Telegram Web
Mengislah dunia dengan agama adalah tugas utama bagi Ikhwanul Muslimin

“Wahai umat Islam, ambillah daripada kerangka islah (pembaikan ) yang sesuai dengan keadaan kamu dan pastikan kamu meniupkan dalamnya semangat kehidupan daripada agama kamu.

Inilah tugas Ikhwanul Muslimin.

-Imam Hassan Al-Banna-

Terjemahan Al-Banna

www.tgoop.com/terjemahanIHAB
Kekuatan Sebuah Tamadun bergantung kepada kekuatan Rijal

إنَّ الرجلّ سرُّ حياةِ الأممِ ومصدرُ نهضاتها، وإنَّ تاريخَ الأممِ جميعاً، إنّما هو تاريخُ مَنْ ظَهَرَ بها من الرجالِ النابغينَ الأقوياءِ النفوسِ والإراداتِ، وإنَّ قوةَ الأممَ أو ضعفها، إنّما تقاسُ بخصوبتها في إنتاجِ الرجالِ الذين تتوفرُ فيهم شرائطُ الرجولةِ الصحيحةِ.

“Sesungguhnya Rijal (individu yang mempunyai sifat kelakian sejati) merupakan rahsia kehidupan sesebuah bangsa dan sumber kebangkitannya.

Sesungguhnya sejarah semua bangsa adalah sejarah rijal-rijal unggul yang muncul dalam kalangan mereka dengan jiwa dan kehendak yang kuat.

Kekuatan atau kelemahan sesuatu bangsa diukur berdasarkan keupayaan mereka melahirkan rijal-rijal yang memiliki sifat-sifat kelelakian yang sejati.”

-Imam Hassan Al-Banna-

Terjemahan Al-Banna

www.tgoop.com/terjemahanIHAB
“Berapa ramai di Mesir yang memiliki kecerdasan terpendam dan akal fikiran yang melimpah, sekiranya sahaja ada yang berusaha untuk mengeluarkannya daripada potensi kekuatan kepada realiti.”

-Hassan Al-Banna-

Terjemahan Al Banna

www.tgoop.com/terjemahanIHAB
Keluarga Dan Masyarakat

“Tarbiyah yang sohih menyediakan individu untuk hidup dengan kehidupan yang sempurna, dan mencapainya dengan tubuh dan jiwanya ke arah kesempurnaan insan.

Ia membimbingnya kepada hak-hak dan tanggungjawabnya.

Tarbiyah ini merupakan faktor paling besar yang mempengaruhi kehidupan sesebuah umat, dan kepada tarbiyah inilah masa depan umat bergantung, sama ada menghasilkan keagungannya atau kejatuhannya.”

Terjemahan Al-Banna

www.tgoop.com/terjemahanIHAB
Perbincangan Mengenai Azan Asar

Imam Syahid Hassan Al Banna menyebut dalam memoirnya:

“Saya biasa melaungkan azan Zohor dan Asar di surau sekolah. Jika waktu Asar jatuh dalam waktu pembelajaran, saya akan meminta izin daripada guru untuk melaungkan azan.

Sebahagian guru mengizinkan dengan gembira, manakala ada yang ingin menjaga peraturan kelas.

Kepada mereka saya berkata:

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق

‘Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang melibatkan maksiat kepada Pencipta.’

Kemudian, saya berbincang dengan mereka secara serius sehingga mereka tidak punya pilihan selain mengizinkan, hanya untuk melepaskan diri daripada saya dan perbincangan itu.”

Terjemahan Al-Banna

www.tgoop.com/terjemahanIHAB
Faktor Perosak Dalam Struktur Negara Islam

Perselisihan dalam soal asas agama dan mazhab serta mengalih hakikat agama ini daripada sebagai akidah dan amalan kepada hanya sebagai istilah yang kaku tanpa roh dan kehidupan sehingga berlaku pengabaian terhadap Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Umat Islam bersikap jumud dan fanatik dengan sesuatu pandangan dan pendapat. Mereka gemar berbahas,berdialog dan berdebat. Semua sikap ini telah diingatkan oleh Islam dan telah dilarang sekeras-kerasnya.

Malah Rasulullah SAW pernah bersabda :

مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوا عَلَيْهِ إِلَّا أُوتُوا الْجَدَلَ

Maksudnya: Tidak akan tersesat sesuatu kaum yang telah mendapat hidayah selagimana mereka berada di atas jalan tersebut melainkan mereka yang gemar berdebat.

