tgoop.com/RahsiaKejayaan/3153
Last Update:
#COPYNPASTE
#smallbusiness
“Saya untung 10 ringgit je kak”
Akak tu balas.
“La ingatkan awak jual harga ahli, takpelah lepas ni akak beli dengan kawan akak, dia jual harga ahli”
Sayu hati aku.
Terdetik dalam hati.
Rumah besar, banglo.
Ada taman.
Kereta parking sampai luar pagar.
Takkan 10 ringgit berkira dengan aku yang bisnes kecil-kecilan nie.
Datang s i y o d i pun berdukung dengan anak.
Dengan untung 10 ringgit tu la, aku dapat beli barang dapur.
Kadang balik dari hantar barang, singgah beli jajan anak, beli pampers.
Tak lama pun dia duk dalam purse.
Dan sungguh tak kaya pun aku dengan untung 10 ringgit tue
Hanya untuk keperluan harian.
Masa berlalu.
Hidup aku pun dah berubah.
Bila order food panda atau yang lain.
Duit lebih tu selalu aku cakap “takpe abang amik”.
Bukan banyak pun.
Singgit dua.
Paling banyak lima ringgit.
Bersungguh abang tue ucap terima kasih.
Mungkin dengan duit tu.
Dapat beli susu anak.
Dapat topup minyak motor.
Bertambah gaji dia walau sikit.
Memberi bukan sebab aku baik.
Memberi bukan sebab aku kaya.
Memberi sebab aku faham.
10 ringgit
Nilai kecil pada kita tapi besar ertinya buat orang yang betul-betul memerlukan.
Percayalah Makin banyak kita memberi, makin banyak kita dapat, bukan utk didunia sahaja, tapi di akhirat juga . Ganjaran utk diri kita, bukan sesiapa😘
sharing is caring
#COPYNPASTE
#smallbussiness
BY RAHSIA KEJAYAAN (HQ)
Share with your friend now:
tgoop.com/RahsiaKejayaan/3153