Telegram Web
😰 Mula perasan anak kecil masih belum petah bercakap?

πŸ‘‰πŸ» Masa perayaan akan lebih mudah untuk kita perasan beza perkembangan anak sendiri berbanding dengan anak orang lain.

Pasukan yang boleh bantu anak:

πŸ“Terapis percakapan (Speech Therapist)
πŸ“Doktor kanak kanak
πŸ“Pakar audiologi (audiologist)
πŸ“Terapis cara kerja (Occupational Therapist)

Selain daripada tu, boleh download ebook percuma saya β€œAnakku Petah Bercakap”
πŸ‘‰πŸ» https://www.tgoop.com/NotaRedzaZainol/934

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘115❀25πŸ₯°5πŸ†4
πŸ₯΅ Rumah tangga rasa tak bahagia?

πŸ‘‰πŸ» Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjadi mak dan ayah sampaikan kita terlupa yang kita juga isteri dan suami.

Sebenarnya kita wajib:

πŸ‘‰πŸ» Menghargai diri kita dan pasangan

Antara ilmu yang perlu ada untuk menghargai diri & pasangan adalah :

βœ… Ilmu kawal emosi
βœ… Ilmu komunikasi
βœ… Ilmu bilik tidur
βœ… Ilmu mengenal personaliti

#NotaRedzaZainol
❀216πŸ‘84πŸ₯°19😁4
😊 Mak ayah letak impian besar mereka pada anak-anak?

πŸ‘‰πŸ» 3 punca anak rasa diri mereka tak diperlaku dengan adil (injustice feeling):

πŸ“ Wajib ikut jejak langkah mak ayah atau abang kakak dalam pelajaran atau karier.

πŸ“ Wajib jadi pelajar cemerlang dalam bidang akademik.

πŸ“ Hubungan dingin sebab mak ayah letak harapan yang terlalu tinggi pada anak.

Anak rasa tak adil sebab dia tak dapat menjadi dirinya sendiri.

Anak rasa tak diberi sokongan dan keinginan mereka tak diterima.


Inilah salah satu daripada Inner Child Wound yang boleh membarah sehingga dewasa.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘186❀41🀯13πŸ₯°9πŸ‘4
πŸ˜₯ Mak ayah cepat rimas dengan perangai anak?

πŸ“ Ada ketikanya, kita rimas dengan perangai anak bukan sebab anak tu salah.

πŸ“ Tapi ada perkara dalam diri kita yang tak selesai. Ada luka lama dan trauma yang kita simpan sejak kita kecil.

πŸ“ Mungkin masa kecil selalu disuruh senyap bila menangis.

πŸ“ Mungkin masa kecil selalu dihalang untuk bermain.

πŸ“ Mungkin masa kecil kita dihukum bila bercakap.

πŸ“ Mungkin masa kecil kita kerap dikritik dan dimalukan.

πŸ“ Mungkin kita terpaksa beralah dengan adik-adik dalam semua perkara.

Ya memori masa kecil kita tak indah seperti orang lain tapi biarlah kita menjadi orang yang menghentikan β€˜cycle’ ini.


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀295πŸ‘140πŸ₯°19πŸ†14😁2
πŸ₯΅ Mak ayah label anak dengan perkataan yang tak baik ketika marah?

πŸ“
Sebab tu cuba elak marah anak serta merta. Risau kita yang hilang kawalan.

πŸ“
Sebaiknya tunggu beberapa minit atau jam sehingga emosi kita reda.

πŸ“ Ingat ya, kita marah anak dengan niat mendidik. Nak dia tambah baik kekurangan diri.

Bila emosi reda, rasional kita akan bersama semula.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘235❀68πŸ₯°29🀯6πŸ†6
😍 Nak anak kecil lancar sebutan perkataan & petah bercakap?

πŸ“ Cerita pada anak apa yang kita sedang lakukan. Contoh: Mama masak. Papa makan.

πŸ“ Guna perkataan yang mudah dan ringkas.

πŸ“ Elakkan guna β€œbaby talk”.

πŸ“ Ulang semula perkataan yang anak kita sebut dan perbaiki sebutannya.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘244❀96πŸ₯°11🀩5
😍 Apa yang anak saya boleh capai pada usia 18 bulan?

πŸ“ Boleh bezakan antara objek yang boleh dimakan dengan yang tak boleh dimakan.

πŸ“ Boleh guna sudu dengan baik.

πŸ“ Boleh sebut 6-20 perkataan yang boleh difahami.

πŸ“ Suka melihat buku cerita yang bergambar.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀181πŸ‘65πŸ₯°12😁7πŸ’˜7πŸ”₯3πŸ†2🀯1
πŸ˜” Memori kanak-kanak anda tak seindah orang lain?

