tgoop.com/FreeToDreamSH/500
Last Update:
Pagi ni ambe nak share something. Maybe benda ni ramai dah yang tahu. Cuma ini apa yang ambe dah lalui. Moga dapat beri manfaat pada semua yang baca ni.
Kekuatan sebuah doa. Ramai kalangan kita termasuk ambe sendiri kadang-kadang tak sabar dalam berdoa. Bila dah berdoa dalam satu tempoh tapi hajat kita masih tak dimakbulkan. Kita mula rasa down, mula rasa tak bermaya nak doa sungguh-sungguh macam masa awal-awal kita duk doa.
Memang sifat manusia ni gitu. Dia nak Allah makbulkan doa dia cepat-cepat. Bila doa dia tu masih belum makbul dia start cari makhluk untuk minta tolong supaya hajat dia tu ditunaikan. Dia mula hilang keyakinan kepada Yang Maha memakbulkan doa.
Ambe sendiri pernah melalui situasi gini berkali-kali. Ambe tak malu nak bagitahu, sebab ambe tak mau sahabat-sahabat semua alami situasi yang sama macam ambe.
Sebenarnya, cukupkah berdoa sahaja??
Jawab Iman Syafie:
Adakah kamu menggangap kecil dan rendah pada sebuah doa? Padahal kamu tidak mengetahui kekuatan sebuah doa itu. Boleh berdoa diwaktu siang dan malam. Doa yang masuk ke dalam jiwa mereka adalah bagai anak panah menembusi tubuh.
Apabila kita berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh istiqamah, dengan penuh pengharapan sebagai seorang hamba. Allah akan cukupkan apa yang kita perlukan dulu. Dia tangguhkan hajat kita dulu. Nak tengok sejauh mana kita betul-betul berharap hanya pada Dia.
Dan doa yang lalai ni Allah tak terima. Contohnya doa dibaca dengan rasa ngatuk. Bercakap-cakap lagi masa imam duk doa kat depan, tadah tangan tapi mulut duk sembang dengan orang sebelah, apa benda yang di aminkan kita pun tak tahu. Sedar-sedar habis dah eh doa tu. Tak fokus langsung masa berdoa.
Kita bila doa time masuk part hajat kita je, baru kita fokus. Doa semata-mata kerana dunia. Doa macam ini sukar untuk kita rasa nikmat nya meminta hanya pada Allah swt.
Try la ubah ya sahabat. Doa dulu sungguh-sungguh baru kita usaha. Bukan usaha dulu baru kita doa. Mintak dulu pada yang Maha menguruskan urusan kita. Lepas tu baru kita usaha sebagai seorang hamba Nya.
Yang paling penting sekali istiqamah. Cuba lagi, lagi dan lagi. Makin besar ujian yang datang, makin kita jangan stop doa tu. Teruskan dan teruskan. Sebab itu tanda doa anda semakin dekat. Tingkatkan amalan sedikit demi sedikit. In shaa Allah kita pasti jumpa jawapan dia tak lama lagi.
Jangan putus asa ya sahabat semua. 🔥💪🔥. 🤲😊
https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
BY Shah Hamzah

Share with your friend now:
tgoop.com/FreeToDreamSH/500