Telegram Web
Yayasan Ikhlas Hadir ke Taklimat CBDRM oleh NADMA โ›ˆ

Pada 12 Februari 2025, Yayasan Ikhlas telah dijemput oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke markas SMART bagi menghadiri taklimat Community Based Disaster Risk Management (CBDRM).

Taklimat ini dihadiri oleh Lt. M (PA) Mohd Hanizam bin Azman, Eksekutif Pengurusan Bencana Yayasan Ikhlas, yang mewakili Yayasan Ikhlas dalam memahami pelaksanaan CBDRM.

Taklimat ini diharapkan dapat membantu Yayasan Ikhlas dalam memperkukuh usaha membantu komuniti yang terkesan, khususnya di Pantai Timur.

๐Ÿ“ฒ Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik misbantuan.com untuk memberi bantuan sekarang.

๐’€๐’‚๐’š๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’”
๐‘น๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’–๐’”๐’Š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’„๐’‚๐’š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’…๐’‚
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ  Harapan Baru untuk Cik Asamariah ๐Ÿ’™

Pada 7 Februari yang lalu, Team Ikhlas Besut bersama wakil Yayasan Ikhlas telah menziarahi Cik Asamariah @ Shamsiah binti Jusoh, yang tinggal seorang diri di rumah usang yang terjejas akibat banjir MTL 2024/25.

Keadaan rumah yang semakin uzur dengan bumbung bocor dan dinding reput membuatkan setiap hujan turun menjadi satu kebimbangan buat beliau.

Atas keprihatinan Sukarelawan Team Ikhlas Besut, Projek Baik Pulih Rumah telah digerakkan untuk membantu Cik Asamariah mendapatkan tempat tinggal yang lebih selamat dan selesa.

Jom bersama Yayasan Ikhlas dalam misi ini. Setiap sumbangan anda membawa harapan baru buat mereka yang memerlukan.

๐’€๐’‚๐’š๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’”
๐‘น๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’–๐’”๐’Š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’„๐’‚๐’š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’…๐’‚
Reuters: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi akan berkunjung ke Arab Saudi pada akhir minggu ini untuk membincangkan pelan Mesir-Arab mengenai Gaza. Pelan tersebut merangkumi pembentukan jawatankuasa bagi mentadbir Gaza tanpa penyertaan Hamas serta penglibatan antarabangsa dan Arab dalam usaha pembinaan semula. Pelan ini dilihat sebagai alternatif kepada rancangan Trump.

Sumber: Al Jazeera
www.tgoop.com/duniapalestin
Adakah ia merupakan 'Akta Rampas Rumah' miskin bandar ?

Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang bertujuan untuk memudahkan pembangunan semula bandar oleh pemaju mendapat persetujuan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada Selasa untuk menurunkan kadar ambang persetujuan penduduk bagi pembangunan tapak-tapak terpilih.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, KPKT bercadang utk mewujudkan ambang persetujuan 80 peratus kpd bangunan yg berusia kurang dari 30 tahun dan 75 peratus kepada bangunan yg berusia lebih dari 30 tahun. Manakala, bagi bangunan yg tidak lagi selamat utk didiami serta bangunan yg terbengkalai, KPKT bercadang utk mewujudkan ambang persetujuan 51 peratus sahaja.

Oleh : IRIS Institute

https://www.tgoop.com/zainurrashid
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
NEW: Israeli media outlets released a video showing Dr. Hussam Abu Safiya, the director of Kamal Adwan Hospital in Northern #Gaza, inside detention and shackled, appearing exhausted and fatigued.

Dr Hussam Abu Safia was detained in Gaza by the Israeli army in December and taken to Sde Teiman military detention camp in Israelโ€™s Negev Desert, before being transferred to Ofer Prison.



๐Ÿ”— Telegram: www.tgoop.com/doamuslims
Kalender 2025

Andai ada di kalangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang ingin memiliki Kalender 2025 keluaran Yayasan Ikhlas, boleh tuliskan nama penuh dan alamat.

Sama ada di ruangan komen di bawah atau pun secara pm.

Insyaallah akan dikirimkan kepada 30 pesanan yang pertama.

Zainur Rashid Z
Palestin bukan dijajah melalui peperangan semata-mata, tetapi melalui strategi penempatan dan pembandaran yang tersusun.

