tgoop.com/OhMyMuetChannel/1473
Create:
Last Update:
Last Update:
e-Sijil MUET
Berkuat kuasa mulai Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, calon boleh memuat turun dan mencetak Sijil MUET secara dalam talian (e-SIJIL) melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di https://www.mpm.edu.my.
Tiada lagi Sijil MUET dalam bentuk salinan cetak atau salinan keras (hardcopy) akan dikeluarkan dan dihantar kepada calon oleh MPM.
Penggunaan e-sIJil ini turut terpakai kepada calon yang menduduki MUET secara kaedah MUET on Demand (MoD) dan MUET Express (MeX).
Panduan untuk mendapatkan e-SIJIL boleh dirujuk dalam Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET yang terdapat di portal MPM di https://www.mpm.edu.my.
Sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada [email protected].
Terima kasih.
BY Oh My Muet π Channel
Share with your friend now:
tgoop.com/OhMyMuetChannel/1473