Riwayat Tarmizi

-Siri Risalah Al-Banna (Di Antara Semalam Dan Hari ini)-

Terjemahan Al-Banna

https://www.tgoop.com/terjemahanIHAB
Agama ini (Islam) memerintahkan agar memberikan perhatian kepada urusan-urusan duniawi dan mendorong untuk berlumba-lumba serta cemerlang di dalam urusan duniawi, tanpa mengabaikan urusan akhirat. Hal ini sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia.”
(Surah Al-Qasas: 77)

Terjemahan Al-Banna

https://www.tgoop.com/terjemahanIHAB
Tanggungjawab Pemimpin

Seorang pemimpin bertanggungjawab di hadapan Allah dan di hadapan manusia. Dia adalah pekerja kepada rakyat dan bekerja untuk mereka.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaannya.”

Saidina Abu Bakar RA, ketika dilantik sebagai khalifah dan menaiki mimbar, berkata: “Wahai manusia, dahulu aku bekerja untuk keluargaku dan memperoleh rezeki untuk mereka. Tetapi kini aku bekerja untuk kamu semua, maka tetapkanlah elaun untukku daripada baitulmal kamu.”

Dengan ini, beliau menjelaskan teori kontrak sosial dengan cara yang paling adil dan terbaik, bahkan meletakkan asasnya. Hakikatnya, pemerintahan adalah kontrak antara rakyat dan pemimpin untuk menjaga kepentingan awam.

Jika pemimpin melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, dia mendapat ganjaran, tetapi jika dia gagal, dia akan menerima hukuman.

Terjemahan Al-Banna
https://www.tgoop.com/terjemahanIHAB
Peristiwa Membentuk Sejarah

Fitnah Pertama : Tergesa-gesa dalam memetik hasil Dakwah

Fitnah yang akan dibicarakan di sini adalah fitnah dalaman yang timbul daripada niat yang baik dan berasal daripada hati-hati yang tidak diragui keikhlasannya. Guru Mursyid (Hassan Al-Banna) sering mengingatkan kami tentang perangkap halus syaitan ke dalam hati orang-orang yang soleh. Syaitan licik mempengaruhi hati-hati ini, mendorong mereka untuk berlebih-lebihan dalam kebaikan hingga melampaui batas kebaikan, yang akhirnya membawa mereka ke dalam lautan keburukan.

Beliau mengingatkan dengan sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya agama ini teguh, maka masuklah ke dalamnya dengan kelembutan. Orang yang memaksa dirinya (terlalu berlebihan) tidak akan sampai ke tujuannya, tidak pula dapat meneruskan perjalanannya.”

Pada zaman itu, dakwah berada pada puncak kegemilangannya. Ia menembusi pelbagai lapisan masyarakat, umpama kapal yang berlayar di laut tenang dengan angin yang menghembus lembut. Setiap hari, ia meraih keuntungan besar berupa lelaki dan pemuda yang datang kepada dakwah dan berbai‘ah.

Bangunan markas dakwah – walaupun luas – hampir tidak mampu menampung orang-orang yang datang. Dakwah ini telah menjadi suara yang didengar dalam pelbagai isu, baik di peringkat Mesir, Arab, mahupun Islam.

Pada masa itu juga, risalah “Menuju Cahaya” diterbitkan, menangani isu-isu tersebut dengan cara yang jelas, praktikal, dan tidak mengandungi kekeliruan. Seolah-olah dakwah sedang bersiap sedia untuk mengambil tempatnya sebagai pemimpin.

Terjemahan Al-Banna
https://www.tgoop.com/terjemahanIHAB
“Ijtihad (berijtihad) dalam kerja tarbiah adalah keperluan, kreativiti adalah pemacu, taqlid adalah kemunduran, dan rutin adalah belenggu.”

-Muhammad Ahmad Ar-Rasyid-
Satu dokumentari ekslusif yang dikeluarkan oleh Al-Jazeera semalam berkenaan dengan sedutan-sedutan video sepanjang operasi ketenteraan Taufan Al-Aqsa.

Program “Apa yang tersembunyi lebih besar” menayangkan rakaman penyertaan Ketua Briged Al-Qas**m, Muhammad Al-D*if, dalam mesyuarat terakhir Majlis Kepimpinan Ketenteraan Briged Al-Qas**m sebelum Operasi Taufan Al-Aqsa .

Dalam mesyuarat itu, beliau berkata: “Kita mungkin dapat bergerak maju dan mengambil inisiatif yang membolehkan kita mengubah arus sejarah sepenuhnya.”

Rakyat Gaza sedar mereka perlu berkorban walaupun mereka dikepung segenap aspek tetapi pengorbanan perlu dibuat untuk menjaga kesucian bumi Al-Quds.