Sejak Pertubuhan Zionis Antarabangsa melancarkan visi untuk menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi pada 1897, mereka telah merancang pelbagai strategi bagi memperoleh tanah tersebut secara โ€˜amanโ€™.

Percubaan pertama mereka adalah dengan menawarkan rasuah kepada Sultan Abdul Hamid II untuk membeli tanah Palestin dari Uthmaniyyah, namun usaha itu gagal, tetapi gerakan Zionis telah bersiap sedia dengan alternatif lain.

Pada 1901, dalam Persidangan Zionis Antarabangsa ke-5, mereka menubuhkan Jewish National Fund (JNF), sebuah institusi dana khas untuk memudahkan sumbangan Yahudi dari seluruh dunia bagi projek penjajahan Palestin.

Dana ini digunakan untuk membeli tanah di bandar-bandar utama di persisiran pantai, terutamanya di Haifa dan Jaffa (kini Tel Aviv), yang merupakan lokasi strategik.

Selain itu, tanah pertanian turut dibeli dan dijadikan kibbutz (ibarat felda) bagi memperluaskan penempatan mereka di Palestin.

Pada 1947, Pelan Pembahagian PBB iaitu Resolusi 181 telah memberikan hampir 60% tanah Palestin kepada Yahudi, yang membawa kepada pengusiran besar-besaran rakyat Palestin dan penyusunan penempatan Yahudi secara agresif dengan kemuncaknya adalah Nakbah 1948.

Hari ini, lebih 85% tanah Palestin berada di bawah penjajahan Zionis, satu proses yang bermula dengan strategi pembandaran dan penempatan sistematik sejak lebih seabad lalu.

Ahmad Nu'man Mazlan
Penyelidik Dunia Palestin

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
www.tgoop.com/duniapalestin
Sedikit di Tangan, Besar di Akhirat

Setiap rezeki yang kita miliki bukan hanya untuk kita nikmati sendiri, tetapi ada hak orang lain di dalamnya.

๐Ÿ’– Sedikit bagi kita, besar nilainya buat mereka.
๐Ÿ’– Kecil di mata manusia, besar di sisi Allah.
๐Ÿ’– Memberi tidak mengurangkan harta, malah menambah keberkatan.

Jom bersama Yayasan Ikhlas, sebarkan kasih sayang melalui infaq. Mereka memerlukan, dan kita mampu membantu.

==============

๐Ÿ“Œ Hulurkan sumbangan hari ini. Moga setiap ringgit yang diberi menjadi asbab kebaikan berpanjangan.

๐ŸŒฑ Yayasan Ikhlas ๐ŸŒฑ
Maybank 5628 3463 6228
Ref: SEIKHLAS JUMAAT

Atau klik:
๐Ÿ‘‰ kasihramadan.com

๐’€๐’‚๐’š๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’”
๐‘น๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’–๐’”๐’Š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’„๐’‚๐’š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’…๐’‚
๐Ÿ“ข ๐‡๐ฎ๐ญ๐š๐ง๐  ๐๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ƒ๐ข๐ ๐š๐ง๐ญ๐ข? ๐Š๐ž๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ข ๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐š๐ฒ๐š๐ซ ๐…๐ข๐๐ฒ๐š๐ก

Fidyah bukan sekadar bayaran, tetapi ia adalah tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

๐Ÿ“Œ Antara golongan yang wajib bayar fidyah:
โœ”๏ธ Orang tua atau uzur yang tidak mampu berpuasa
โœ”๏ธ Pesakit kronik โ€“ Tiada harapan sembuh dan tak boleh berpuasa.
โœ”๏ธ Wanita hamil atau menyusukan โ€“ Jika bimbang keselamatan bayi.
โœ”๏ธ Mereka yang menangguhkan qadaโ€™ puasa hingga masuk Ramadan berikutnya.
โœ”๏ธ Individu yang meninggal dunia dalam keadaan masih ada hutang puasa โ€“ Waris boleh membayarkan fidyah.

๐Ÿ“– Allah SWT berfirman:
"๐ท๐‘Ž๐‘› ๐‘ค๐‘Ž๐‘—๐‘–๐‘ ๐‘˜๐‘’ ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘  ๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜ ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘‘๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž (๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘ข๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž) ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘“๐‘–๐‘‘๐‘ฆ๐‘Žโ„Ž, ๐‘–๐‘Ž๐‘–๐‘ก๐‘ข ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘– ๐‘š๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘š๐‘–๐‘ ๐‘˜๐‘–๐‘›..."
(Surah Al-Baqarah: 184)

Jika anda atau ahli keluarga termasuk dalam kategori ini, pastikan fidyah dilunaskan segera.

