JIWATARBAWI Telegram 1337
Tadabbur Diri 14

Perjalanan Ruhiyyah Seorang HAMBA

Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh aqabah ( pendakian) di sepanjang jalan sebagai seorang hamba ( ‘abid ) menuju keredhaan Allah SWT :

1) Aqabah ilmu dan Makrifat
‎(عقبة العلم والمعرفة)

Untuk menjalani jalan ibadah, seorang hamba wajib ( fardhu ‘ain) berbekalkan dengan ilmu-ilmu berikut :

a. Usuluddin atau aqidah iaitu Ilmu untuk mengenal Allah dan RasulNYA.

b. Feqah iaitu Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah (taklifi) khususnya pada persoalan ibadah.

c. Tasauf iaitu Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada amalan batinnya yakni kelakuan di dalam hati.

2) Aqabah Taubat
‎(عقبة التوبة )

Membersihkan jiwa daripada segala dosa melalui jalan taubat. Dosa yang sering merosakkan jiwa :

a. Dosa kepada Allah, disebabkan meninggalkan yang wajib dan mengerjakan yang haram.

b. Dosa pada makhluk. Manusia sering menganiaya dan menzalimi diri mereka, harta,ahli keluarga bahkan juga agama mereka sendiri.

Rukun taubat :

a. Menyesal daripada segala perbuatan maksiat dan mungkar.

b. Berazam untuk tidak mengulanginya.

c. Menunaikan semula segala kefardhuan yang ditinggalkan seperti solat dan yang lainnya.

d. Memohon keampunan dan kemaafan kepada semua pihak yang pernah dizalimi.

3) Aqabah Penghalang Ibadah
‎(عقبة العوائق )

a. Dunia , dihadapi dengan zuhud.
b. Manusia, hendaklah beruzlah daripada manusia yang merosakkan.
c. Syaitan hendaklah diperangi.
d. Nafsu , mestilah dikekang dengan takwa kepada Allah.

4) Aqabah Perintang Ibadah
‎( عقبة العوارض )

a. Rezeki , maka hendaklah tawakal yakni tetap yakin dengan janji rezeki dari Allah.

b. Khawathir (bahaya) ertinya lintasan-lintasan hati yang di takuti atau dibimbangi, maka hendaklah hendaklah berserah kepada Allah.

c. Qadha' ketentuan Allah, hendaklah redha dengan ketentuanNya.

d. Bala' ujian Allah, maka hendaklah bersabar.

5) Aqabah Pembangkit Ibadah
‎(عقبة البواعث )

iaitu dengan khauf dan raja’.

Khauf ( takut pada Allah ) dengan mengingatkan azab seksaNYA di dalam neraka.

Raja' ( harap kepada Allah) dengan menginginkan rahmat dan nikmatNya di dalam syurga.

6) Aqabah Pencacat Ibadah
‎(عقبة القوادح )

iaitu dua yang paling utama,

Riya' dihadapi melalui beramal ikhlas semata-mata kerana Allah.

‘Ujub dihadapi dengan ingat bahawa segala nikmat dan ibadah adalah dari petunjuk Allah dan pertolongan Nya semata-mata.

7) Aqabah Puji dan Syukur
‎(عقبة الحمد والشكر)

Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan menjurus kepada mentaati Allah yang mengurniakannya.

( Ringkasan kitab Minhajul Abidin )

Justeru, laluilah aqabah-aqabah ini sungguh-sungguh, bermujahadah tanpa rasa jemu dan malas, dan mohonlah pertolonganNya semoga jiwa jadi tenang ( muthmainnah ) ketika bertemuNya.

‎يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam surga-Ku.

(Al Fajr : 27-30)

Sesungguhnya menjadi seorang HAMBA yang BERSYUKUR itulah kemuncak pengabdian seorang HAMBA.

ABi

tgoop.com/JiwaTarbawi/1337
Create:
Last Update:

BY Jiwa Tarbawi

Share with your friend now:
tgoop.com/JiwaTarbawi/1337

View MORE
Open in Telegram

Telegram News

Date: |

Telegram Channels requirements & features The SUCK Channel on Telegram, with a message saying some content has been removed by the police. Photo: Telegram screenshot. Some Telegram Channels content management tips A Telegram channel is used for various purposes, from sharing helpful content to implementing a business strategy. In addition, you can use your channel to build and improve your company image, boost your sales, make profits, enhance customer loyalty, and more. Concise
from us

Telegram Jiwa Tarbawi
FROM American