Telegram Web
Kepada mereka yang ingin bangkit di bulan October ini.

Ini 10 kata-kata semangat untuk anda.💪🔥💪


1. BERSIAP UNTUK HARI ESOK
Buat kejutan pada diri sendiri, lakukan yang terbaik . Seakan esok Kita boleh buat sale 5 Angka .


2. BERSENANG- SENANG DALAM PEKERJAAN
Buat sesuatu dengan IKHLAS . Lupakan perkara yang Negatif, jauhi orang sekeliling yang berfikiran Negatif.


3. FOKUS PADA TUJUAN
Apa tujuanku Hari ini ?
Apa tujuan hidupku?
Jangan biar Masa anda berlalu tanpa tujuan . Gunakan sebaik yang mungkin .


4. RASAI SETIAP SAAT SANGAT BERMAKNA
Yakin pada diri sendiri yang hari ini penuh BERMAKNA dan ingin lakukan sesuatu kebaikan pada diri dan orang sekeliling .


5. JANGAN KATAKAN MUNGKIN / BOLEH KE
Elakkan berkata "mungkin ke aku boleh melakukannya" / "boleh KE buat macam tu? Macam tak boleh je" .
Katakan Saya mesti lakukannya , Saya pasti boleh . Kena Ada kata Motivasi Dalam hati .


6. BERUBAHLAH HINGGA MENJADI SEMPURNA
Lakukan sesuatu Sehingga habis habisan jangan separuh jalan .


7. BERHENTI BERFIKIR SEMUA JADI SUSAH
Hidup ini sederhana Dan mudah . Gagal sekali Dan kamu Cuba lagi . Jadi kamu akan tidak ulang lagi perkara yang menggagalkan tadi .


8. HARGAILAH DIRI SENDIRI
Hargailah Usaha yang telah kamu lakukan , jangan mudah Rasa kecewa , Dan Rasa
"DOWN"


9. JANGAN MENUNGGU PELUANG
Peluang yang di depan Mata tidak Akan berulang-ulang . Rebut Peluang yang Ada , yakini Kita boleh melakukannya.

10. JANGAN MENUNGGU MASA
Orang yang BERJAYA selalu memiliki keinginan untuk terus bergerak . Mereka tidak akan menunggu hingga waktunya sampai .

Semoga bermanfaat untuk anda. Jom bangkit! 🔥💪🔥

#BolehSangatNakShare


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
12 PELABURAN YANG PASTI MENGUNTUNGKAN :

1. Solat Awal Waktu

~ Anda perasan atau tidak, setiap kali bila anda selesaikan solat terlebih dahulu, anda boleh rasakan waktu itu seperti menjadi lama.Sesibuk macamana anda waktu itu, jika anda sudah tunaikan solat, anda akan dapati segala urusan anda dipermudahkan. Bila urusan mudah, rezeki datang pun mudah.

2. Rajin Bersedekah

~ Ini adalah amalan wajib kalau anda nak berubah. Jika tak ada duit yang banyak , sedekahlah ikut kemampuan. Jika tak ada duit pun sedekahlah kudrat tenaga. Jika tak mampu nak sedekah kudrat tenaga, sedekahlah senyuman. Jika tak mampu nak sedekah senyuman, sedekahkan niat doa dalam hati. Sedekah ini adalah bagi orang yang hilang upaya.

3. Rajin tolong orang.

~ Orang yang kaya dan mendapat rezeki berlimpah ruah adalah orang yang rajin tolong orang. Yang suka ketengah bantu masyarakat. Tolong dalam apa jua hal. Baik tolong dengan tenaga, tolong dengan ilmu, tolong dengan wang ringgit. Bila anda membantu makhluk Allah, Allah akan bantu anda.

4. Selawat 1000 kali kepada Nabi Muhammad SAW

~ Apakah amalan yang Allah dan malaikat lakukan ? Jawapannya adalah selawat. Dalam Al Quran ada menyatakan Allah dan Malaikat berselawat ke atas Nabi. Ini kita HambaNya tidak berselawat dan itu sudah menunjukkan kepelikan. Jika mengamalkan 1 kali Selawat, Allah dan malaikat akan berselawat ke atas kita 10 kali ganda. Jika 1000 kali selawat berapa pula Allah dan Malaikat berselawat kepada kita ?