Bayar fidyah dengan cepat dan mudah melalui Yayasan Ikhlas.

Hanya RM4 sehari!! Kalkulator kiraan fidyah turut disediakan

โœ…  Klik sini untuk maklumat lanjut dan bayaran fidyah anda๐Ÿ‘‰
https://yikhlas.fund/ayFidyah
https://yikhlas.fund/ayFidyah

Atau

โœ… Terus ke akaun Yayasan Ikhlas
Maybank: 5628 3463 6235
Rujukan: Fidyah

Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda
Alhamdulillah, saya kini berada di Semporna, Sabah untuk Misi Di Bawah Bayu :

1- Pembinaan Pusat Tahfiz TVET Yayasan Ikhlas di Kg Bantayan, Semporna

2- Sesi bersama guru-guru Pusat Pendidikan al Huda dan Pendakwah Pulau di Pekan 2, Semporna

3- Program Regional Ramadan Relief bersama Maybank Islamic untuk menyantuni 310 keluarga asnaf (nelayan) di Kuala Bibang, Semporna

Zainur Rashid Z
๐ŸŒฟ MISI DI BAWAH BAYU 4.0 ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“… 21 - 25 Februari 2025
๐Ÿ“ Semporna | Sandakan | Pulau Sebatik | Beaufort | Kuala Penyu


Di sebalik keindahan Borneo, masih ada insan yang bergelut dengan kehidupan. Bukan sekadar bantuan, ini tentang harapan.

Yayasan Ikhlas hadir bukan hanya membawa keperluan, tetapi juga menyampaikan rasa peduli.

Setiap huluran tangan, setiap doa, setiap usaha โ€“ semua ini bukan sekadar angka, tetapi bukti bahawa kemanusiaan masih bernyawa.

Marilah kita sama-sama mendoakan mereka, agar kekuatan dan ketabahan sentiasa bersama mereka.

๐Ÿ“ฒ Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik yayasanikhlas.org.my

๐’€๐’‚๐’š๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’”
๐‘น๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’–๐’”๐’Š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’„๐’‚๐’š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’…๐’‚
Projek Tahfiz TVET,

Alhamdulillah, saya kini berada di Semporna, Sabah untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan projek-projek kemanusiaan dan pembangunan komuniti di Semporna.

Petang tadi, saya telah berkunjung ke tapak projek Tahfiz TVET Yayasan Ikhlas di Kampung Bantayan, Semporna.

Kami akan bangunkan di sini sebuah pusat pendidikan yang dilengkapkan dengan asrama, kelas dan dewan untuk kegunaan 100 pelajar, 2 buah rumah guru dan 2 buah gelanggang sukan.

Keutamaan pusat pendidikan ini adalah untuk melahirkan,

1- Generasi muda yang menghayati al Quran dalam hidupnya

2- Menjiwai dan memiliki kemahiran dakwah di pedalaman dan di pulau-pulau.

3- Memiliki kemahiran hidup mandiri seumpama membaiki boat, penternakan dan pertanian.

Projek pembinaan ini dijangkakan akan bermula pada Julai 2025 dan menelan belanja permulaan sebanyak RM 2 juta.

Semoga projek ini berjalan lancar, berjaya dan diberkati dengan izinNya.

Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Yayasan Ikhlas

https://www.tgoop.com/zainurrashid
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hantarkan Cahaya Ke Hujung Dunia.

Bersama kita ubah masa depan generasi muda di pedalaman Sabah melalui projek pendidikan dan pembangunan komuniti.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kerjasama Strategik YI dan Maybank Islamic,

Alhamdulillah, saya dan tim Yayasan Ikhlas dapat bekerjasama dengan Maybank Islamic dalam program Regional Ramadan Relief 2025.

Kami turun bersama untuk menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan kepada 710 keluarga asnaf di pedalaman Sabah.

Kami juga akan tingkatkan kerjasama sebegini di bidang pendidikan dan pembangunan komuniti, khususnya buat masyarakat di pedalaman dan miskin bandar.
2025/03/01 09:00:30
Back to Top
HTML Embed Code: