Telegram Web
πŸ₯΅ Ramai kanak-kanak yang tak tahu langsung peraturan tentang β€œScreen Time.”

Menurut 1 kajian,

πŸ‘‰πŸ» 70% kanak-kanak usia 8-18 tahun tak pernah diperkenalkan dengan peraturan menonton TV di rumah.

πŸ‘‰πŸ» β…” kanak-kanak kata TV di rumah dibuka ketika makan.

πŸ‘‰πŸ» Hampir separuh kanak-kanak kata TV di rumah dibiar terbuka sepanjang hari.

MENONTON TV tanpa kawalan ni tak bagus sebab ia ialah aktiviti pasif.

Kerana kanak-kanak tak perlu beri apa-apa respon (Komunikasi cuma sehala).


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀164πŸ‘123🀯10πŸ†7πŸ‘5
πŸ₯° Dah belajar cara komunikasi yang betul dengan anak kecil?

πŸ‘‰πŸ» Komunikasi perlu sesuai dengan umur anak.

πŸ“ Anak pada peringkat usia berbeza, mempunyai tahap pemahaman yang berbeza.

πŸ“ Anak usia 2 tahun tak suka dipaksa tapi sangat bekerjasama kalau kita berkomunikasi seperti sedang bermain dengan dia.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀165πŸ‘64πŸ‘4
πŸ‘ΆπŸ» Boleh ke mak ayah beri air masak pada bayi bawah usia 6 bulan?

πŸ“ Air masak tak memberi khasiat tambahan kepada bayi umur bawah 6 bulan.

πŸ“ Air masak tak ada sebarang kalori untuk menambah berat badan bayi.

πŸ“ Susu badan atau susu formula boleh memberikan hidrasi yang mencukupi kepada bayi

Bila boleh beri air masak pada bayi?

πŸ‘‰πŸ» Selepas anak mula diberi makan, barulah sesuai beri air masak pada bayi.

Sama-sama kita kongsikan ilmu ni.

#NotaRedzaZainol
#AnakSihat
❀140πŸ‘83πŸ₯°8😁2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saya recommend buku yang ditulis oleh sahabat saya, Cikgu Fadli Salleh dan Cikgu Zahran.

Buku Xplorasi STEM ni sangat bagus untuk anak-anak seawal usia 5 tahun. Buku ini akan membawa anak meneroka ilmu sains dan teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Ada 5 BONUS termasuk 2 lembaran kerja. Berbaloi siapa yang dapatkan buku ni. Sangat menarik dengan helaian berwarna dan berkualiti. Dapat pula bahan yang boleh dicetak berkali-kali.

πŸ”₯Mak ayah hadiahkan segera buku Xplorasi STEM kepada anak kalian di sini πŸ‘‡

https://educaring.onpay.my/order/form/xplorasiSTEM/AnakPintar
πŸ‘112❀28πŸ₯°4🀯4
😰 Mak ayah risau anak tak berkelakuan baik?

πŸ“ Selagi anak belum remaja, selagi itu masih ada peluang untuk mendidik dia.

πŸ“ Anak usia bawah 12 tahun, hati mereka masih lembut.

πŸ“ Bila dah remaja tak mudah nak didik anak. Lagi-lagi kalau kita mak ayah yang memang tak rapat dengan anak.

Jika betul cara kita didik, insyaAllah nasihat itu mudah meresap masuk ke hatinya.


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀203πŸ‘94πŸ”₯22πŸ₯°6
☺️ Nak didik anak jadi lebih bersabar?

βœ… makan perlahan lahan, tak perlu gelojoh

βœ…
berkongsi permainan dengan adik beradik & kawan

βœ…
ada masa perlu beratur dan ikut giliran

βœ…
didik anak minum perlahan lahan walaupun haus

Kadang-kadang kita geram sebab kita dah puas ajar tapi anak tetap tak faham.

Berilah masa kepada anak. Tak semuanya boleh selesai dengan segera.


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀201πŸ‘103😁5🀩4πŸ₯°3
πŸ₯° Ada anak lelaki?

πŸ“ Ayah buatlah aktiviti fizikal bersama anak.

πŸ“ Ayah berkongsilah kisah hidup semasa kecil dulu dengan anak. Pada setiap cerita itu, pasti ada ilmu yang mereka dapat kutip.