Di dalam pengkhianatan pemimpin arab terhadap perjuangan Palestin,mereka bangkit melancarkan serangan untuk memberikan amaran pemimpin Arab yang munafik yang menyerahkan nasib tanah Palestin kepada musuh Israel.

Di dalam dokumentari ini juga turut ditayangkan sedutan khas operasi ketenteraan yang terakhir yang disertai oleh Y*hy* S*n*ar.

Antara kata-kata beliau dalam sedutan video tersebut sebelum syahid :

“Untuk sebuah kebebasan merah (yang berharga) adanya pintu…yang diketuk dengan setiap tangan yang berlumuran darah.”

Inilah jiwa “fighter” seorang pemimpin yang bukan sekadar menjadi ahli strategi bahkan turut berjalan di tengah-tengah medan perang menyerang musuh di saf paling hadapan.

Paling best dalam video ini , kita boleh lihat mesyuarat terakhir beliau bersama As-Syahid Mahmud Hamdan (Abu Yusof) Ketua Briged Al-Q*s*am di Rafah sebelum mereka syahid bersama di sebuah bangunan seperti yang kita sudah lihat dalam video sebelum ini.

Satu dokumentari yang wajib dilihat oleh seluruh umat Islam untuk memberikan kesedaran kepada kita. Palestin tidak boleh bebas tanpa pengorbanan dari umatnya.

Y*hy* S*n*ar telah pergi bertemu Allah dalam keadaan syahid…Bagaimana pula peranan kita dalam menyumbang kepada kekuatan Islam dalam perjalanan pembebasan Al Aqsa?

Link video :

https://youtu.be/GTvsWLVC9QU?feature=shared
Pesanan daripada Fadhilah Ustaz Muhammad Mahdi Akif mengenai Keutamaan Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah salah satu daripada bulan-bulan haram yang telah Allah muliakan dengan sebutan dan keutamaan. Firman Allah Ta’ala:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi, daripadanya empat bulan haram; itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam bulan-bulan itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
(Surah At-Taubah: 36).

Empat bulan tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam (tiga bulan berturut-turut), dan Rejab.

Allah Ta’ala mengharamkan kezaliman dan penindasan dalam bulan-bulan ini, sebagaimana firman-Nya:
“Maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam bulan-bulan itu.”
Kerana kezaliman dalam bulan-bulan ini lebih besar dosanya dan lebih buruk perbuatannya. Allah juga menguatkan ancaman dan dosa terhadap maksiat di Tanah Haram (Mekah). Firman Allah:
“Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kejahatan secara zalim di dalamnya (Tanah Haram), nescaya Kami akan merasakannya azab yang pedih.”
(Surah Al-Hajj: 25).

Allah Ta’ala menjadikan pahala amalan soleh dalam bulan-bulan haram lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Ia adalah musim kebaikan yang melimpah ruah dan rahmat Ilahi yang patut diraih. Beruntunglah mereka yang mengambil kesempatan ini, menghargai kehadirannya, memikirkan nikmat Allah, serta membersihkan jiwa dan hati mereka daripada kelalaian. Dengan itu, mereka akan menjadi lebih dekat dengan Tuhannya.

Bulan Rejab juga diingati oleh ramai umat Islam sebagai bulan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, yang berlaku pada 27 Rejab menurut kebanyakan riwayat. Pada hari yang sama juga, Baitul Maqdis dibebaskan dan kembali ke pangkuan umat Islam oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 583H, setelah lebih 90 tahun berada dalam cengkaman tentera salib.

Pada bulan Rejab ini, kita diingatkan tentang pentingnya kesatuan umat Islam, persaudaraan, kasih sayang, serta larangan bermusuhan, berpecah-belah, dan bertelagah sesama kita.

Dalam keadaan musuh-musuh Islam memerangi umat Islam di serata tempat, kita tidak boleh terpedaya oleh agenda media global dan tempatan yang mengalihkan perhatian kita kepada perkara remeh, seperti Sukan Olimpik di Athens, sehingga kita lupa tanggungjawab kita terhadap Islam dan umatnya.

Islam mengangkat nilai persaingan ke arah kebaikan, sebagaimana firman Allah:
“Dan orang-orang yang berlumba-lumba dalam kebaikan, mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah).”
(Surah Al-Waqi’ah: 10-11).
“Dan untuk yang demikian itu hendaklah berlumba-lumba orang yang berlumba-lumba.”
(Surah Al-Mutaffifin: 26).

Rasulullah SAW juga bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.”

Terjemahan Al-Banna

https://www.tgoop.com/terjemahanIHAB
2025/01/28 02:20:44
Back to Top
HTML Embed Code: