Telegram Web
KLINIK HATI
Photo
Saya sengaja naik ofis tadi. Ingat nak lepak dengan budak budak team. Buka je pintu, tengok takde sape. Lampu terbuka. Saya pun melangkah masuk.

Saya pandang kiri, saya pandang kanan. Nampak bawah meja seperti ada kelibat. Bulu roma mula meremang. Tangan kiri saya masih standby pegang pintu. Kot ada apa apa senang nak lari huhu.

Bunyi macam ada aktiviti bawah meja. Saya tak puas hati. Saya cekalkan hati. Apa nak jadi, jadi. Saya masuk menjenguk.

Saya pandang dia, dia pandang saya. Habil rupanya, tengah duduk sebelah rice kuker. “Aik Habil. Apa buat ni? masak nasi ke apa lauk?”

Dengan wajah takut, dia menggelupur berdiri sambil capai kopiah “Eh tuan sori Tuan, saya masak nasi tak makan lagi”

Saya hairan “Habil bukan minggu ni income dah seribu lebih ke? kenapa tak makan dekat kedai bawah?”

Dia garu garu kepala. “Duit saya Tuan. Cuma minggu ni nak bagi mak. Mak tak ada pun minta, cuma saya kesian dekat mak. Kalau saya bagi duit, mak boleh guna beli baju ke, makan ke, boleh pakai untuk adik adik sekali”

Habil ni saya tahu, ayahnya sudah meninggal dunia beberapa tahun dulu. Habil baru berusia 19 tahun datang merantau dari Kuala Lipis.

Sebak pula hati. Saya peluk dia. Saya cakap “Takpe saya join Habil makan. Kita makan sama sama okey! Saya turun bawah, beli lauk dan kami makan sama sama.

Ayat paling saya terkesan waktu Habil cakap “bukan apa Tuan. Saya pun tak tahu sampai bila mak ada. Sementara mak ada ni, saya nak bagi mak hepi. Saya takpe tak ada tanggungan. Lagipun saya dah pandai nak cari duit setiap hari”

Tergamam.

Antara saya belajar malam ni :

1. Kita ni, usah lokek dengan mak ayah. Terutama sekali mak. Kadang tu kita takut sangat tak cukup duit kalau bagi mak. Sedangkan, rezeki Allah bagi. Lagi banyak kita buat baik dekat mak, insyaAllah hidup kita diredhai.

2. Betul juga kata Habil. Waktu kecil, apa kita nak mak sedaya upaya tunaikan. Kadang tu benda yang kita tak minta pun mak bagi. Bila dah besar, kalau nak tak minta kita tetap kena bagi. Moga moga, mak redha kita, Allah pun redha dengan kita.

Jom kita sama sama buat baik dekat mak dan ayah. Jika mereka sudah tiada, kita bantu dengan doa anak yang soleh okey.

.
Percayalah, perkara plg mahal ramadhan ni: bangun 5 pg qiam & sahur, pi masjid solat subuh, mengaji, zikir tk tinggal, buka puasa & solat terawih. Nampak simple tapi berkahnya BESAR. Cara nk istiqomah spnjg rmdn, lihat 1st komen
KLINIK HATI
Photo
Menjadi Wanita Tenang

1. Bangunlah seawal pagi. Mandi ni wajib. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Jika saya sedar 5.30 pagi, saya pasti akan mandi. Sebelum buat apa-apa, mandi dahulu. Mandi sebelum Subuh ini adalah petua awet muda dan sihat tubuh badan.

2. Buatlah Solat sunat Tahajud. Dua rakaat atau empat rakaat. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.

3. Bacalah Al Quran sebelum masuk azan Subuh. Amalkan berterusan secara istiqamah. Walaupun hanya satu halaman Al Quran.

4. Selepas solat Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi. Saya amalkan setiap hari bersama Kelab 7 Pagi.

5. Ini sangat dituntut iaitu Sedekah Subuh. Saya juga mengamalkannya melalui Kelab 7 Pagi. Masyaallah luar biasa kebaikannya.

6. Selawatlah kepada Rasulullah SAW. Baca sekurang-kurangnya 100 kali. Paling baik 1000 kali sehari. Sambil memandu boleh, sambil memasak boleh, menunggu di kaunter bank boleh, selepas solat fardu boleh. Inshaallah semua urusan hidup akan dipermudahkan jika kita rajin berselawat. Mahu apa saja, berselawatlah.

7. Jika masih ada ibu dan ayah, telefonlah mereka setiap hari. Jika mak ayah kita menggunakan smart phone, buat video call pun sangat bagus. Tengok wajah mak ayah yang menjadi pintu syurga kita. Minta berkat dan doa sebelum mula bekerja atau berniaga. Mohon ampun setiap hari, mohon restu dan doa mereka.

8. Solat dhuha jangan tinggal. Wajib ditunaikan. 2 rakaat, 4 rakaat atau sehingga 12 rakaat. Waktu kita menjadi berkat, banyak urusan boleh dibuat dengan baik dalam waktu yang ditetapkan. Masa menjadi lebih panjang.

9. Amalkan solat sunat lain. Solat sunat Qabliah dan solat sunat Baadiah. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Dikatakan jika solat sunat kita melebihi 40 rakaat sehari, nama kita akan dipadamkan dari senarai ahli neraka. Masyaallah

10. Buat briswalk setiap hari atau senaman ringkas. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika briswalk, 5000 step sehari. Atau apa-apa senaman yang sesuai dan kita suka.

11. Secara beransur-ansur, kurangkan jumlah makan. Atau tukar kepada pemakanan yang lebih sihat. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat.

12. Dengar paling kurang satu nasihat setiap hari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.

13. Tambah satu ilmu satu hari. Dengan teknologi serba canggih hari ini, dunia boleh diperolehi dengan mudah. Hanya melalui smart phone. Ilmu akhirat lebih baik. Supaya kita sibuk dengan usaha untuk upgrade diri sendiri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading. Baca buku. Lihat youtube, masuk seminar, dengar ceramah dan sebagainya.

14. Saya amalkan bacaan Al Mulk setiap hari sebelum tidur. Ia akan menyelamatkan kita di alam barzakh nanti. Pasang Youtube dan follow bacaan. Lama-lama Surah Al Mulk dah ingat dan melekat dalam minda. Alhamdulillah

15. Jom sama-sama kita amalkan untuk hidup tenang dan bahagia. Sebagai wanitabyang amat sibuk dengan urusan bisnes, saya sentiasa berusaha mencari masa dan ruang untuk istiqamah dengan amalan-amalan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

16. Foto saya ketika dalam Haramain High Speed Railway dari Madinah ke Mekah ketika mengerjakan umrah yang lalu. Jika dengan bas, 7 jam perjalanan. Dengan train laju ini, dua setengah jam boleh sampai. Alhamdulillah.

Sumber: FB Faridah Mohd Ali

#ohbulan
KLINIK HATI
Photo
Guru saya pesan, rumahtangga yang hebat itu, suami isterinya selalu bersembang hal ini;

1. Tentang iman. Bagaimana supaya suami isteri bertambah iman.

2. Bagaimana Islam itu lebih dapat diamalkan dalam keluarga.

3. Bagaimana hendak memajukan pelajaran anak-anak.

4. Apa yang hendak dilakukan supaya akhlak anak-anak lebih halus.

5. Bagaimana supaya anak-anak kekal mentaati Allah, Rasul dan dua ibu bapa.

6. Bagaimana hendak melahirkan kasih sayang antara anak dengan anak.

7. Bagaimana anak-anak tidak terjebak dengan gejala tidak sihat.

8. Bagaimana menghadapi anak yang nakal.

9. Bagaimana memberi hiburan yang halal supaya anak-anak tidak bosan.

10. Bagaimana hendak melatih anak-anak suka berkhidmat kepada orang lain, terutama ibu bapa dan keluarga.

Inilah contoh perbualan bagi suami isteri yang ada cita-cita Islam dalam rumahtangga.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Masih belajar juga.

Sekali sekala ambil gaya atas pelamin. 😌
- My comfort zone ❤️🥹
Selepas berkahwin barulah kita sedar bhw kekayaan & rupa hanyalah sebahagian dr makeup pernikahan. Yang sebenarnya kita perlukan dari pasangan kita adalah teman berbual/jalan2/mengemas rumah/beribadah dan tempat mengadu pahit manis kehidupan.
Apa saya buat bila menantu saya bersalin.

1- saya educate anak saya apa dia kena buat sebagai suami Dan sebagai bapa baru. Ajar semua Dan suruh semua. Semua yang isterinya tolong dia buat masa isterinya sihat maka dia kena buat masa isterinya tak sihat.

2- saya ajar rutin berpantang pada menantu Dan anak. Ajar bakar tungku, ikat bengkong, ambil herba, berparam berpilis. Ceritakan rasionaliti kenapa kena pakai. AJAR juga apa isteri boleh makan Dan tidak pada anak saya. Tunjuk cara masak menu pantang agar dia mampu nak buat walau saya tak ada.

3- bagi perlepasan pada menantu buat keputusan. Jangan terlalu memaksa. Ajar cara lembut. Dengar juga pendapat Dan KEINGINAN derg. Jangan semua ingat kita betol. Kekadang kita ni dah old school. Orang zaman sekarang banyak ja idea yg bagus Dan bernas.

