tgoop.com/Deepke/86776
Last Update:
*MISI MEMBURU LAILATUL QADAR DALAM 10 MALAM AKHIR RAMADAN 2024*
Keistimewaan Lailatul Qadar antaranya:
🌕Malam lebih baik daripada 1000 bulan
🌕Malaikat Jibril turun bersama para malaikat membawa rahmat dengan perintah Allah SWT.
🌕Orang yang menghidupkan malam ini akan diampuni dosanya oleh Allah SWT.
🌕Mendapatkan keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga terbitnya fajar.
Antara amalan yang boleh kita gandakan iaitu:
1) Banyakkan membaca al-Quran
2) Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa
3) Beri’tikaf di Masjid
4) Solat Tarawih dan Qiyamullail
5) Banyakkan bersedekah
Semoga kita semua peroleh kemenangan bertemu malam Lailatul Qadar
*MALAM LEBIH BAIK DARI 1,000 BULAN* 🌙
_Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar, Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu? *Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan”*_ (al-Qadr: 1-3)
@Deepke
BY ーׁ̫🔪🌶 Diary Islamic 🥵 ‹𝟹 ><
Share with your friend now:
tgoop.com/Deepke/86776