tgoop.com/KlinikHatiOfficial/551
Last Update:
1. Hati yang meninggalkan Al Quran akan kehilangan satu perkara yang paling dicari manusia iaitu ketenangan.
2. Jadikan Al Quran sebagai surat cintamu sepanjang masa.
Rasulullah SAW pernah bersabda…
“Seseorang yang lancar membaca Al Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah, adapun membaca Al Quran dan berusaha dengannya walaupun sulit atasnya bacaan tersebut, maka baginya dua pahala.”
[HR. Muslim]
3. Kelebihan membaca Al Quran itu sangat banyak.
Setiap huruf Al Quran itu adalah mukjizat
Setiap hurufnya adalah redha Allah
Setiap hurufnya adalah rahmat Allah
Setiap hurufnya mempunyai keampunan Allah
Setiap hurufnya terkandung kebaikan
Setiap hurufnya adalah cahaya
Setiap hurufnya adalah penawar kepada jiwa
Setiap hurufnya adalah ketenangan hati
Setiap hurufnya membuat doa mustajab
Setiap hurufnya menjadi penerang kubur
Setiap hurufnya memberi syafaat pada hari kiamat kelak.
4. Maka keutamaan membaca Al Quran itu terlalu luas.
Dilipatgandakan pahala
Diangkat darjat dan kemuliaannya
Mendapatkan ketenangan hati
Mendapatkan pertolongan Allah dalam hidup dunia dan akhiratnya
Mendapatkan syafaat di hari kiamat
Rumahnya dipenuhi malaikat dan diluaskan rezekinya
Jiwanya terasa lapang dan bahagia.
Kuat daya ingatan dan tidak mudah lupa.
Ditempatkan hidupnya bersama para malaikat
5. Alhamdulillah, kami pulang ke Kota Bharu hari ini dengan kereta. Pemanduan jauh selama enam jam perjalanan melalui Bentong, Raub, Gua Musang, kuala Krai dan Kota Bharu. Tiba di rumah sepupu di Kadok sekitar jam 3 petang, menyelesaikan urusan empat orang jemaah umrah yang akan berangkat pada 8 Januari 2024.
6. Selepas makan, baru check in sebuah hotel di Kota Bharu. Selesai solat solat jamak dan qasar Maghrib serta Isyak berjemaah dengan suami, saya terus membaca Al Quran. Seronoknya membaca Al Quran Tagging saya. Selepas baca, terus melihat dan meneliti maknanya. Tadabbur sekali. Selalunya saya akan menulis, mencatat, menanda dan melakar cart yang sesuai. Alhamdulillah.
7. Dulu saya pun jarang membaca Al Quran. Kesibukan bekerja dijadikan alasan. Namun saya belajar dan mencari makna hidup. Dan selepas itu saya paksa diri untuk membacanya dan berdoa kepada Allah agar Allah kurniakan jiwa yang cinta kepada Al Quran dan memberi kefahaman serta hikmah hidup dengan Al Quran. Apabila kita sudah sebati dengan Al Quran, hidup rasa tidak sempurna jika tidak membacanya. Lihatlah keutamaan dan kelebihannya. Moga setiap ayat dan huruf yang disebut dari jiwa hamba, akan mendapat syafaat di hari kiamat nanti. Aminn.
BY KLINIK HATI
Share with your friend now:
tgoop.com/KlinikHatiOfficial/551