tgoop.com/LUANLP/6815
Last Update:
3 PUNCA DREAMBOARD āGAGALāš„š„
Ada banyak punca DreamBoard atau Vision Board boleh gagal.
Kali ni saya kongsi lagi 3. Moga dengan memahami perkara ini, impian Tuan Puan lebih mudah dicapai dan lebih cepat menjadi kenyataan.
1. DREAM BOARD NAMPAK SERABUT
Tujuan DreamBoard dibina ialah supaya minda separa sedar (MSS) kita selari, setuju dan taat kepada minda sedar.
Namun MSS ini ada satu perangai. Dia akan pilih apa yang paling mudah untuk diikut.
Sekiranya DreamBoard kita serabut, MSS akan pilih jalan paling mudah, iaitu tak payah tengok langsung.
Kalau tengok pun, impian-impian dalam DreamBoard tu susah nak diāinternalizeā.
Akhirnya DreamBoard sekadar di dinding. Tiada penghayatan, penerokaan dan semangat dalam diri selepas melihatnya setiap hari.
Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang tidak bersemangat ni susah nak berjaya.
Kerana emosi adalah ibarat āfuelā yang menggerakkan kita. Hebat macamana pun sesebuah kereta, ia takkan bergerak tanpa āfuelā.
Kawan-kawan yang buat bisnes mesti setuju dengan kenyataan saya ni. Kan?
.
2. TIADA KEYAKINAN
Allah bertindak mengikut sangkaan kita. Sangkaan akan membentuk keyakinan.
Jika kita rasa kita takkan capai impian-impian dalam DreamBoard tu, maka itulah sangkaan kita dan itulah yang Allah akan makbulkan.
Ini sesuai dengan sebuah hadith Qudsi;
"Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman:
Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu.
Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang.
Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta.
Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa.
Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat." (HR. Bukhari dan Muslim)
Ingat, keraguan juga adalah sebuah keyakinan.
Bila kita ragu-ragu tentang impian kita, sebenarnya kita sedang yakin bahawa kita takkan capai impian kita.
Perlu buat sesuatu supaya sangkaan kita diperbetulkan.
Perkara ini saya explain dengan detail dalam Kelas Digital LUA Dream Board.
Yang dah tonton mesti lalu topik Visualization. Betapa ramai yang visualize dengan cara yang salah selama ni.
Elakkan ya!
.
3. TIADA TINDAKAN
Pengalaman mengajar saya bahawa DreamBoard adalah antara tools yang sangat baik untuk mengekalkan momentum bisnes dan prestasi kita.
DreamBoard membuatkan kita sentiasa ingat kepada impian, target, Misi dan Visi kita.
Lalu membuatkan kita terus bangkit bila jatuh, bergerak bila malas, dan yakin bila ragu.
Namun hebat macamana pun DreamBoard kita, ia takkan bermakna kalau tiada tindakan untuk mencapai apa yang kita impikan.
Kerana DreamBoard bukan sembahan. Ia adalah tanda kesungguhan!
Kesungguhan untuk mencapai impian-impian yang diredhai Tuhan.
Kesungguhan untuk pastikan fikiran, perkataan, perasaan dan tindakan kita selari dengan impian.
Dan kesungguhan untuk menyakini bahawa di sebalik impian ada Tuhan!
.
Didoakan tahun ni Tuan Puan lebih berjaya, bahagia dan kaya selepas memahami 3 perkara penting tentang DreamBoard di atas.
Terima kasih baca sampai habis.
Saya doakan semua impian yang baik-baik Tuan Puan tercapai pada tahun ni.ā¤ļø
Nak belajar Teknik DreamBoard dengan lebih detail?
Join DreamBoard Workshop kita 1 Feb ni. Klik sini -->>> https://www.wasap.my/60194188809/Dreamboard
Siapa daftar sekarang ADA OFFER tau! Assalamualaikum.š
#TZN
Sebarkan kebaikan
BY Zuhairi Nopiah Channelš„š„
Share with your friend now:
tgoop.com/LUANLP/6815