5. Rajin Buang Sampah dan Halangan di Jalan Raya.

~ amalan kebersihan dan membantu memudahkan urusan orang lain amat disukai Allah. BIla Allah suka, kita mohon rezeki Allah makbulkan dengan segera.

6. Tidak mengungkit pemberian.

~ Anggaplah setiap kali pemberian anda adalah ikhlas. Dan jika boleh , anggaplah hutang yang anda berikan pun kira sedekah.

7. Suka menyampaikan Ilmu walaupun sedikit.

~ Anda jika nak belajar dipanggil INPUT. Jika mengajar dipanggil OUTPUT. Anda akan belajar lebih banyak jika anda banyak kali output. Bayangkan kalau kita tarik nafas sahaja dan tidak hembus nafas apa akan jadi ?

8. Baca Surah Al Waqiah

~ Amalkan baca surah ini setiap hari . Waktunya semasa lepas Dhuha atau sebelum tidur

9. Rajin berpuasa Sunat

~ Bila rajin berpuasa, ketika itu barulah roh kita yang makan sebenarnya. Bila roh besar, magnet tarikan tenaga positif menjadi kuat. Ini termasuklah magnet menarik tenaga kerezekian.

10. Istighfar 100 kali.

~ Kita terlalu banyak tidak berlaku adil kepada Allah. Kebanyakannya pekara yang kita tidak sedari membuatkan Allah murka kepada kita. Jadi amalkan istighfar 100 kali setiap hari untuk mengharap keampunan daripadaNya. Bila Allah redha, Allah akan makbulkan permintaan kita.

11. Jangan buat mak ayah kita marah

~ Selagi mak ayah kita ada dalam dunia ini, kita perlu bersabar dan memberi yang terbaik kepada mereka. Kerana mereka telah banyak menghabiskan jiwa raga mereka kepada kita.

12. Niat Cari Rezeki Kerana Allah.

~ Jika kita mempunyai niat setiap kali pekerjaan kita adalah niat kerana Allah, ia akan secara automatik menjadi ibadah. Walaupun kita bekerja sebagai pemandu teksi, setiap pekerjaan kita adalah jihad ekonomi (ibadah ). Dapat rezeki dan dapat pahala. Begitu juga dengan posmen, askar , polis , guru, peguam , doktor.


Ayuh kita sama-sama mengamalkannya.


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
kalau Kita ini berani doa untuk kekayaan, jangan mengeluh bila datang kerja banyak.

Kalau kita berani doa untuk kebahagian, jangan mengeluh ditimpa ujian.

Allah makbulkan doa kita dengan cara Nya.❤️

#PesananDiriSendiri


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Allah akan tiupkan kekuatan kepada kita melalui ujian-ujian yang datang.

Allah tangguhkan sesuatu impian untuk didik kita bersabar.

Allah ambil sesuatu daripada kita untuk didik redha.

Dah sampai masa nanti, Dia beri sesuatu yang paling indah sebagai ganjaran.

So bertenanglah, sungguh Dia menyukai orang-orang yang SABAR.❤️

#PesananDiriSendiri
#KitaJagaKita
#BolehShare


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Imam Hasan Al-Basri berkata:

1. Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Oleh kerana itulah hatiku merasa tenang.

2. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Oleh kerana itulah aku sendiri yang sibuk mengerjakannya.

3. Aku tahu Allah selalu mengawasiku. Oleh kerana itulah aku selalu merasa malu bila Dia melihatku dalam keadaan bermaksiat.

4. Dan aku tahu kematian itu telah menantiku. Oleh kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Rabb-ku.

Dapat sesuatu?


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
MUNGKIN ALLAH SUDAH BOSAN DENGAN KAU...

Seorang pemandu grab bertanya pada seorang Ustaz yang kebetulan jadi penumpang nya hari itu.

"Ustaz, kenapa ya. Saya merasa susah dan penuh masalah. Cari rezeki sulit, cari penumpang susah, pendapatan semakin kecil, hutang keliling pinggang pun tidak terbayar, masa depan saya semakin suram ustaz 😢 .

Saya juga merasa penat dengan hidup saya yang tiada kemajuan..! Terasa hambar, tak ada arahnya, dan tak ada nikmatnya. Bosan saya ustaz. Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sekali ya?

