tgoop.com/JiwaTarbawi/1342
Last Update:
Tadabbur Diri 19
Jalan dakwah adalah jalan pengabdian sebenar untuk sampai kepada keredhaanNya. Pengabdian yang dipenuhi ujian dan perjuangan.
Imam Ibnul Qayyim menggambarkannya dengan katanya:
الطريق طريق تعب فيه آدم ،
وناح لأجله نوح ،
ورمي في النَّار الخليل ،
وأضجع للذبح إسْمَاعِيل ،
وبيع يُوسُف بثمن بخس ولبث في السجن بضع سنين ،
ونشر بِالْمِنْشَارِ زَكَرِيَّا ،
وَذبح السَّيِّد الحصور يحيى ،
وزاد على المقدار بكاء دَاوُد ،
وقاسي الضّر أيوب ،
وَسَارِ مَعَ الْوَحْشَ عِيسَى ،
وعالج الفقر وأنواع الْأَذَى مُحَمَّد ،
تزهى أنت باللهو واللعب؟؟
(ابن القيم ، الفوائد ص (٤٢)
Jalan ini adalah jalan yang telah
membuat Adam merasa lelah,
Membuat Nuh bersedih,
Menyebabkan Ibrahim Al-Khalil dilempar ke dalam api,
Membaringkan Ismail di pembaringan untuk disembelih,
Menjadikan Yusuf telah dijual dengan harga yang sangat murah dan dipenjara bertahun-tahun,
Zakaria digergaji,
Dibunuh Sayyidul Hushur (penghulu yang menahan diri) Yahya,
Daud telah menangis di luar batas kewajarannya,
Ayyub ditimpa penyakit berat,
Isa berjalan penuh takut bersama binatang buas,
Muhammad ﷺ telah diliputi kefakiran dan berbagai gangguan,
Sedangkan engkau, ingin menempuhnya dengan senda gurau dan bermain-main?
(Ibnul Qayyim, Al-Fawaid p.42)
Justeru, apa yang engkau rasai bila engkau mahu berjalan di atas jalan dakwah adalah tabiat dan sunnah perjuangan yang pasti lalui. Bersabarlah dan bertahanlah. Dunia hanyalah tempat ujian.
ABi
BY Jiwa Tarbawi
Share with your friend now:
tgoop.com/JiwaTarbawi/1342