THEZIKRULLAH Telegram 1266
Minda Presiden PAS

SERUAN AL-AQSA

Firman Allah SWT:

﴿وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٰنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا٧٥ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱلطَّٰغُوتِ كَانَ ضَعِيفًا٧٦﴾

“Mengapa kamu tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah daripada kalangan lelaki, wanita mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa (dengan berkata), ‘Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya, dan berikanlah kami pelindung dari sisi-Mu, dan berikanlah kami penolong dari sisi-Mu!’ (75) Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang pula pada jalan taghut; oleh sebab itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (76)” (Surah al-Nisa’: 75-76)

Al-Quran ialah perintah Allah dan petunjuk-Nya sepanjang zaman. Walaupun sebab turunnya ayat di atas berkenaan penindasan yang zalim terhadap mereka yang lemah di Makkah iaitu golongan yang tidak mampu berhijrah menyelamatkan pegangan Islamnya sehingga ditindas secara zalim yang melampau oleh musuh-musuh Islam. Namun, para ulama’ tafsir menegaskan:

العِبْرَةُ ‌بِعُمُومِ ‌اللَّفْظِ ‌لَا ‌بِخُصُوصِ ‌السَّبَبِ.

“Pengajaran wajib diambil daripada lafaznya yang umum, bukan sebab yang khusus ketika berlakunya peristiwa tersebut.”

Ini bermaksud hukumnya masih berpanjangan sehingga sekarang, berulang di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja berlakunya peristiwa yang sama, kerana al-Quran ialah petunjuk yang kekal sepanjang zaman.

Terkini Masjid al-Aqsa sedang diceroboh dengan ganas oleh tentera, polis dan pelampau Zionis Yahudi, sehingga serangan dilakukan terhadap para jemaah yang sedang beriktikaf dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Bahkan, barang-barang masjid juga dirosakkan dan ada juga yang terbakar hangus. Satu pencerobohan yang nyata dan sangat melampau zalimnya.

Ayat yang disebutkan di atas adalah seruan Allah SWT kepada seluruh umat Islam supaya berjihad dengan segala pengorbanan harta dan jiwa raga, walaupun terpaksa berperang terhadap kezaliman yang sedang berlaku. Firman Allah SWT:

﴿أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِيرٌ٣٩﴾

“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu.” (Surah al-Hajj: 39)

Keizinan untuk berperang dibenarkan khususnya apabila berlaku serangan terhadap Masjid al-Aqsa, salah satu daripada tiga tanah suci umat Islam. Di situlah tempat bermukimnya para anbiya’ serta berlakunya Isra’ dan bermulanya Mi‘raj yang merupakan satu kemuliaan kepada Rasulullah SAW yang menjadi tetamu Allah dalam peristiwa yang terkenal. Firman Allah SWT:

﴿سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلٗا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنۡ ءَايَٰتِنَآۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ١﴾

“Maha Suci Allah, yang telah menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’: 1)

Kedudukannya yang mulia mewajibkan umat Islam agar mempertahankan dan membebaskannya.

Ia merupakan suatu kewajipan yang dibebankan kepada kerajaan dan rakyat yang beragama Islam. Walaupun ramai dalam kalangan mereka itu leka, namun kewajipan tetap dibebankan ke atas mereka, bermula dengan penduduk Masjid al-Aqsa yang berjiran di sekelilingnya sehinggalah umat Islam di seluruh penjuru dunia.

tgoop.com/thezikrullah/1266
Create:
Last Update:

BY The Zikrullah

Share with your friend now:
tgoop.com/thezikrullah/1266

View MORE
Open in Telegram

Telegram News

Date: |

Users are more open to new information on workdays rather than weekends. Done! Now you’re the proud owner of a Telegram channel. The next step is to set up and customize your channel. Joined by Telegram's representative in Brazil, Alan Campos, Perekopsky noted the platform was unable to cater to some of the TSE requests due to the company's operational setup. But Perekopsky added that these requests could be studied for future implementation. Avoid compound hashtags that consist of several words. If you have a hashtag like #marketingnewsinusa, split it into smaller hashtags: “#marketing, #news, #usa. How to Create a Private or Public Channel on Telegram?
from us

Telegram The Zikrullah
FROM American