4- selalu pantau waktu makan SI ibu sebab Tau lah anak kita lelaki kadang2 dia meleweh. Bini x makan lagi waktu dah lewat. Jadi selalulah ingatkan jadual Dari jauh.

5- Jangan tekan siibu dengan PENYUSUAN bayi. Dia mampu menyusu Dan nak menyusu bagi dia menyusu. Kalau nampak susu dia kurang atau susah nak menyusu boleh ja bagi botol. Bukan anak x menyusu buat ibu tu fail. Atas badan masing masing.

6- Bagi menantu rehat yg cukup. Ingatkan anak kita yg bini dia kena rehat. Dah penat mengandung 9 bulan. Jaga elok elok. Mak bapak dia dah amanahkan pada kita. kalau sakit anak orang tu aku cekek leher ko. Dia penat mengandung Dan bersalinkan keturunan awak. Jangan ambil mudah aja.

7- saya ingatkan semua anak anak lain bagi support pada akak ipar derg. Tolong mana patut. Support mana boleh. Adik beradik ni macam lidi. Bila sebatang senang patah. Tapi bila segenggam susah patah. Akak awak tengah sakit, jangan mudah kecik hati Dan Jangan nak menyakitkan hati.

Akhir sekali nak pesan pada mak mak mertua, janganlah selalu nak nampak Salah menantu aja. Lain orang lain didikan. Anak kita pon banyak kekurangan. Setiap orang ada lebih ada kurang. Kita pon sama. Rai kelebihan Dan tampung kekurangan dengan bijaksana. Menantu perempuan atau lelaki bila dah masok keluarga kita syg lah derg mcm anak sendiri. Ajar bemesyuarah Dan ajarlah toleransi.

Kalau kita acu elok, insyaallah cantik jadinya.

Akhir kata:- tq buat menantu saya yang sudi bertarong nyawa untuk melahirkan cuci saya. Moga Allah balas tiap titisan darah kamu dengan pahala yang boleh MEMBAWA kamu ke syurga. Buat anak anak ibu, Jadilah suami yg baik yg dapat memberi contoh pada ganerasi Korang pulak nanti.

❤️ Ibu

Kak eja Berpantang By Nazira Keepdara

P/s saya tak jaga mana menantu saya tapi saya ajar suami Dan adik beradik dia jaga menantu saya. Sesama buat semua.

Bagi yang berpantang sendiri yang tak ada yg bantu, anda hebat. Jangan mudah down, jangan terasa hati na. Insyaallah kalau kita x dapat layanan yg baik, nanti kita boleh layan menantu kita dengan baik. Ambil yg positive dalam tiap sesuatu ya... Kalau kita tak Mula, ianya takkan bermula.
“Balik kampung 5 hari boleh solat qasar dan jamak ke?”🧐

Jawapannya adalah boleh! sekiranya termasuk hari pergi dan hari pulang ke rumah (rujuk poster).

= 1 hari pergi + 3 hari menetap + 1 hari pulang.

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/186) menyebut salah satu daripada syarat sah solat jamak dan qasar bagi musafir ialah;

“Tidak berniat menetap SELAMA empat hari di tempat yang dituju SELAIN pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar…”

Sekiranya anda telah merancang (berniat) untuk menetap di kampung lebih daripada tempoh seperti di atas;

maka hanya boleh solat qasar dan jamak dalam perjalanan pergi dan pulang sahaja ye.

📝 Nota musafir.

1/ Kewajipan solat atas diri orang yang bermusafir.
2/ Perjalanan bertujuan baik.
3/ Jarak sekurang-kurangnya 2 marhalah (81KM).
4/ Menetap 3 hari sahaja, tidak termasuk hari pergi dan pulang.
5/ Tidak mengikut imam yang bermukim.

Semoga bermanfaat.

Kongsikan poster ini kepada sahabat anda yang lain sempena hari raya nanti.❤️
Kitab berdarah ini adalah milik guru kami Al-Shahid Sheikh Dr. Ramadhan Said Al-Buty sewaktu sedang beliau mengajar anak muridnya di masjid dan dibom mengakibatkan beliau terkorban semasa sedang menyampaikan kuliah.
.
Al-Fatihah
.
Kata guru kami : Hati kita ni milik Allah. Bila gelap, mintalah petunjuk Allah. Bila sedih, meluahlah pada Allah. Bila keliru, mintalah bimbingan Allah. Bila sunyi, berkawanlah dgn Allah. Bila gembira, berkongsilah juga dgn Allah..Semuanya Milik Allah.
.
SUBHANALLAH..🙌
Elakkan cakap ayat macam ni pada anak walaupun ianya betul.. kerana ayat kita tu membentuk Scarcity Mindset..


1. "Ayah kena kerja kalau tak kerja kita tak ada duit."

