tgoop.com/RahsiaKejayaan/3192
Last Update:
Al-Hikam fasal 159
“Jangan Putus Asa”
إذا وقع منك ذنب فلا يكن سببالياءْسك من حصول الاستـقامة مع ربّك فقد يكون ذٰلك اٰخرذنب قدّر عليكَ
“Jika engkau terlanjur melakukan dosa, maka jangan sampai menyebabkan engkau putus asa untuk mendapatkan istiqomah menghadap Tuhanmu, sebab kemungkinan dosa itu yang kau lakukan itu sebagai dosa terakhir yang telah ditakdirkan Tuhan bagimu”.
Syarah
Engkau jangan berputus asa dengan merasa tidak mungkin boleh istiqomah dalam menghamba diri kepada Allah,(sehingga mendorong kamu melakukan dosa-dosa yang lainnya) kerana engkau terlanjur melakukan dosa,
Perbuatan dosa itu tidak menyalahi istiqomah dalam kehambaan, kalau semata-mata terlanjur, dengan tidak ada sifat gembira dalam melakukan dosa itu, sebab manusia tidak mungkin mengelak dari takdir yang telah ditulis baginya. Kewajiban kamu ketika terlanjur berbuat dosa iaitu harus segera bertaubat.
BY RAHSIA KEJAYAAN (HQ)
❌Photos not found?❌Click here to update cache.
Share with your friend now:
tgoop.com/RahsiaKejayaan/3192