Bersabar untuk setiap ujian yang bertandang. Ada ketika dia tidak berani berkata tidak untuk perkara yang tidak disukai, dia menganggukkan kepala untuk menjaga semua hati agar tidak disakiti. Dia kekurangan keberanian untuk meluah apa yang terpendam dari hati. Ada ketika perasaannya terluka bertemankan air mata.
.. Ternyata, memang tidak pernah wujud wanita sempurna, yang ada hanya wanita yang bercita-cita menjadi terbaik. Jangan mencari wanita sempurna, memang tidak akan pernah ada.
.. Daripada wanita terbaik, kita belajar banyak perkara. Salah satunya, mula menerima kekurangan kita dan menghargai kelebihan yang kita ada.
Begitulah.
BY π Tarbiah kartun π
Share with your friend now:
tgoop.com/tarbiahkartun/3470