πŸ‘‰πŸ» Jika masa kecil kita kurang menerima perhatian dan kasih sayang daripada mak ayah, kesannya kita hilang 2 perkara asas ini:

β€’ Rasa diterima
β€’ Rasa diri dihargai & bernilai di mata mak ayah

Ia mungkin beri kesan pada hubungan kita dengan anak kita pula.

Belajar untuk melepaskan memori lama untuk bina memori baru yang lebih baik.


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀233πŸ‘82πŸ₯°20🀩5
😍 Nak borak apa ya dengan anak?

πŸ“ Tanya selalu bermain dengan siapa di tadika/ sekolah

πŸ“ Tanya apa aktiviti kegemaran anak di rumah pengasuh/ tadika/ sekolah

πŸ“ Cerita pengalaman kita semasa kita kecil dulu

πŸ“ Tanya lebih lanjut tentang aktiviti kegemaran dia

πŸ“ Apa subjek kegemaran anak

πŸ“ Subjek apa yang anak tak minat

Bukan anak je kena biasakan diri bercakap dengan mak ayah. Kita pun kena biasakan berborak dengan anak.

Kalau tak, dah dewasa nanti memang terasa janggal walaupun pernah duduk serumah
.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘313❀122πŸ₯°17😁5🀩5
πŸ˜₯ Ayah tak bercakap dengan anak-anak?

πŸ“ Bahkan, ada ayah yang menganggap berbual dengan anak itu adalah perkara terakhir yang mahu dilakukan.

πŸ“ Bila berbual terasa kekok, anak akan gantikan ayah dengan kawan yang lebih mesra.

πŸ“ Tanpa skil berbual, segala mesej yang ayah cuba sampaikan mungkin diterima anak dalam bentuk leteran semata.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘368❀84πŸ†13πŸ‘10πŸ”₯8πŸ₯°8🀯7🀩3
😒 Kita bingung kenapa hubungan dengan anak semakin jauh?

πŸ‘‰πŸ» Terkejar-kejar rutin harian yang sangat padat, kita hilang momen untuk berbual dengan anak.

Dialog yang patutnya ada di rumah, di padang permainan dan di dalam kenderaan, diganti dengan kesunyian atau bebelan.

πŸ“ Kita tak sempat perasan kelebihan dan kebaikan anak.

πŸ“ Kita tak perasan keperluan anak.

πŸ“ Kita tak peka dengan bahasa tubuh anak.

Hubungan boleh dibaiki dan masa yang terbaik untuk perbaiki ialah sekarang.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀264πŸ‘114πŸ’˜16πŸ₯°11πŸ†7πŸ”₯5🀯5
πŸ₯΅ Anak kecil dah ada gajet sendiri?

πŸ‘‰πŸ» Gajet umpama pintu kepada banyak dunia. Salah pintu yang dibuka, maka salahlah dunia yang bakal anak teroka.

πŸ“ Kalau nak bagi anak guna gajet, pastikan pantau sebaiknya.

πŸ“ Kalau beri gajet, pastikan:

βœ… kita sudah ada bonding yang erat dengan anak.

βœ… perkembangan bahasa anak baik dan tak ada isu sensori.

βœ… Kemahiran motor, kognitif, dan emosi selari dengan perkembangan usia.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘320❀63🀯16πŸ₯°8πŸ†7πŸ”₯3
😍 Nak tingkatkan keyakinan diri anak?

Cuba kita guna 4 ayat ini:

πŸ“ β€œAdik bukan tak pandai, cuma adik belum cuba.”

πŸ“ β€œTak tahu tak apa. Yang penting, jangan takut cuba.”

πŸ“ β€œJom papa tunjukkan caranya.”

πŸ“ β€œIbu percaya kakak boleh buat.”

InsyaAllah anak rasa lebih yakin, lebih bersemangat.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀298πŸ‘112πŸ₯°15πŸ’˜8🀩3🀯1
😍 Nak bina hubungan yang lebih rapat dengan anak kecil?

βœ… Bercakap sambil pandang mata anak pada sama aras.

Maknanya kita melutut atau duduk supaya kita separas dengan anak.

βœ… Peluk anak setiap hari

βœ… Buat sesi one-on-one dengan setiap anak.

βœ… Bermain dengan anak-anak.
- Bila kita bergelak ketawa dengan anak, hormon oxytocin buat kita jadi tenang bahagia.

βœ… Cakap terima kasih pada anak.

Contoh baik:

β€œTerima kasih tolong papa sidai tuala elok-elok.”

Contoh tak baik:

β€œDah habis mandi nanti jangan tinggal tuala kat lantai pula!”

