tgoop.com/QnABersamaUstSabri/28265
Last Update:
🙋‍♂Assalamu'alaikum, ustaz.
Semoga ustaz dan keluarga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
Gambar di atas adalah bekas minuman haiwan yang telah ditelangkupkan agar air tidak bertakung di dalamnya. Bekas tersebut terletak di luar pagar rumah. Jika ada kucing singgah, kucing tersebut akan minum air di dalamnya. Ada beberapa kali seekor anjing datang dan minum dalam bekas tersebut.
Soalan 1:
Bolehkah saya sertu bekas tersebut dengan memasukkan tanah dalam bekas tersebut. Kemudian saya campurkan air dan sabun sekali untuk menyertu bekas tersebut?
Soalan 2:
Semasa menyertu bekas tersebut, saya memberusnya menggunakan berus pakaian. Bolehkah berus itu digunakan semula untuk memberus pakaian?
Soalan 3:
Cara sertu sekali dengan air tanah dan enam kali dengan air bersih. Jumlahnya sebanyak tujuh kali. Adakah itu cara yang paling sempurna?
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas penjelasan ustaz.
BY QnA Bersama Ust Sabri
Share with your friend now:
tgoop.com/QnABersamaUstSabri/28265