BERCAKAPDENGANJIN Telegram 6349
#KoleksiTokAwangNgahBab161

KUBUR BERASAP MENJELANG SENJA

(Bab 161 bahagian 2)

Setelah dipelawa masuk ke bilik oleh Lamijah, barulah Fakeh Sibin tersengih-sengih masuk membawa bungkusan kainnya. Ke mana sahaja dia berbaring hanya bungkusan kain itu sahaja menjadi alas kepalanya. Puas disorong oleh Lamijah bantal bersulam benang emas, Fakeh Sibin tetap menolak.

"Agaknya abang Fakeh tak sukakan saya ni?" sengaja Lamijah mahu menduga sebaik sahaja Fakeh Sibin berbaring di sisinya. Fakeh Sibin tidak menyahut. Dia hanya tersenyum sahaja mengerling Lamijah yang memakai bau-bauan harum. Sanggulnya juga dibubuh gumpalan daun pandan.

"Abang Fakeh tak sudi bercakap dengan saya?" pura-pura merajuk biar lelaki itu kelam kabut. Tetapi Fakeh Sibin sekadar menggeleng kepala sahaja supaya hati Lamijah tidak tersinggung. Disebabkan Fakeh Sibin tidak mahu bercakap apa-apapun, sengaja Lamijah memusingkan badannya menghadap ke dinding tidak mahu menatap muka Fakeh Sibin. Dia mengharap biarlah lelaki itu akan nriemujuknya.

Ketika ini memang Fakeh Sibin tidak bercakap apa-apa disebabkan dia mengamalkan surah al-Ikhlas yang dibacakan juga di dalam hati hingga sepuluh ribu kali. Disebabkan Fakeh Sibin tidak juga memujuknya, tidak disedari oleh Lamijah dia sendiri terlena terus.

Sebaik sahaja Lamijah tertidur, cepat-cepat Fakeh Sibin mengambil wuduk. Dia terus solat sunat empat rakaat satu salam dengan membacakan surah al-Ikhlas sepuluh kali selepas Fatihah rakaat pertama, 20 kali rakaat kedua, tiga puluh kali rakaat ketiga dan empat puluh kali rakaat keempat.
Habis sahaja memberi salam, dia bacakan lagi surah al-Ikhlas 50 kali, salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad 50 kali dan istighfar juga 50 kali. Selepas itu Fakeh Sibin berdoa:

"Iz-yuhi rabbuka ilal-m a aikati anni-ma' akum pasabbitul-lazina-amanu, sa-ulqi fi-qulubillazina-ka farur ru'ba-fadribu fau-qal'aknaqi wadhribu min-hu m kulla-b ananin."

Dalam masa berdoa itulah Fakeh Sibin mencapai kain kasa nipis dan gunting dari bungkusan kainnya. Hanya beberapa minit sahaja selepas dia berdoa tiba-tiba beberapa pucuk jarum terpancut dari hidung Lamijah menerjah ke arah Fakeh Sibin. Cepat-cepat pula Fakeh Sibin mengibarkan kain kasa di tangan menyebabkan semua jarum-jarum tersebut melekat ke kain.

Tidak lama selepas itu dari bawah selimut Lamijah menjalar beberapa ekor lipan bara menerpa mahu menerkam Fakeh Sibin. Tidak bertangguh Fakeh Sibin menggunting lipan-lipan berkenaan sehingga terputus dua. Bangkai lipan berkenaan dimasukkan ke dalam kain kasa yang dibentangnya di lantai. Sementara menunggu bencana lain, Fakeh Sibin terus membacakan surah al-lkhlas itu tidak henti-henti. Belum pun dia habiskan 300 kali, beberapa ekor bubuk keluar dari hidung Lamijah berterbangan membawa debu hitam. Tetapi semuanya jatuh ke atas kain kasa hingga tercacak di hujung mata jarum yang berceracak.

Hampir jam 3.00 pagi, Fakeh Sibin masih juga duduk di tikar sembahyang amalkan membaca surah al-Ikhlas itu tidak henti-henti. Ketika ini berpuluh-puluh ekor rama-rama hitarn berterbangan di dalam bilik menerpa ke api pelita yang terpasang di tepi dinding.
Tetapi rama-rama itu menggelepar jatuh di hadapan Fakeh Sibin, lantas sahaja digunting olehnya sampai terputus dua. Bangkai rama-rama itu juga dimasukkan ke dalam kain kasa yang terbentang. Sebaik sahaja Fakeh Sibin membungkus kain kasa tersebut, tiba-tiba sahaja di penjuru bilik puteri susuk emas menjelma.

Terlalu marah dia merenung Fakeh Sibin dengan tidak berkedip mata tercegat bercekak pinggang. Lama dia berdiri di penjuru bilik ini lama kelamaan puteri susuk emas termengah-mengah menyebabkan mukanya berkedut hodoh.

"Oh, kau nak pisahkan aku dengan Lamijah!" gerutunya melepaskan geram yang mendongkol di hati. Kalaulah dia boleh menerkam, memang tidak bertangguh dia akan menyerbu lelaki itu. Tetapi Fakeh Sibin tidak hiraukan puteri susuk emas itu. Dia terus membacakan surah al-Ikhlas tidak henti-henti hingga terasa seluruh tubuhnya cair seperti lilin terbakar.

tgoop.com/BercakapDenganJin/6349
Create:
Last Update:

BY Kisah Seram www.tgoop.com/BercakapDenganJin

Share with your friend now:
tgoop.com/BercakapDenganJin/6349

View MORE
Open in Telegram

Telegram News

Date: |

Administrators “Hey degen, are you stressed? Just let it all out,” he wrote, along with a link to join the group. 2How to set up a Telegram channel? (A step-by-step tutorial) Members can post their voice notes of themselves screaming. Interestingly, the group doesn’t allow to post anything else which might lead to an instant ban. As of now, there are more than 330 members in the group. Content is editable within two days of publishing
from us

Telegram Kisah Seram www.tgoop.com/BercakapDenganJin
FROM American