πŸ“ Anak lelaki suka kalau ayah ajarkan mereka apa saja.
- membaiki sesuatu
- ajarkan subjek matematik
- ajar cara menyepak bola
- ajar kayuh basikal

Ayah yang rapat dengan anak umpama mereka sedang menabung dalam tangki emosi anak.


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀209πŸ‘85πŸ₯°16πŸ”₯15🀯2🀩1
πŸ₯΅ Pasangan beri β€˜Silent Treatment’ kepada kita?

β€’ Silent treatment (ST) adalah 1 elemen toksik dalam perhubungan.

β€’ ST adalah tanda kegagalan komunikasi dalam perhubungan.

β€’ Perbaiki komunikasi, maka kita boleh lenyapkan β€˜Silent Treatment’.

πŸ“ Fahami dan kuasai maksud sebenar mendengar.

πŸ“ Fahami apa yang menyebabkan kita tak mahu mendengar (blockage).

πŸ“ Fahami cara sebenar nak berkomunikasi dengan pasangan.
❀144πŸ‘76🀯16
πŸ₯° Betul ke anak boleh belajar semua perkara dengan sendiri?

Ini antara mindset yang salah dalam mendidik anak.

"Tak kan la benda ni pun tak tahu!"

"Dah besar mestilah dah tahu!"

πŸ“
Bila anak semakin besar, ada perkara baru yang perlu diajar.

πŸ“
Sebab tu, jangan dibiar anak yang semakin besar dengan anggapan dia akan tahu dengan sendiri.

πŸ“ Kita tetap perlu ajar selok belok untuk anak menjadi manusia yang berguna.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀190πŸ‘83πŸ₯°4😁4
πŸ₯°21πŸ‘7🀩6❀5πŸ‘4
🌟 Berita baik untuk penggemar buku siri Teroka Sains! Buku Teroka Sains 6 dah terbit! 🌟

πŸ“š Dalam buku terbaharu Teroka Sains 6: Hebatnya Alam Ciptaan Tuhan, pembaca akan dibawa lebih dalam untuk meneroka keajaiban alam yang lebih hebat lagi.

πŸ“š Buku ini mengandungi 150 fakta sains baru yang tidak hanya menambah pengetahuan tetapi juga membangkitkan rasa kagum terhadap ciptaan Tuhan.

πŸ“š Dari fenomena alam yang jarang dilihat, hingga rahsia-rahsia sains yang belum terungkap, buku ini adalah satu lagi langkah dalam perjalanan penuh inspirasi yang telah dimulakan dalam siri-siri sebelumnya.

πŸ“š Terdapat 150 fakta sains luar biasa di dalam buku Teroka Sains 6 ini merangkumi:

- 30 fakta manusia
- 30 fakta tumbuhan
- 30 fakta haiwan
- 30 fakta kenapa? kenapa? kenapa?
- 30 fakta angkasa

πŸ’₯ Tinggal 3 HARI SAHAJA lagi untuk dapatkan harga promo RM28. Rugi tak beli!

πŸ‘‰πŸ» Cepat klik link: https://ezy.la/TerokaSains-DRZ

#TerokaSains
πŸ‘65❀23🀩5πŸ”₯4πŸ‘4🀯1
Mak ayah hari ini sambut Hari Kebangsaan di mana? πŸ‡²πŸ‡Ύ
Anonymous Poll
11%
Kami pergi tengok perarakan
82%
Kami santai di rumah je
7%
Saya bekerja hari ni
❀53πŸ‘15πŸ₯°9πŸ’˜5
😱 Anak suka ikuti konten β€œInfluencer” di sosial media?

Mak ayah wajib sekat :

πŸ“ influencer yang promosi LGB*

πŸ“ influencer yang guna perkataan mencarut.

πŸ“ influencer yang mengenakan pakaian & perhiasan yang tak sesuai ikut jantina.

πŸ“ influencer yang buat lawak lucah.

Fitnah akhir zaman makin jelas. Semoga Allah lindungi anak-anak kita.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀280πŸ‘189🀯8πŸ‘7πŸ₯°2πŸ’˜2
Video mengenai kesihatan mulut dan lidah bayi ni dah capai > 100K views di akaun TT saya.

Mak ayah boleh tonton di sini :
πŸ‘‰πŸ» https://vt.tiktok.com/ZS2PWRkEF/
πŸ‘56πŸ₯°9❀5
πŸ₯° Anak dah capai akil baligh? Ini 5 nasihat untuk anak kita.

