tgoop.com/KlinikHatiOfficial/561
Last Update:
MY TRUE STORY: DELAY GRATIFICATION
Pada awal tahun 2005, Aku mula menerima elaun tambahan sebagai juruterbang dalam pdrm. Gaji Aku pada masa tu sekitar RM2200 je sebulan.
Disaat rakan-rakan lain upgrade atau membeli kereta baru, Aku pula kekal setia dengan kereta "Wira Secondhand" yang telah pun berusia 3 tahun waktu Aku membelinya.
Instalment bulanannya dalam RM486 sebulan...
Walaupun gaji dan elaun Aku terus naik saban tahun hingga melepasi angka 8K, Aku tetap setia dengan "Wira Second" tersebut sampai 9 tahun lamanya.
Dengan "Wira Second" itulah Aku belajar erti kesabaran dan maksud sebenar disebalik makna "Delay Gratification"...
Seringkali bila Aku bawa Wira menghadiri majlis kenduri atau pulang ke kampung, Aku akan nampak orang pandang rendah kat Aku dari gerak badan "body language" dan senyum sinis mereka.
Hina agaknya orang bawa Proton Wira ni. Maklumlah masa tu paling koman pun orang pakai Gen-2 dan Myvi.
Dulu ada juga rakan yang perli Aku sebab pakai kereta "wira second" ni...
"Takkan pegawai naik wira standard je bro, duit simpan bukan boleh bawa mati, jangan jadi hamba duit bro..." kata depa.
Aku tak kisahlah apa orang nak kata... Yang penting simpanan Aku makin berkepok hinggakan ia pula berkerja untuk Aku.
Aku simpan duit bukan sebab kejar kemewahan dunia tapi sebab tak nak susahkan sesiapa dikemudian hari. Kita tak tahu lagi masa depan kita camna...
"Lebih baik sediakan payung sebelum hujan".
Aku kalau boleh tak nak anak-anak Aku sampai terpaksa meminjam untuk sambung belajar di universiti. Zaman mereka pasti lebih mencabar...
Sebab itulah Aku buka akaun ASB, Tabung Haji, akaun SSPN-I dan Insurans pendidikan untuk setiap anak demi masa depan mereka.
Aku juga melabur dalam hartanah, Unit Trust dan saham sebagai persediaan sebelum persaraan. Target Aku adalah bersara seawal umur 50, insyallah...🤲🏼
Bayangkan kehidupan anak-anak kita dimasa depan... Nak bayar hutang PTPTN lagi,nak survive hidup dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,kesian kat mereka...😥
Alhamdulillah, hari ini anak sulong Aku sedang belajar di universiti hasil dari wang simpanan yang Aku simpan selama ini.
Kalau Aku tak ikat perut masa muda dulu, mesti anak Aku terpaksa ambil pinjaman untuk masuk U...
Belum habis belajar dah terbeban dengan hutang.😓
Jangan malu memandu kereta buruk sebab orang tak tahu apa komitmen dan rancangan masa depan kita.
Masa kita masih muda amalkan "delayed gratification". Disaat orang lain enjoy,kita plan masa depan kita.
Kejayaan tidak datang dengan mudah tanpa pengorbanan. Kalau begitu mudah nak berjaya, pasti ramai yang kaya dan berjaya.
Adakalanya kita mungkin terpaksa korbankan kemahuan kita hari ini untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dimasa depan.
Tapi, janganlah kita delay that gratification sampai dekat umur pencen. Takut tak sempat pula merasa.
Kita kerja keras masa muda, rancanglah agar kita dapat nikmati hasil tuaian bila tiba masanya.
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Moga Kita Semua Kaya Dan Berjaya DiDunia Dan Akhirat.
Semoga nukilan ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada semua.
Terima kasih pada yang sudi baca hingga habis...
Until then, jumpa lagi...😉
FB: Mohd Ezairol Rezan Zainol
BY KLINIK HATI
Share with your friend now:
tgoop.com/KlinikHatiOfficial/561