"Oooo..! Mungkin saat ini Allah BOSAN dengan kau.”

"Hahh! Allah bosan dengan saya ? Maksudnya bagaimana ustaz?", tanya si pemandu grab.

"Mungkin Malaikat Rahmat penat mencari nak... Sebab dicari kesana kemari tapi tak pernah dijumpai."

Setelah berhenti sejenak, ustaz tersebut melanjutkan,

"Kamu dicari oleh Allah di antara kumpulan orang yang solat berjamaah di masjid, tidak ada.

Dicari di antara kumpulan DHUHA, kamu juga tak ada.

Dicari di antara kumpulan TAHAJJUD juga tak ada
Dicari di antara kumpulan PUASA sunah tak ada

Dicari di antara kumpulan SEDEKAH juga tak kelihatan batang hidungmu.

Dicari di antara kumpulan TADARUSAN Qur'an, kamu juga tak nampak di sana.

Dicari di antara kumpulan orang orang yang Umrah, Niat pun tidak ada.

Pemandu grab itu diam menunduk, ia merasa seperti ada sesuatu dibenak hatinya.

Si ustaz melanjutkan...

"kamu dicari Allah di antara orang² yang tepat waktu SOLATNYA, juga tak ada. Malah solat di kerjakan paling belakang dibanding kegiatan lainnya.

Memangnya siapa yang memberimu waktu dan umur?

Dicari di antara ahli SELAWAT pun tak ada.

Dicari di antara yang MENUNTUT ILMU (agama/pengajian/ta'lim), juga tak ada.

Dicari di antara orang yang mengamalkan dan menegakkan SILATURRAHIM, kamu juga tak ada., asyik beralasan sibuk... asyik penat... itu ini yg kurang manfaat

Terus Allah mau mencari di mana lagi? Cuba beritahu nak...

Pemandu grab diam membisu .

"Jawablah ... jangan diam je"

Maka, menangislah si pemandu tadi. Sambil mengesat airmatanya yg bercucuran, seperti cucuran air hujan... bocor lalu ia ber Istighfar...

“Taubat.... Ustaz... Saya Taubat...”

Hidup itu sederhana nak, kalau kita utamakan Allah, DIA juga utamakan kita. Semoga kita betulkan diri, selagi masih ada waktu.. terus menerus perbetulkan diri... Semoga Allah mengampuni dosa2 kita dan menerima taubat kita.

Dahulukan hak Allah, pasti ada rahmatNya

Kredit - Bai Haqi

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Kita tak mampu kawal perasaan orang terhadap kita, tapi kita

mampu kawal perasaan kita terhadap diri kita.
Always starts with loving yourself first. Dengan mencintai diri kita, Eventually orang akan mula sayang diri kita.

Never put yourself in the position where you feels bad about yourself. Jangan pernah letak diri anda di posisi dimana anda rasa diri anda teruk, hina dan tak berguna, powerless.

Once you put yourself in that positions. Everything around you will starts to crumble. Piece by piece.
Bila anda letak diri anda di posisi tersebut, semua benda sekeliling anda akan mula hancur satu per satu.

Sekarang anda sudah jadi Mangsa pada Emosi anda sendiri. Hati- hati.

Kita bertanggungjawab terhadap emosi kita. Dunia di luar boleh jadi kucar kacir, huru hara, itu luar kuasa kita. Tapi Dunia di dalam kita, itu pilihan kita. Samaada kita nak terkesan dengan dunia luar atau kita yang kawal dunia dalam kita.

Pepatah Africa ada sebut “If there’s no enemy within, the enemy outside can do us no harm.”
“Bila tiada musuh di dalam, musuh di luar, takkan mampu apa-apa kan kita.”
Faham?

Suami teruk, Bos teruk, rakan kerja teruk, anak-anak buat hal. Itu semua luaran. Yang kita ada 100% kuasa untuk kawal ialah dalaman kita.

Pepatah Alim mengatakan, “Dulu aku bijak, aku nak mengubah dunia, sekarang aku lebih cerdik, aku nak mengubah diriku.”
Moga belajar sesuatu.

#Share Moga Bermanfaat.


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Meh pagi-pagi ni, kita pakat baca sama-sama ya.😊

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
JOM TARIK REZEKI DENGAN CARA ALLAH

Khas untuk yg tedesak nak sangat duit hari ni.

So sila buat ni :

Baca 'Ya Fattah' 3000 kali hari ni dan baca doa yg cikgu karang 41 kali baca hari ni.

Rasai keajaiban dari Allah yang penting buat penuh yakin 100%.

Jom baca doa di bawah ni :

DOA REZEKI MELIMPAH RUAH DAN RASA DI HATI DOA INI SEBAB CIKGU MENGARANG DOA INI DENGAN PENUH SYAHDU☺️

Caranya sebelum berdoa :

1. Baca selawat 10 kali
2. Istighfar 3 kali
3. Baca doa ini :

"Ya Allah Ya Fattah,

Wahai Tuhan yang Maha Memberi Rezeki, yang mempunyai kekuatan, lagi sangat kukuh.
Berilah aku rezeki.

Ya Allah Engkau Maha Kaya, aku memohon rezeki dariMu bukan dari manusia.

Aku lemah Ya Allah,datangkanlah rezeki ke akaun bank ku bertalu talu dan limpahkanlah rezeki ku melimpah limpah ruah dan datangkanlah rezeki tak di sangka sangka dalam hidup ku dalam masa terdekat ini."

"Ya Allah keluarkn aura negetif dalam diri ku dan dan datang kanlah aura positif dalam diri ku,kuatkan imanku Ya Allah,jauhilah aku dari malapetaka dan bencana dan teguhkan imanku Ya Allah.

Ya Allah,lembutknlah hati ku menjadi hamba mu yang soleh.

Lembutkanlah hati hati orang orang yang ku sayang menjadi hamba mu yg soleh.

Datangkan aura positif pada diri ku dan datangkanlah orang yang baik baik dalam hidup ku .

Jauhkan aku daripada penyakit yang bahaya dan panjangkanlah umur ku dan umur keluarga ku.
Selamatkanlah aku daripada malapetaka dan bencana. Amin Ya Allah Ya Mujib."

4. Tutup doa dengan selawat 10 kali.

Moga manfaat baca lah doa ni bila² masa je bukan skop lepas solat je, kerana berdoa boleh baca bila² masa je. Baca lah doa ni banyak kali dalam sehari.

Moga rezeki kalian melimpah ruah lepas ini.

P/s : Baca doa ni dalam sehari baca 41 kali baru makbul.

Kredit yg mengarang : Cikgu Ida

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Sedih nak bagitau..

Hakikatnya sekarang ni ramai orang yang miskin jiwa. Miskin jiwa ni pula boleh bawa kepada miskin harta dan susah nak masuk Syurga.

Apa tanda miskin jiwa?

1. Dengki dan sakit hati bila lihat orang lain lebih senang daripada dia. Sepatutnya buat baik dan belajar, bukannya dengki dan menjauhkan diri.

2. Susah nak terima teguran. Dia rasa takda apa yang perlu dia ubah sebab dia sentiasa betul.

3. Tak rasa bersalah tak bayar hutang. Dia rasa lambat lagi nak mati, so boleh tangguh-tangguh lagi.

4. Suka meminta-minta. Bila dah dapat, rasa diri hebat sebab berjaya ambil kesempatan kepada orang lain.

5. Suka bersangka buruk dengan orang lain. Malah bercakap dan mengumpat kat belakang bila ada sangkaan-sangkaan tu, bukannya nak tanya tuan punya diri. Ni boleh jadi fitnah tau!

6. Tidak menghargai ilmu. Bila ada bayaran, dikatanya mahal. Bila bagi free, dikatanya takda value. Apa yang kau nak sebenarnya? Haha.

7. Terus rasa ilmu tu tak bagus bila buat tak jadi. Sepatutnya buat sampai jadi dan sentiasa tawakkal kepada Allah, barulah betul!

Semua yang di atas tidak saya tujukan kepada sesiapa.

Ia bertujuan sebagai peringatan sahaja, buat diri sendiri dan semua.

Kalau sifat tu ada, ubahlah.

Kalau takda, alhamdulillah.

Moga Allah kurniakan kita jiwa yang kaya lalu menjadi asbab untuk kita bahagia sampai ke Syurga. Aamin!

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh.
Perkara paling berharga bagi manusia
(Supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan)

Ada masa,
Seorang yang kematian isteri,
boleh cari isteri Yang lain.

Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak Yang lain.

Seorang yang Rumahnya terbakar, boleh cari Rumah yang lain.

Seorang yang Perniagaannya bankrap, Boleh bina perniagaan yng lain.

Tetapi seorang yang telah Berlalu masanya, masa itu tak Dapat diganti semula. Masa Yang berlalu akan terus pergi Buat selama-lamanya.

Jadi masa itu ialah umur kita,
berlalunya masa maka
Bertambahlah umur kita,

Dan maka itu jugalah makin singkat Hidup kita.
Dalam umur yang semakin pendek dan sedikit,

Iman dan amal perlu diusahakan,
kerana selepas tamatnya Masa dan umur untuk mendiami dunia ini,

Tiada apa yang Lebih bernilai dari iman Dan amal,
Ada harta yang banyak,
Akan jadi hak orang lain,
Ada rumah yang besar akan jadi Milik Orang lain,
Ada kereta yang mahal dan mewah akan Dapat pemilik baru,

Dan kemungkinan juga ada isteri yang Cantik pon akan jadi hak orang lain.

Maka sedarlah hanya Iman dan amal sahaja yang bernilai.

Allahuakbar 😭
Muhasabah diri sendiri
Petang ini.

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Kenapa hidup aku macam ini?

Ada antara kita bangun pagi tak ingat Allah, tak bersyukur, buat-buat tak ingat nak semayang subuh, kelam kabut sekali ni, siap-siap pergi terus kerja.

On the way tu pulak, tengah drive jumpa dengan jem. Berasa nak marah pulak, maki sana maki sini. Kadang-kadang siap sumpah orang lagi.

Sampai je jabat lewat dah. Punchcard pun dah merah sebab lambat. Bertambah lagi la rasa nak marah tu.

Bila start buat kerja kat office. Semua benda tiba-tiba jadi tak kena. Boss marah la, klien bluetick la, rakan-rakan kerja buat hal la. Makin tambah stress makin jadi tak tentu hala masa tu.

Masuk waktu lunch pukul 1, pergi makan sampai kenyang perut. Sebab banyak sangat benda tak jadi hari ni, makan la kita sepuas-puasnya.

Lepas dah kenyang scroll fb baca semua newsfeed tengok semua video yang lalu satu demi satu. tup tup habis pukul 2. Masuk semula pejabat, solat zohor pula entah ke mana. Terus sambung buat kerja.

Bila jam 5, kita pun balik. Hadap sekali lagi jem. Maki sana maki sini, sumpah sana sumpah sini. Barulah sampai ke rumah. Sampai-sampai rumah dah dekat pukul 7. Duduk rehat sekejap, bungi azan magrib. Tepuk dahi, alamak asar!!

Begitu lah rutin harian yang berlaku, solat-solat yang diwajibkan tu kita remehkan, kita sengaja tinggalkan kerana dahulukan dunia.

Lepas tu kita sibuk tanya Allah,
“Kenapa hidup aku tak terurus?”
“kanapa aku je yang selalu kena uji?”
“Kenapa hidup aku tak macam orang lain?”

Berani pula kita tanya macam tu kan?

Apa yang jadi dalam hidup kite ni. Bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan diri kita sendiri. Jadi rebut lah peluang dan masa yang masih ada ni. Jangan kita sia-siakan lagi.😊