Cuba ubah :
"Ayah kena kerja sebab ayahkan ketua keluarga"


2. "Tak boleh, mainan ni mahal sangat"

Cuba ubah :
"Eh, cuba tengok harga mainan ni.. harga satu mainan ni sama dengan harga untuk 3 mainan lain tau"

3. "Kita tak mampu, kita bukan orang kaya!"

Cuba ubah :
"Sekarang tak boleh lagi dik, insyaAllah ada rezeki nanti kita dapat"

4. "Senang je order ye, ingat ayah kerja cop duit ke?"

Cuba ubah :
"Baik, ayah ingat apa adik nak. Nanti ada rezeki ayah usahakan tau tapi adik kena sabar la ya!"
Apa itu UJUB?

Kagum dengan diri sendiri, angkuh, bongkak dan ego. Merasa diri lebih baik dan lebih mulia dari orang lain.
نَعُوْذُبِاللهِ مِنْ ذَالِكَ
KLINIK HATI
Photo
NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. 😁😅

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.

Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
YouTube: 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'
Al-Kahfi Production
8 Oktober 2018
Akhirnya apa yang kita mahu dalam sebuah perkahwinan adalah rumahtangga yang barakah.

1. Tak banyak keluh kesah.
Baik suami. Begitu juga isteri. Apa yang dapat sentiasa syukur. Benda sikit dirasakan banyak. Benda banyak dijadikan infak.

2. Tak banyak komplen.
Kalau isteri larat buat kerja, buat. Kalau tak buat suami tak kata apa. Kalau suami banyak duit, isteri suka. Tapi kalau tak banyak, isteri tak hina. Benda kecil-kecil buat pejam mata. Tak jadi isu. Tak panjang cerita.

3. Fizikal bukan lagi tarikan.
Budi yang jadi ukuran. Kadang isteri malu sendiri bila dia dah naik badan. Tapi suami masih menutup-nutup kekurangan dengan memberi pujian. Kadang rambut suami dah mula botak, isteri buat-buat tak nampak. Kata isterinya suami masih kekal kacak. Tapi dalam diam masing-masing tetap akan cantik mencantikkan diri untuk menyenangkan pasangan.

4. Berebut buat kebaikan.
Isteri belanja KFC. Suami belanja pizza. Isteri belikan baju. Suami belikan handbag. Isteri masakan lauk. Suami bersihkan pinggan mangkuk. Bukan ungkit siapa lebih banyak buat kerja tapi berebut untuk lebih banyak beri jasa. Masing-masing berebut nak kejar pahala.

5. Jadi insan lebih baik.
Isteri mula-mula dulu free hair. Lepas tu pakai tudung. Lepas tu upgrade tudung labuh. Lepas tu top up pakai stokin. Suami pula dah mula ke masjid. Lepas tu dengar kuliah. Lepas tu tambah pula dengan ajar anak isteri di rumah. Saling berpesan pesan dan saling ingat mengingatkan.

6. Anak-anak yang mudah diurus.
Dengan izin Allah, seperti taatnya suami isteri pada Allah begitu taatnya anak pada mak ayah. Mudah ajar. Senang ikut cakap. Tak banyak karenah. Tak buat hati mak ayah susah.

7. Rezeki melimpah ruah.
Rezeki itu tak semestinya banyak. Tapi rezeki itu tiba masa kita perlu. Nak bayar kereta, tiba-tiba dapat bonus. Teringin makan lepat, ada jiran hantar. Masa susah ada bantuan tiba. Tak banyak tapi sentiasa ada. Cuma tibanya cepat atau lambat saja.

8. Amalan makin banyak.
Kalau dulu solat pun payah, sekarang dah jadi mudah. Dah mudah dia tambah pula amalan sunnah. Kalau isteri sedekah seringgit, suami sedekah lima ringgit. Berlawan-lawan buat lebih baik dan lebih banyak ibadah.

9. Berlemah lembut.
Tiada jeritan, pekikan dan kekasaran. Semua pendidikan dan urusan dilakukan dalam kadar sederhana dan penuh kelembutan. Kalau salah minta maaf. Tak sombong mengaku salah waima ibu ayah.

10. Bertambah ilmu.
Tak kisah ilmu dunia atau akhirat. Masing-masing ada ruang upgrade diri. Semakin banyak ilmu, semakin matang bertindak. Semakin bijak berkehendak. Semakin kuranglah sikap kanak-kanak.

Nak dapatkan rumahtangga yang barakah, kena buat semuanya. Nak buat semuanya, kena dapatkan rumahtangga yang barakah.

FB: Siti Suryani Yaakop
23/03/2021
NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. 😁😅

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.

Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
YouTube: 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'
Al-Kahfi Production
8 Oktober 2018

🥺#Min sendiri belum mampu istiqomah
2024/12/30 08:22:52
Back to Top
HTML Embed Code: