tgoop.com/KeluhanHati/5852
Last Update:
Cantik soalan akk nie; "Kenapa Aminah (watak dalam drama aku bukan ustazah) tak ada iddah?
❓ "Kenapa ada perceraian yang sang isteri tidak perlu melalui proses tempoh iddah?"
❓ Apa yang dimaksudkan dgn iddah ??
📍 IDDAH adalah 1 tempoh masa yg dilalui oleh seorang wanita selepas perceraian atau kematian suami di mana wanita tersebut tidak boleh menikah semula.
Tujuan iddah adalah untuk membersihkan rahim dari sisa sperm bekas suami, secara tepatnya dari segi sains; sisa DNA, bagi memastikan rahim suci dari sebarang janin utk mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dgn lelaki lain berlaku.
Tempoh iddah bagi wanita sesudah cerai dgn bekas suaminya adalah 3 kali suci & wanita yang sesudah meninggalnya suami tempoh iddah adalah selama 4 bulan & 10 hari (dikira mengikut tahun Hijrah) .~~~ TETAPI ~~~~
📍 Untuk TALAK SUNNI, tidak adanya iddah ke atas wanita yg diceraikan tersebut..
❓Ekh talak sunni tu apa pulak ??
❓Talak bukan ada 3 talak je ke (talak 1, 2 & 3)
Talak sunni adalah talak yg jatuh ke atas isteri yg diceraikan dalam keadaan dia tak pernah di sentuh oleh suaminya (Bak kata org dulu² "janda berhias")
Dimana, tidak ada tempoh iddah ke atas wanita yg diceraikan tersebut yg menjadi sebab tidak boleh rujuk semula bersama suami lama melainkan dgn mengadakan akad nikah semula.
Tapi dlm potongan sketsa drama nie terjumpa 1 komen yg mengatakan "bukan tak boleh ke kawin semula sampai bila², sebab suami dia tuduh dia berzina (yg kita kenali sebagai talak li'an)?"
Okey, tadi kita bahaskan tentang sebab tidak adanya tempoh iddah tuk sesetengah kes perceraian & kenapa tidak ada istilah rujuk selain dgn akad nikah semula untuk talak sunni~~~ TETAPI ~~~~
Berbeza hukumnya bila Talak Sunni tadi, jatuhnya pulak TALAK LI'AN ke atas isteri tadi, di mana tidak halal (HARAM SELAMANYA) bagi suami yg meli’an isterinya berkahwin semula dgn isteri yg di li’annya sekalipun isteri tersebut telah berkahwin dgn beberapa suami yg lain.
❓Apa yg di maksudkan dgn talak li'an ??
📍 Talak li'an merupakan cara penyelesaian lain dlm perkara cerai talak dgn tuduhan si isteri berbuat zina yang tidak dapat diselesaikan dgn prosedur ikrar talak biasa.
Talak li'an menurut hukum syarak adalah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina. di mana sumpah tu diucapkan sebanyak 4 kali, bahawa tuduhan itu benar & pada sumpah yang kelima dia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya dia berdusta.
Nampak remeh kan "tuduh menuduh" ke atas isteri ni? nampak seolah hal kecik je & kadang mudah je kita kata "itu semua salah faham je", "manalah saya tau hal yang sebenar", "tak de niat nak ceraikan pon" & mcm² lagi la alasan yg keluar drpda lisan kita bila terlalu ikutkan nafsu amarah..
❓Dan ada yang bertanya bagaimana sekiranya jatuhnya talak sunni tadi terjadi saat wanita tersebut dalam keadaan haid atau nifas, Bukan ke hukumnya haram? (yang kita kenali sebagai talak bid'i)
Ye betul, Hukumnya haram & berdosa kerana bertentangan dgn bentuk talak yg disyariatkan, tetapi tetap jatuh talak & talak adalah sah.
Jom kita kenali & faham terlebih dahulu jenis² talak yang termaktub dalam islam ;
☑ 5 JENIS TALAK ;
📌 Talak Raj'i ;
✅ Talak yang boleh di rujuk dalam tempoh iddah (talak 1 & talak 2)
✅ & "bersekedudukan semula" (hidup semula sebagai suami isteri) dalam tempoh sebelum perceraian menjadi tak boleh rujuk.
📌 Talak Bain ;
❎ Talak yg tidak boleh suami rujuk semula isterinya wlpn dalam tempoh iddah.
❎ Talak Bain ni terbahagi kepada 2;
➡️ Bain Bainunah Sugha
☑ Khuluk
☑ Talak sebelum hubungan kelamin
☑ Isteri yg diceraikan tidak dirujuk sehingga tamat iddah
➡️ Bain Bainunah Kubra
☑ Li’an
☑ Talak tiga
📌 Talak Sunni
✅ Wanita yg diceraikan oleh suami dlm keadaan bersih daripada haid & nifas & tidak disetubuhi oleh suaminya dalam tempoh tersebut.
✅ Hukumnya adalah harus dan jatuh talak
📌 Talak Bid'i
✅ Wanita yg diceraikan oleh suami dalam keadaan haid atau nifas, ataupun dia dalam keadaan suci tetapi telah di setubuhi oleh suaminya.
BY ĸαтα нαтι💞
Share with your friend now:
tgoop.com/KeluhanHati/5852