tgoop.com/RasyidAlKinti/890
Last Update:
َالْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى أله وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين
Maksudnya : “Selawat dan Salam ke atas semulia-mulia dari kalangan para Nabi dan para Rasul, ke atas Ahli Keluarga Baginda dan sekalian para Sahabat Baginda.”
2. Doa penerang hati, seperti :
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (25) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (26) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي (27) يَفْقَهُوا قَوْلِي (28)
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku." [ Rujuk : Surah Taha Ayat 25 - 28 ]
3. Doa diberi petunjuk untuk mengikuti kebenaran, seperti :
ﺍﻟﻠﻬُﻢَّ ﺃَﺭِﻧَﺎ ﺍﻟﺤَﻖَّ ﺣَﻘّﺎً ﻭَﺍﺭْﺯُﻗْﻨَﺎ ﺍﻟﺘِﺒَﺎﻋَﺔَ، ﻭَﺃَﺭِﻧَﺎ ﺍﻟﺒَﺎﻃِﻞَ ﺑَﺎﻃِﻼً ﻭَﺍﺭْﺯُﻗْﻨَﺎ ﺍﺟْﺘِﻨَﺎﺑَﻪُ، ﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻚَ ﻳَﺎ ﺃَﺭْﺣَﻢَ ﺍﻟﺮَّﺍﺣِﻤِﻴن
Maksudnya : “Ya Allah, tunjukilah kepada kami kebenaran sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kami untuk mengikutinya, serta tunjukilah kepada kami kebatilan sebagai kebatilan, dan rezekikanlah kami pula untuk menjauhinya.’‘
4. Doa agar dikurniakan ilmu pengetahuan oleh Allah Ta'ala, seperti :
رَبِّ زِدْنِا عِلْمًا وَارْزُقْنِا فَهْمًا
Maksudnya : “Ya Allah, tambahkanlah kami dengan ilmu dan rezekikanlah kami dengan kefahaman.”
[ AMALAN WIRID TUAN GURU ]
Seterusnya, Tuan Guru juga telah menghimpunkan doa dan wirid di dalam sebuah kitab yang diberi nama: “Arbahi al-'Umuri wa Asbab al-Nasri” ( Keberuntungan Umur dan Penyebab Kemenangan ).
Setiap doa dan wirid ini diamalkan oleh Tuan Guru dan murid-muridnya di Baitul Qurro' wal Fuqoha', Sungai Udang. Di dalam kitab tersebut telah terhimpun:
1. Ratib al-Haddad (diamalkan selepas Maghrib)
2. Wirdu al-Latif (diamalkan selepas Subuh dan Asar)
3. Ad-Dhiyaul Lami' (diamalkan semasa malam Jumaat)
Ratib al-Haddad dan Wirdu al-Latif merupakan karangan al-Imam al-Qutb Abdullah bin Alawi al-Haddad raḥimahuLlāhu ta'ālā. Manakala pula, ad-Dhiyaul Lami' merupakan karangan al-Allamah al-Habib Umar bin Hafiz ḥafīẓahuLlāhu ta'ālā.
Kemudian, Tuan Guru ada berpesan agar kita dapat sentiasa mengamalkan doa Sayyiduna Rasulullah ﷺ untuk mengelak perbuatan mensyirikkan Allah Ta’ala.
Doa ini boleh dirujuk juga di dalam al-Mathurat yang disusun oleh as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna raḥimahuLlāhu ta'ālā :
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُ
Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik (menyekutukan-Mu), sedangkan kami mengetahuinya. Dan kami memohon ampun kepada-Mu terhadap kesyirikan yang tidak kami ketahui."
Semoga kita semua tergolong di dalam kalangan orang-orang Mu'min yang sentiasa diberi bantuan taufiq dan hidayah oleh Allah ta'ala untuk berdoa kepada-Nya.
Amin.
*
# Nota Hujung : Ini merupakan sebahagian petikan daripada buku “Baitul Qurro' Wal Fuqoha': Madrasah Tarbiah Generasi Muda Islam”. Pra-tempah dibuka sehingga 14 Disember 2020. Sekiranya berminat, boleh dapatkannya pada pautan yang berikut :
https://gamisstore123.onpay.my/order/form/bukubaitulqurro/DG22
https://gamisstore123.onpay.my/order/form/bukubaitulqurro/DG22
https://gamisstore123.onpay.my/order/form/bukubaitulqurro/DG22
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Sungai Udang, Melaka
2 Jamadil Akhir 1441/
28 Januari 2020.
https://www.tgoop.com/RasyidAlKinti
BY Rasyid Al-Kinti
Share with your friend now:
tgoop.com/RasyidAlKinti/890