tgoop.com/NukilanSeorangZaff/1599
Create:
Last Update:
Last Update:
Selaras senapang atau pengecut bergerombolan, ia hanya menembus jasad.
Namun gentarlah akan panah
yang menembusi tujuh lapisan langit,
senjata terkuat zaman-berzaman
akan menyelamatkan mereka
yang kau tindas
sedalam tujuh lapisan bumi.
Ini laungan untukmu gentar
yang sudah ku tahu hatimu telah ketar.
Tangan kami berqunut nazilah,
hati kami memandang langit,
kepercayaan kami wujud
bahawa kamu bakal direjam perit.
Suara kami yang kau akan dengar,
hiduplah selagi mampu,
selama mana ini adalah syurgamu,
namun penjara mereka itu hanya sementara,
merdeka telah menjadi milik para syuhada'
malapetaka rejim zionis menanti kelak.
—Akifamrann.(2021)
BY Nukilan Seorang Zaff
Share with your friend now:
tgoop.com/NukilanSeorangZaff/1599