πŸ“ Ketahuilah yang kitab amalanmu sudah dibuka. Semua dosa dan pahala akan dicatat.

πŸ“ Solat itu wajib, jangan tinggalkan walaupun 1 waktu solat.

πŸ“ Belajar untuk sempurnakan wuduk.

πŸ“ Kini sudah sampai untuk anakku menjaga maruah diri. Ada rasa malu dan tahu nilai diri sendiri.

πŸ“ Jagalah batasmu dengan yang berlainan jantina.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘253❀112πŸ₯°19😁1
πŸ₯΅ 5 sumber maksiat anak remaja yang tak ramai mak ayah tahu.

Ini penceramah pendidikan seksualiti terkenal, Akhi Fairuz yang share pada saya:

πŸ“ Handphone kawan. Boleh akses ke website/ apps yang tak sesuai untuk remaja.

πŸ“ Rakan sekelas. Budaya couple & bercakap lucah.

πŸ“ Sepupu sepapat sendiri bila balik kampung. Bila tak dipantau memang boleh jadi sumber kerosakan anak sebab belajar yang bukan-bukan.

πŸ“ Handphone mak ayah. Dia akses secara senyap-senyap konten por**grafi. Anak baik pun ramai terjebak.

πŸ“ Daripada social media influencer yang membawa budaya β€˜couple’, β€˜pickup line’ dan budaya tinggal serumah.

#NotaRedzaZainol
πŸ‘264🀯34❀23πŸ”₯4πŸ‘4🀩1
πŸ₯° Anak lelaki juga ada emosi.

πŸ‘‰πŸ» sebab tu kita perlu usaha untuk didik anak lelaki supaya boleh capai 5 perkara ini:

πŸ“ Boleh mengurus tekanan emosi dengan cara yang sihat.

πŸ“ Rasa selesa berkongsi emosinya dengan mak ayah.

πŸ“ Berani berdepan dengan masalah dan bukan lari dari masalah.

πŸ“ Komited kekalkan hubungan yang sihat dengan pasangannya.

πŸ“ Hormat pada semua wanita terutama pada ibu sendiri.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀237πŸ‘94πŸ₯°10πŸ’˜10
πŸ₯΅ β€œKenapa anak kau ni belum pandai bercakap lagi? Tengok anak jiran tu, dah pandai cakap.”

πŸ‘‰πŸ» Selalu sangat mak ayah mengadu pada saya yang anak mereka asyik dibandingkan dengan sepupu atau jiran.

Jika anak ada perkembangan yang lambat,

1️⃣ Elak bandingkan setiap anak

2️⃣ Elak terburu-buru memberi diagnosis anak

3️⃣ Usahakan supaya anak bermain dengan mak ayah atau dengan kanak-kanak lain

4️⃣ Elak bertanya banyak soalan pada anak ketika dia bermain.

5️⃣ Dapatkan bantuan profesional.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀155πŸ‘77πŸ‘5πŸ₯°3😁1πŸ’˜1
😊 Kenapa kita selalu dengar, jangan cakap β€œJangan” kepada anak kecil?

πŸ‘‰πŸ» Ini kerana si kecil masih belum boleh memvisualkan apa yang mak ayah maksudkan.

πŸ“ Sebenarnya ada situasi yang membolehkan kita untuk sebut β€œJangan”.

πŸ“ Kita hanya perlu pilih masa yang sesuai, seperti ketika anak dah tenang dan tak lapar.

πŸ“ Biasanya, kita boleh sampaikan mesej ini semasa sesi BERCERITA dengan anak.

Saya belajar teknik bercerita ini di Bab 4 dan Bab 9 dalam Buku CAKAP yang ditulis oleh Puan Zuraida seorang Terapis Percakapan.

Mak ayah boleh dapatkan buku fizikal beserta 2 ebook percuma di sini πŸ‘‰πŸ» https://whitecoat.onpay.my/order/form/CKP01/69
❀74πŸ‘40πŸ₯°2
Saya mencari seorang staf Graphic Designer & Pemasaran untuk klinik saya. Lokasi Kuantan. Nak minta tolong war-warkan ya 😊
πŸ‘67❀14
2025/07/14 18:49:00
Back to Top
HTML Embed Code: