tgoop.com/JiwaTarbawi/1333
Last Update:
Tadabbur Diri 11
Yang nama manusiaitu memanglah sentiasa ada kelemahan. Ada kesilapan. Ada keaiban.
Namun, usahlah menjadi seorang yang suka memperaga dan menghina kelemahan, kesilapan dan keaiban orang lain.
Kerana kalaulah kelemahan, kesilapan dan keaibanmu diperlakukan sama, nescaya mungkin lebih besar dan buruk kesannya pada dirimu.
Justeru, sebagaimana engkau tidak suka kelemahan, kesilapan dan keaibanmu diperaga orang lain, maka usahlah kau lakukan terhadap orang lain.
Dari Anas bin Malik bahawa
Rasulullah ﷺ bersabda:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.
(HR Ibn Majah, 4392)
Rasulullah ﷺ juga bersabda,
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Dan barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.
(HR Tirmizi, 1346)
ABi
BY Jiwa Tarbawi
Share with your friend now:
tgoop.com/JiwaTarbawi/1333