tgoop.com/JiwaTarbawi/1302
Last Update:
وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ
“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.”
(HR. Bukhari, no. 6607)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda,
لاَ عَلَيْكُمْ أَنْ لاَ تُعْجَبُوا بِأَحَدٍ حَتَّى تَنْظُرُوا بِمَ يُخْتَمُ لَهُ فَإِنَّ الْعَامِلَ يَعْمَلُ زَمَاناً مِنْ عُمْرِهِ أَوْ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ صَالِحٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلاً سَيِّئاً وَإِنَّ الْعَبْدَ لِيَعْمَلُ الْبُرْهَةَ مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ سَيِّئٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ النَّارَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلاً صَالِحاً وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْراً اسْتَعْمَلَهُ قَبْلَ مَوْتِهِ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ « يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ.
(رواه أحمد )
“Janganlah kami kagum dengan amalan seseorang sampai kamu melihat amalan akhir hayatnya. Kerana mungkin saja seseorang beramal pada suatu waktu dengan amalan yang soleh, yang seandainya ia mati, maka ia akan masuk syurga. Akan tetapi, ia berubah dan mengamalkan perbuatan jelek. Mungkin saja seseorang beramal pada suatu waktu dengan suatu amalan jelek, yang seandainya ia mati, maka akan masuk neraka. Akan tetapi, ia berubah dan beramal dengan amalan soleh. Oleh kerananya, apabila Allah menginginkan satu kebaikan kepada seorang hamba, Allah akan menunjukinya sebelum ia meninggal.” Para sahabat bertanya,“Apa maksud menunjuki sebelum meninggal?” Nabi ﷺ menjawab, “iaitu memberikan ia taufik untuk beramal soleh dan mati dalam keadaan seperti itu.”
(HR. Ahmad)
Justeru, usahlah menghukum hidup orang lain. Hanya Allah yang tahu pengakhiran hidupnya. Bahkan sayugianya yang lebih utama ialah merasa bimbang dengan nasib diri sendiri di akhir penghidupan nanti yang tiada siapa yang tahu melainkan Dia jua.
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك
Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati! Tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan atas ketaatan kepadaMu.
ABi
BY Jiwa Tarbawi
Share with your friend now:
tgoop.com/JiwaTarbawi/1302