Telegram Web
Doakanlah ibu bapa kita walau jahat mana pun mereka. Mereka tetap ibu bapa kita.

🤗
@thekopipanas
Forwarded from #∆dikDiary
Batch 03,

Antara batch SPM yang terpaksa menempuh dugaan yang paling berat setakat ini. Bermula dengan krisis jerebu ketika di tingkatan 4 kemudian disusuli wabak corona yang kini mengubah kehidupan manusia sebanyak 360° lalu diuji pula dengan banjir yang menenggelami tempat tinggal mereka.

Satu demi satu ujian daripada Ilahi dihadapi dengan tabah dan kini ujian yang menentukan tahap pelajaran dan arah tuju mereka hanya tinggal kurang seminggu sahaja lagi. Sudah pasti pelbagai reaksi dan perasaan menghantui jiwa pejuang-pejuang ini.

Di sini saya ingin meluahkan sedikit pesanan ikhlas agar pejuang-pejuang ini tidak lemah semangat dan putus harapan.

Saya percaya pasti raaaamai batch 03 yang ada dalam ni dan oleh kerana itu saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi tentang hal yang perlu mereka cakna dan perbaiki.

Pertama, jagalah kesihatan kalian dengan baik. Pada saat akhir begini saya mohon usah terlampau berkorban sehingga mengabaikan kesihatan diri. Jagalah pemakanan dan tidur dengan secukupnya. Bab sakit jangan dibuat main kerana percayalah ia mampu menghancurkan 'segalanya' ketika kita menghadapi peperiksaan nanti. Maka jagalah diri kalian baik-baik.

Kedua, banyakkan berdoa, memohon hajat kepada Allah. Sesungguhnya, setiap yang kita lakukan pasti akan berbalik kepada-Nya jua. Maka, jadikanlah Dia sumber kekuatan kita yang paling utama dan sandarkanlah niat kita dalam menuntut ilmu hanya kerana Dia.

Inshaa Allah sekiranya nawaitu kita tepat, pasti segalanya akan dipermudahkan.

Ketiga, belajarlah selagi masa dan hayat kita masih ada. Jangan dipaksa jika tidak mampu. Buatlah sekadar yang mampu dan yang penting sekali ialah NAWAITU. Jagalah nawaitu kita dengan sebaik-baiknya. Belajar bukan untuk meraih keputusan yang cemerlang sahaja. Belajar bukan untuk mendapat kerjaya yang hebat sahaja. Belajar juga bukan untuk mendapat pujian dan kebanggaan ibu bapa semata-mata. Tetapi belajarlah untuk mengharap keredhaan Allah dan menegakkan panji agama.

Dengan izin Allah Maha Mujeeb , saya doakan kalian semua berjaya! Bi taufiq wannajah!

Aamiin ya rabbal alamin. ❤️
With love, adikdiary.
Forwarded from The Irfan Mahfuz
Nak pupuk ummat akhir zaman untuk mencintai Nabi Muhammad Saw sangatlah sukar. Mereka lebih mentakzimkan orang kafir berbanding orang islam sendiri.

https://www.tgoop.com/TheIrfanMahfuz
🤲🏻
Jangan pernah berhenti belajar, kerana semesta juga tidak pernah berhenti memberikan pengajaran.

TheIrfanMahfuz
Hidup ini terlalu singkat untuk kita kecewa terlalu lama.
Kerana bahagia itu akan hadir apabila kita cuba menghargai waktu kecewa yang ada.

Kerana waktu kecewa itulah waktu yang patut kita hayati,
Makna yang nak disampailan dari illahi.

Setiap yang diatur oleh Tuhan itu dah tentunya terbaik.

Namun pilihan atas diri kita sama ada ingin pandang sesuatu yang dilalui itu dengan manisnya ujian mahupun pahitnya ujian.

Jika kita cuba pandang dengan manisnya ujian maka yang terbaiklah yang akan hadir.

Tetapi jika kita hanya pandang dengan buruknya ujian maka hanya keburukan sahaja yang ada dalam kehidupan.

Sebab itu kadangkala kita perlu merasakan kejatuhan dan sakitnya dalam menempuh ujian.

Kerana dari situlah kita akan tahu betapa berharganya erti kebangkitan dalam kehidupan.

Senyum dan bangkitlah supaya kita akan jumpa sinar yang lebih indah di hari yang mendatang

Naufal Isa
Forwarded from Penulis Jalanan 🚶🏻
Pesan ustaz,

"Perbanyakkanlah bergaul dengan fakir miskin, kita pasti akan sedar betapa banyaknya nikmat Allah yang masih belum kita syukuri selama ini."
Happy Eid Mubarak to all muslims! ❤️
Terima kasih pada yang masih setia bersama saya. Saya perlukan masa untuk kembali semula :)
Salam Sayyidul Ayyam Semua ❤️
Dalam dunia ini , apa pun pekerjaan pakaian pangkat , government ke swasta ke sendirian berhad ke berhentilah dalam membuat perbandingan .

Hakikatnya , tiada yang lebih baik tiada yang lebih bagus melainkan segala benda yang dikurniakan atas diri kita , disyukuri dan sentiasa dilakukan hanya keranaNya .

Jadi disini sis nak pesan , apa pun pekerjaan yang ditakdirkan pada kita sentiasa bersyukur dan terima dengan berlapang dada selagi ianya halal lagi baik dan semoga berkat sentiasa pahala gaji titik peluh dll .

Teruskan berjuang , teruskan beribadah .

Keep Smile Korangsss 🌸
🤲🏻🇵🇸🌸❤️
Masih beraya ke tuu ? Semoga dalam jagaan Allah sentiasa . Nak pi mana² jangan lupa dimulakan dengan Bismillah then berdoa minta yang baik² okie 🌼
Perjuangan masih panjang .. Teruskan melangkah ❤️
Hidup ini hanya ada dua pilihan saja ..

Baik dan Buruk .. 🌼
Struggle kita dan struggle dia tidak akan pernah sama ..

Kasut kita berbeza walaupun saiz yang sama ..
Kasut yang sama tapi saiz pula berbeza ..

Begitulah .. 🌸
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
2024/12/23 01:18:28
Back to Top
HTML Embed Code: