tgoop.com/DrZaharuddinGroup/4419
Last Update:
Sekiranya mana-mana orang Islam yang menjual saham pegangan mereka, sama ada yang dipegang lama atau pendek.
Bagi saham yang dipegang secara jangka pendek (active trader), seluruh nilai saham dianggap 'urud tijarah maka hendaklah dinilaikan keseluruhan harga saham ( x harga terendah saham pada tahun tersebut) dan kemudian dikeluarkan zakat 2.5 % dari nilainya.
Manakala jika saham yang disimpan jangka panjang, menurut sebahagian ulama, hendaklah dikira zakat pada dividennya sahaja dan bukan modalnya.
Namun sebahagian ijtihad lagi menyebut, tetap dibayar keseluruhan nilai juga termasuk dividen pada setiap tahun x 2.5 %.
Manakala, jika saham simpanan jangka panjang itu DIJUAL habis, HENDAKLAH dibayar zakat saham berdasarkan keseluruhan nilai jualan tersebut (jika cukup nisab) dan DITOLAK harga belian asal. Sebagai contoh jika nilai jualan RM 400 juta dan katalah harga belian asalnya adalah RM 100 juta, maka jumlah zakat payable adalah RM 300 juta. Justeru 2.5 % x RM 300 juta adalah RM 7.5 juta sahaja zakat yang perlu dibayar.
Manakala cukai pula dikira secara berasingan.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jom sertai group saya di
https://www.tgoop.com/DrZaharuddinGroup
BY DrZaharuddin Group
Share with your friend now:
tgoop.com/DrZaharuddinGroup/4419