#PesananaIkhlasDariHati
#BolehKlikShare

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Saya cukup marah kalau orang kata.. berusaha dulu baru berdoa... :3
.
.
Ianya Salah.
.
.
Sebetulnya, berdoa dulu baru usaha.
.
Tugas kita sebagai manusia ada dua iaitu
1) Hamba Allah. (DOA) (maksudnya kita ni bergantung pada ALLAH dulu apa-apa hal, berserah diri, tanda kita hamba yang lemah)
2) Khalifah. (USAHA) (maksudnya tugas kita memakmurkan alam)
.
Contoh kita naik kereta.
.
Kita sebagai Hambanya... Berserah diri dulu kepadaNYA baru kita berhati-hati bawak kereta.
.
.
Begini... Okey.. masuk kereta...
Kita berdoa dulu ke, gerak dulu baru kita doa?
.
.
Mesti kita doa dulu baru kita gerak kan? Itulah konsep hamba. Berserah, sebab kita tahu hanya dengan izin ALLAH baru kita boleh selamat dalam perjalanan atau sebaliknya kan?
.
.
Okey dah selesai doa, barulah kita berusaha. Iaitu menjalankan tanggungjawab kedua iaitu sebagai khalifah. Yang mana memakmurkan alam. Maksudnya dari sudut bawak kereta ni.. iaitu dengan memakmurkan jalan raya tu dengan cara bawak kete tu hati-hati, memandu berhemah, pandu cermat tak potong orang, tak hon orang. Tak langgar lampu isyarat. gituuu...
.
.
.
Konsep usaha dulu baru doa tak boleh pakai dah sekarang.
.
.
Dan lagipun kuasa doa tu mengatasi segala kuasa yang lain. Ada seorang miskin tu, rasanya ramai yang tahu kisah ni yang mana siang malam berdoa mengharapkan seorang doktor ternama datang ke rumah beliau untuk merawat ahli keluarganya yang sakit. Dia orang miskin aje, mana mampu nak biayai doktor tu.. lagipun nak jumpa doktor tu jauh satu hal. Dia takdalah gigih pergi usaha cari doktor tu sampai tempatnya atau sana-sini.. Dia hanya berdoa pada ALLAH agar suatu hari nanti doktor tu boleh rawat penyakit yang dikatakan pakar merawat tu.
.
.
Hasil doa, ALLAH makbul permintaan dia, dengan menangguhkan penerbangan doktor tu, ribut petir bagai, dan dengan izin ALLAH, doktor tu bermalam dirumah si miskin tu tanpa tahu siapa sebenarnya doktor tu. iaitu orang yang dia duk sebut siang malam dalam doa. :3
.
Bila berdoa, in shaa ALLAH permintaan kita dimakbulkan. Dengan syarat mesti yakin dan penuh khusyuk. Jika berusaha, belum tentu kita dapat apa yang kita nak walaupun habis kederat. :3
.
nampak tak kuasa doa? Jadi tunggu apa lagi? Berdoalah. :3
.
dan jangan lupa... Doa dan usaha duanya sama penting. tugas kita yang kedua iaitu khalifah adalah berusaha. Jadi seimbangkan doa dan usaha. :)
.
Boleh?
heeee :3

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
5 CARA MUDAH UNTUK MULA BERNIAGA

1. PROMOTE DI GROUP WHATSAPP

Postkan bahan2 iklan contoh gambar atau copywritting di semua group yang kita ada. Kalau kita ada 5 group yang ada 100 orang dalam setiap group, anda dah ada 500 orang yang nampak apa anda cuba menjual. Takkan 1 pun tak ada yang membeli? Kalau bukan harini mungkin esok lusa. Dan mereka jugak akan bagitahu org sekeliling mereka bahawasanya anda dah mula berniaga produk ......

2. POST DI INSTAGRAM ANDA

postkan produk anda di instagram anda. Kalau sass, sass akan post di WALL ataupun STORIES IG anda. Pastikan anda buat everyday supaya follower2 anda tahu apa yg anda sedang bisnes.

3. POSTKAN DI FACEBOOK

Post setiap hari berkenaan produk anda di fb wall anda. Untuk nampak lebih meriah anda boleh share anda punya postingn tu di setiap group yang anda likes. Kalau sass, sass akan disiplinkan diri untuk post berkenaan produk saya di 50 group setiap hari. Cuba anda bayangkan kalau 1 group ada 50k member. (50 group c 50k members = 2.5 juta orang nampak produk anda tanpa anda keluarkan apa2 cost marketing pun!

4. POSTKAN DI TWITTER

Twitter adalah satu tempat yang sangat baik untuk viralkan produk yang kita jual. Mana tak ye twitterkan tmpt keyboard warrior! Hahah. So kalau anda pandai dalam buat ayat, buatlah satu ayat yang gempak untuk viralkan produk anda di twitter. Mungkin kali pertama tak menjadi, tapi anda tak tahu tweet mana satu yang akan pergi viral! Dont stop trying to tweet everyday.

5. PROMOTE DI TELEGRAM

Anda boleh buat channel telegram yang anda masukkan semua produk anda di channel tersebut. So anda lebih mudah nak promote produk anda. Everyday anda just promote link telegram anda sahaja tak payah promote gambar sebab org akan tngok gambar produk anda di telegram.