Seperti mana kita bina β€œconnection” dengan orang di sekeliling untuk dapatkan kepercayaan mereka, macam tu juga kita kena bina β€œconnection” dengan anak sendiri.


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘189❀94πŸ₯°22πŸ‘4😁4πŸ’˜3πŸ”₯2🀯1
πŸ₯΅ Jauhi sifat toksik begini kepada anak.

πŸ‘‰πŸ» Tak ada sebarang reaksi pada wajah mak ayah dan abaikan anak. (Expressionless & being ignored)

πŸ“ Contoh:

β€’ Balik rumah je, anak semangat nak cerita tentang benda baru yang dia belajar daripada buku.

β€’ Kita pun buat-buat dengar sampai habis. Tapi sampai ke sudah tak beri apa-apa respon.

β€’ Yang buat anak jadi keliru ialah air muka mak ayah tak ada reaksi langsung, pastu diam je.

β€’ Yang sebenarnya kita tak fokus pun pada cerita anak.

Maksud beri perhatian pada anak ialah kita 100% fokus pada anak waktu tu. Kita adalah betul-betul β€œpresent” di hadapan si kecil kita tu.


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘274❀91πŸ₯°10πŸ†4
πŸ₯΅ Ibu tertekan sehingga β€˜burnout’?

πŸ“ Fasa paling struggle bila ada anak usia 0-3 tahun. Apatah lagi kalau ada 2 anak kecil.

πŸ“ Sebab tu tak boleh biarkan pasangan kita mengurus anak seorang diri. Akan mudah burnout dan penat emosinya 😒

Itulah sebab sebagai ibu :

β€’ Kena cuba curi masa untuk Me Time

β€’ Pandai cari circle yang baik untuk Emotional Support

#NotaRedzaZainol
#SelfCare
πŸ‘264❀159πŸ₯°23🀯4πŸ‘3
😍 Nak bermain dengan bayi?

πŸ“ Menyanyi, gomol anak, geletek anak, kira jari anak.

πŸ“ Buat pelbagai mimik muka, senyum, gelak, jelir lidah dan makn β€˜Peekaboo’.

πŸ“ Beri bayi peluang untuk sentuh pelbagai jenis objek : Soft toys, buku kain, rattles.

πŸ“ Beri bayi peluang untuk lihat pelbagai objek di dalam dan luar rumah, termasuk pelbagai wajah orang dan haiwan.

πŸ“ Bercakap atau keluarkan bunyi dan lihat apa respon anak.

Pastikan anak boleh nampak wajah dan pergerakan bibir kita ketika kita bercakap.


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘183❀75πŸ₯°3πŸ†2
πŸ‘43❀14πŸ‘4🀩3πŸ’˜1
πŸ”₯ Saya sangat teruja nak memperkenalkan BUKU TERBARU sahabat saya kepada keluarga telegram saya! πŸ”₯

πŸ‘‰πŸ» World of Science 1: The Puzzles of Predator and Prey

πŸ‘‰πŸ» Buku ini ditulis oleh 2 penulis BESTSELLER Teroka Sains, Dr. Wan Fahmi (PhD) & Dr. Nur Annies (PhD)

πŸ’― Buku ini ditulis dalam bahasa Inggeris, menceritakan tentang 75 tingkahlaku haiwan yang pasti buat anak anda teruja!

πŸ’― Gaya penulisan yang mudah dan ringkas, plus buku bergambar dan berwarna-warni insyaAllah mampu menarik minat anak-anak terhadap SAINS dan BAHASA INGGERIS.

πŸ“š Stok tak banyak dah. Jom hadiahkan untuk anak-anak sekarang πŸ‘‡πŸ‘‡

https://ezy.la/TerokaSains-DRZ
https://ezy.la/TerokaSains-DRZ

#WorldofScience
πŸ‘71❀18🀩12πŸ”₯3πŸ‘3
😒 Rugi jika ayah tak menjadi insan yang rapat dengan anak.

🍁 Bagi anak perempuan, ayah adalah gambaran awal bagaimana dia melihat seorang lelaki.

🍁 Bagi anak lelaki, ayah ialah contoh untuk dia menjadi seorang pemimpin.

🍁 Maskulin seorang ayah tak dilihat pada kerasnya sifat atau tingginya nada suara atau kuatnya hentakan tangan.

🍁 Bukan juga dengan diam yang sunyi di dalam rumah.

Sehingga anak takut untuk menyebut, β€œSaya sayang ayah.”

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀288πŸ‘105πŸ₯°13πŸ”₯5πŸ†3
2025/07/14 13:23:18
Back to Top
HTML Embed Code: