tgoop.com/FOKUSplus/1186
Last Update:
Kerjasama British dan Kongsi Gelap Cina dalam Perang Kelang
1)Peristiwa Perang Kelang merupakan peristiwa yang paling penting dalam memahami bagaimana British mampu mengambil alih bandaraya Kuala Lumpur daripada Selangor. Pemisahan sesebuah bandaraya daripada negeri yang mempunyai sistem kesultanan menunjukkan perbezaan yang amat ketara dari segi pembangunan serta pemilikan modal dalam bandar tersebut.
2)Ketika Sultan Abdul Samad menjadi Sultan Selangor keempat, Selangor terutama daerah Kelang telah mengalami transformasi industri perlombongan yang radikal terutama dalam aspek penerimaan pelaburan luar daripada penjajah British dan kapitalis Cina.
3) Perubahan ini berlaku disebabkan oleh campur tangan secara langsung daripada British menerusi Enakmen Negeri- Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1877 yang membenarkan perlantikan Residen British di Selangor. Dengan galakan serta dasar terbuka Sultan Abdul Samad kepada pelabur dan buruh luar, penguasa lombong Melayu seperti Sutan Puasa dan Raja Abdullah telah membawa masuk buruh Cina yang akhirnya membuka peluang kepada kemasukan dan penguasaan komuniti Cina di kawasan Kelang dan juga Ampang.
4) Semasa Perang Kelang yang bermula pada tahun 1867 hingga tahun 1873, British dan juga kapitan Cina telah campur tangan sehingga akhirnya menjatuhkan daerah Kelang, seterusnya Selangor ke dalam jajahan takluk British. Tengku Kudin, kerabat diraja Kedah yang dilantik oleh Sultan Abdul Samad telah mengadakan pakatan dengan British untuk menjatuhkan Raja Mahadi dalam perang saudara tersebut. Kongsi Gelap Cina juga turut terlibat dengan berlakunya pertelingkahan antara Kongsi Gelap Hai San dan Ghee Hin, serta campur tangan Yap Ah Loy sebagai kapitan Cina. Ketiga- tiga pihak berkepentingan – kerabat diraja Selangor, British dan kongsi gelap Cina kesemuanya berkehendakkan kepada Selangor, salah satu kawasan strategik yang memiliki kekayaan Tanah Melayu ketika itu.
5) Kesan daripada perang saudara ini, British berjaya meletakkan residen mereka yang pertama di Selangor, J. G. Davidson dan Frank Swettenham sebagai penolong residen. Secara rasminya Selangor sudah berada dalam sistem penjajahan British di Tanah Melayu.
6) Perlantikan Residen dan Penolong Residen British di Selangor tidak dibantah oleh kapitan Cina serta komuniti pelombong Cina di sekitar negeri tersebut. Rupert Emerson dalam catatannya ada mengatakan yang Gabenor British “berasa yakin bahawa orang Cina tidak perlu dipertimbangkan kerana mereka bersedia sahaja untuk menurut apa jua sistem kerajaan asalkan tidak menindas dan memberi peluang yang muhasabah kepada cara kehidupan mereka” .
7) Buktinya, kapitan Cina dibenarkan untuk mengekalkan pemilikan mereka ke atas beberapa lombong di Selangor, serta dilantik secara rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri . Tindakan ini boleh digambarkan sebagai “ganjaran” kepada mereka yang sudi bersekongkol dengan pihak British dalam meluaskan tanah jajahan mereka secara rasminya.
Link buku: https://vt.tiktok.com/ZS2RSWGYj/
BY FOKUS+
Share with your friend now:
tgoop.com/FOKUSplus/1186