6. GUNAKAN KUASA MULUT KE MULUT

Ini adalah salah satu marketing yang terbaik, anda boleh promote dulu barang2 yang anda jual di kawan sekeliling anda, di family anda dan orang2 yang rapat dengan anda. Ia memudahkan pembelian kerana trust mereka kepada anda.

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Kuasa cinta ni memang luar biasa.

Dengan cinta manusia sanggup mengorbankan nyawa, harta malah agama.

Namun cinta tak salah. Yang salah adalah mencintai sesuatu yang salah.

Oleh itu, pilihlah cinta yang paling agung, iaitu cinta Allah!

Bagaimana nak bawa cinta ini kepada Allah?

Boleh amalkan doa ini setiap selepas solat Subuh.

InsyaAllah hidup kita akan lebih tenang, kaya dan berjaya sampai ke Syurga.

Aamin!

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
PESANAN UNTUK DIRI INI YANG SEDANG BERUBAH

Ambe nak share sikit pada semua pengalaman yang ambe lalui bila sedang berada dalam proses perubahan. Semoga dapat memberikan manfaat pada semua yang membaca.😊

Di saat kite decide untuk berubah, kite akan mula merasa seluruh dunia sekeliling mula tertawakan kite. Akan ada yang mula perkecilkan cita-cita yang kite nak capai. Satu demi satu sebab akan sampai pada kite untuk menidakkan perubahan yang sedang kite usahakan tu.

Dan jangan kejut, orang-orang yang datang pada kite tu kebanyakan nya mari daripada orang yang terdekat. Jika kite ambil secara positif la, actually mereka sayang dekat kite. Mereka tak nak kite gagal, tak nak kite kecewa di pertengahan jalan. So jangan ambil hati bila orang terdekat kite kurang bagi support bila kite nak berubah kepada sesuatu yang baru dan baik.

Setiap apa yang orang kata pada kite tu tak semestinya menggambarkan diri kite. Semua tu hanya pandangan mata mereka sahaja. Jika kite betul-betul percaya pada cita-cita kite ni, terus bergerak kedepan, terus upgrade diri kita dan always minta jalan hanya daripada Allah swt.

Walau berapa kali pun kita akan jatuh, setiap hari bangun always usaha buat yang terbaik. Terbaik dari diri kite sendiri. Jatuh itu perkara biasa dalam proses kite untuk berubah.

Mula-mula orang tak akan percaya pada kite, orang akan cuba back off daripada kite bila kita cuba berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Lumrah manusia untuk menerima sesuatu yang baru atau sesuatu bukan kebiasaan, adalah sangat susah.

Tapi once kite dah berjaya ubah dan berjaya capai satu demi satu cita-cita kite, orang akan mula appreciate kite. Begitulah nasihat seorang sahabat yang pernah ambe dengar,
“bila deme tak berjaya lagi, orang akan kate deme giler, tapi bila deme dah berjaya nanti orang akan kate deme ni genius”.

So andakah anda dah sedia nak berubah demi cita-cita anda?

Jika kite rasa perubahan dan impian yang kite sedang buat ini penting. Jom usahakan betul-betul, jangan malas dan jangan beralasan lagi!

Share pesanan ini kepada semua yang sedang berubah kepada lebih baik dan sedang mengejar cita-cita mereka. Semoga kite semua jangan mudah berputus asa.😊

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Pagi ni ambe nak share something. Maybe benda ni ramai dah yang tahu. Cuma ini apa yang ambe dah lalui. Moga dapat beri manfaat pada semua yang baca ni.

Kekuatan sebuah doa. Ramai kalangan kita termasuk ambe sendiri kadang-kadang tak sabar dalam berdoa. Bila dah berdoa dalam satu tempoh tapi hajat kita masih tak dimakbulkan. Kita mula rasa down, mula rasa tak bermaya nak doa sungguh-sungguh macam masa awal-awal kita duk doa.

Memang sifat manusia ni gitu. Dia nak Allah makbulkan doa dia cepat-cepat. Bila doa dia tu masih belum makbul dia start cari makhluk untuk minta tolong supaya hajat dia tu ditunaikan. Dia mula hilang keyakinan kepada Yang Maha memakbulkan doa.

Ambe sendiri pernah melalui situasi gini berkali-kali. Ambe tak malu nak bagitahu, sebab ambe tak mau sahabat-sahabat semua alami situasi yang sama macam ambe.

Sebenarnya, cukupkah berdoa sahaja??

Jawab Iman Syafie:
Adakah kamu menggangap kecil dan rendah pada sebuah doa? Padahal kamu tidak mengetahui kekuatan sebuah doa itu. Boleh berdoa diwaktu siang dan malam. Doa yang masuk ke dalam jiwa mereka adalah bagai anak panah menembusi tubuh.

Apabila kita berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh istiqamah, dengan penuh pengharapan sebagai seorang hamba. Allah akan cukupkan apa yang kita perlukan dulu. Dia tangguhkan hajat kita dulu. Nak tengok sejauh mana kita betul-betul berharap hanya pada Dia.

Dan doa yang lalai ni Allah tak terima. Contohnya doa dibaca dengan rasa ngatuk. Bercakap-cakap lagi masa imam duk doa kat depan, tadah tangan tapi mulut duk sembang dengan orang sebelah, apa benda yang di aminkan kita pun tak tahu. Sedar-sedar habis dah eh doa tu. Tak fokus langsung masa berdoa.

Kita bila doa time masuk part hajat kita je, baru kita fokus. Doa semata-mata kerana dunia. Doa macam ini sukar untuk kita rasa nikmat nya meminta hanya pada Allah swt.

Try la ubah ya sahabat. Doa dulu sungguh-sungguh baru kita usaha. Bukan usaha dulu baru kita doa. Mintak dulu pada yang Maha menguruskan urusan kita. Lepas tu baru kita usaha sebagai seorang hamba Nya.

Yang paling penting sekali istiqamah. Cuba lagi, lagi dan lagi. Makin besar ujian yang datang, makin kita jangan stop doa tu. Teruskan dan teruskan. Sebab itu tanda doa anda semakin dekat. Tingkatkan amalan sedikit demi sedikit. In shaa Allah kita pasti jumpa jawapan dia tak lama lagi.

Jangan putus asa ya sahabat semua. 🔥💪🔥. 🤲😊


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
KEHEBATAN ZIKIR AL WAHHAB

Zikir ini sangat hebat dan amat menakjubkan kalau kita senantiasa istiqomah beramal.

Cara beramal

1. Untuk mencari pekerjaan

Siapa yang berhajat untuk pekerjaan hendaklah ia mengamalkan solat sunat hajat 2 rakaat kemudian sujud dan membaca Ya Wahhab sebanyak 70 kali dan berdoalah hajat anda.

2. Supaya permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu. In shaa Allah permintaan akan diperkenankanNya jika dibaca 100 kali dengan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan. Dibaca 14 kali dalam sujud Solat Dhuha mudah mudah Allah kurniakan rezeki melimpah ruah dengan jalan tidak disangka sangka. Inshaa Allah
.
3. Menjauhi Kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali disujud terakhir solat zuhur, in shaa Allah anda tidak akan merasa lapar.

Di sini saya kongsikan hanya tiga kelebihan dan keutamaan zikir AL WAHHAB dan banyak lagi fadhilatnya.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada anda. Boleh disebarkan semoga ramai lagi mendapat manfaat daripadanya.

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Tips Rezeki Mudah Buat Peniaga Online

👉Jangan malu dengan apa yang kita sedang buat.
👉 Jangan sesekali mudah putus asa dengan apa yang org cakap. Anggap semua tu tak wujud.

👉 Kita promote seakan biar orang rasa annoying sebab post kita berderet ja keluar di newsfeed.
👉 Tanpa kita sedar ada saja orang yang tak disangka-sangka akan PM kita, akan whatsapp kita sebab berminat dgn barang yang kita jual. Rupa2nya mereka inilah yg senyap2 memerhati.

👉Memang benar, rezeki kita terselindung dan tak nampak.
👉Apa yang penting doa + usaha tanpa henti hingga menggapai segala impian.

Percayalah. Rezeki Allah itu luas & rezeki tidak pernah salah alamat selagi kita usaha. Man jadda Wajada. Itu janji Allah.

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
2025/03/01 05:54:46
Back to Top
HTML Embed Code: